Tuesday, August 30, 2005

Merdeka!

Bersemangat kali ni nak merdeka...Patriotik la pulak kali ni sampai ari tu masa minyak kereta dah tinggal sipi sipi pun still nak cari Petronas, tanak isi Shell..konon patriotik la. hehehe....

Aku baca dalam Utusan malaysia pasal gadis pakai bendera dengan aksi kureng sket tu memohon maaf pada semua org sebab aksinya mengundang kemarahan orang. Hmm pada pendapat aku la sebagai rakyat Malaysia bendera perlu dihormati sebab aku teringat pesan mak aku, bendera kita tak boleh pijak sebab dia lambang negara kita. Inikan pulak buat aksi kureng ye dak. Bagi aku mungkin gadis ni diperdayakan oleh sesetengah pihak yg nak mengaut keuntungan. Ye la budak baru nak setengah masak bak kata orang mesti mudah sahaja terima bulat bulat apa yg orang kata. Bila tak berfikir panjang jadi la seperti sekarang. Tetapi at least dia berani to say sorry pada semua rakyat Malaysia seperti dalam akhbar Utusan Malaysia hari ni. Aku bukan nak blame dia 100%, aku pun ada anak perempuan, 2 orang pulak tu cuma aku rasa gadis sekarang perlu lebih berhati hati dalam dunia pancaroba ni. Orang mudah mengambil kesempatan ke atas orang yg lemah. Jadi aku sebagai ibu zaman IT ni perlu lebih berhati hati nak mendidik 2 orang anak perempuan. Bukan mudah tanggungjawab ni. Bak kata orang tua tua menjaga sekandang lembu lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan. Kebenaran itu jelas terbukti.

So sempena bulan merdeka ni harap harap ibu bapa, (termasuk aku sendiri) kena educate anak anak menghormati bendera kita. Bukan sekadar hormat biasa biasa jer tapi kena faham kenapa kena hormat. Ingat senang ker nak dapatkan kemerdekaan? Kena fight bagai nak rak pastu kena pegi berunding la bagai...Kira konteks aku skrg ni macam company aku nak fight untuk dapatkan bonus daripada company parent..hehehe kena pegi fight berpuluh kali, buat paper byk kali kena reject pastu fight lagi, mintak lagi bawak berunding sampai Dato CE. So kesimpulannya kena respect orang orang yg berjasa untuk mendapatkan bonus tu..sama la dengan org yg berjasa untuk dapatkan kemerdekaan tu. So kalau dapat bonus pas ni..Merdeka!(Boleh pegi shopping, mega sale still on)

Monday, August 29, 2005

Shopping

Last week pegi Ikea. Cari barang sket. Lepas balik dr SJMC terus ke sana. Aku budget 500 tp semua sekali 200++ ok la. Janji tak over budget. Kalau over budget, mahu hubby aku bising. Pastu semalam cari penyidai yang aku nak cari dari dulu tu. Pegi Puchong nasib baik dapat. Harga bole tahan la. Tak de la mahal sangat and tgk pun good quality. Boleh tahan berat up to 60 kg. Bak kata hubby aku kalau anak aku dua org ni nak bersidai pun bole...hehehe...Aku bayangkan kalau diaorg nakal aku sangkut diaorg kat penyidai ni hehehe...

Sebenarnya aku dah terdelete entry aku minggu lepas. Aiyaa macam mana la aku bole delete....Tak pe la.
Adik aku last week bagitau kata dia dah berhenti kerja sebab nak buat fulltime Unit trust. Hmm for me it is ok. Suka hati ko la as long as u can manage. Aku tak kisah dia nak buat kerja apa pun as long as kerja yg halal. Kalau mak aku dengar mesti dia tak suka. Ye la org tua selalunya bila dengar berhenti kerja sebab nak buat bisnes fulltime ni diaorg akan sceptical sket. Adik aku ni jenis tak suka org control. Kalau org marah lagi dia akan buat. So do whatever you want to do. Aku malas nak campur nanti kalau aku cakap lebih aku juga dicop jahat so terpulang la...dah besar pun. Aku tak akan beri pendapat aku kalau dia tak mintak. Kalau dia mintak ok la. Setakat nak suruh aku komen lepas dia buat..hmm harap maaf...no comment ok.

K la aku nak chow sebab nak tulis audit report yg panjang berjela tu....

Friday, August 26, 2005

Debt free

I am free of debt at last. Baru je settle kan hutang kereta, kad kredit and personal loan. Sekarang cuma tinggal utang rumah jer. Itu pun aku consider not under my account sbb hubby aku yg bayar. Now next step is saving byk sket and invest sesikit. Sekarang umur aku dah nak menginjak ke angka 3 di depan nya tu…O gosh don’t remind me of that. So i have to save more. This saving kena fix which means tak bole ari ni simpan esok lusa kuar balik …heheh no way la. Hope tak balik to old habits.

Well, menghabiskan hutang adalah langkah aku untuk bertukar kerja sebenarnya. Kiranya sekarang aku bekerja untuk keselesaan hidup. Bukan untuk membayar hutang. At least lepas ni aku tak takut untuk bertukar tempat kerja. Tukar kerja bagi aku bukan sekadar tukar tempat kerja tapi more towards berhijrah ke kehidupan baru. So we should be prepared for whatever may come. Lebih kurang manage risk la ni. Setiap perkara mesti ada risikonya so kene ada cara to mitigate it. Ye la kita ni Manager of our own. We should manage ourselves. Takkan orang lain nak manage hidup kita ye tak.

Dah habis hutang kereta ni ada few of my friends tanya…tak nak tukar kereta ker? Hmm tukar kereta means hutang balik. The answer is no. It is not my keperluan untuk tukar kereta sekarang. Memang best tukar kereta baru tapi tengok la tahap kemampuan. Kalau rasa diri mampu go ahead. Nobody can stop u tapi in my case I prefer to spend my money somewhere else. Ye la kalau nak tukar kereta kena pk interest yg perlu dibayar. Tahun pembayarannya. Orang cuma boleh berkata wah bestnya kereta ko. Besar and so on tapi end of the day, insurans dan roadtax kita juga nak tanggung. So aku tak nak bebankan diri aku sendiri semata mata untuk mendengar pujian orang. Kalau dengan bertukar kereta boleh menambahkan pendapatan seperti member aku yg buat zhulian aku akan tukar tapi itu tunggu sehingga aku aktif balik dalam zhulian. But for the time being hmm I prefer not to buy new car.

Susah Senang Kerja

Aku tak suka bila dengar ada certain words which is harsh yang bertujuan untuk memperlekehkan kebolehan seseorang. Merendahkan seseorang contohnya ala dia tu buat kerja senang setakat documentation or sales jer boleh la. Tak buat programming boleh la. Well bagi aku define your senang and susah. Bagi aku manusia dijadikan berbeza beza. So if you think your work is hard then why don’t you find a way untuk senang kan nya. Kalau aku diberi tugas untuk buat marketing, I don’t think I can do it very well at first tapi once dah belajar insya Allah la….

Bagi aku setiap kerja ada susah dan senangnya. Tahap penerimaan kita yg berbeza. Contohnya masa aku terima kerja QA ni, it is not easy at first sebab nobody was there to guide me actually. I need to do research on my own. Seek here and there.. Apa apa kerja pun kalau tak ada mentor mmg susah at first tapi we have to find a way to make it easy.
Ada juga orang kata ala setakat QA check itu ini senang la. Kalau rasa senang buat la. Try for a day. Then you’ll know it. Untuk check sesuatu u have to know what to look for, why, where and how to find it. U need to have supporting facts for your judgments. Justify your reports and so on kalau tak, akan kena hentam teruk punya dengan boss.

Even nak buat sales MLM pun aku tak rasa senang sebab kalau senang mesti out of 10 yg buat MLM, 10 jugak yg boleh jadik jutawan tapi kita boleh tengok sendiri berapa kerat sangat yg boleh jadi jutawan MLM. So jangan cakap ala setakat ko buat sales jer apa la sangat kerja ko ni. In fact aku rasa orang yg buat MLM ni lebih mulia dan lebih berkat pendapatan dia sebab hasil tu dia dapat daripada kerja keras dia. Kalau ada sesiapa rasa orang MLM ni kaya daripada hasil mendesak atau menipu, well you are very wrong sebab Allah tu maha kaya. Dalam perniagaan kalau menjual cara menipu, untung tidak akan berpanjangan. Anything can happen to you. Itu memang aku belajar daripada MLM sendiri. Yes MLM is hard and not everyone can do it but u need to have patience, will power and spirit. Bagi sesiapa yg dah terkena tipu dengan sales people MLM, you can see that sales person tak bole nak berjaya pun sebab as I said, Allah maha adil. What you did, you’ll get back.

Moral of the story : Kalau diri sendiri rasa malas untuk berusaha, jangan tarik orang lain yg rajin berusaha jadi malas dengan menabur kata kata nista padanya.

Monday, August 22, 2005

Weekend

Hari Jumaat lepas balik kerja rasa badan macam nak demam jer. Sebelum balik tu sorang boss ni suruh aku g check sebab aku dah batuk lama. Aku tak nak makan ubat klinik sebab aku still breastfeed. Pastu aku pun tak makan any supplement lagi dah. Badan pun terlalu penat agaknya. Balik dr opis after maghrib jer hubby aku ajak g IOI Mall. Hmm ikut jer la sebab dia nak beli hp. Order pizza kejap then pegi teman dia beli hp. Hubby aku ni salah satu hobi dia tukar hp. Aku membebel jugak la sebab sayang aa duit. Baik simpan kat ASB. Tapi dia cakap itu hp family so aku pun boleh pakai kalau aku nak. Hmm apa apa jer la cik abang oii...kalau dah hendak tu byk betul supporting facts dia.

Balik dr IOI tu we all terus pegi singgah Zhulian sebab nak beli byoung. Hari Sabtu aku nak balik kpg so badan kena fit.
Masa kat kpg hmm adik tak mahu langsung kat org. letih aku layan diaorg ni sebab kakak pun nak pegi toilet tak nak dengan org lain. Semuanya dengan aku jer. Even nak pegi toilet pun dia tak nak. Dah la hubby aku busy tlg rumah mak sedara dia sebab kenduri ni.
Hmm ari ni tak de mood aa nak cerita pjg. Nanti la aku cerita sebab kali ni minda penat....hehehe alasan.

Pressure

Khamis - Akhirnya aku tewas jugak sbb aku terlalu pressure. Sebelum start PMRC tu aku dah start cuak jugak la sebab nak kena wakilkan boss aku untuk meeting ngan CEO. Tension sbb aku baru dapat details pasal updates tu pagi tu jugak. Aku diberitahu kena cover dia the day before tu masa petang sebelum D day tapi petang tu dia tak bagi lagi detailsnya. So pagi sebelum pegi battle tu aku tgk byk plak nak kena report. Ok tak pe. Then masa meeting start dok dengar sorang sorang melaporkan project masing masing. Masa tu dah start panas dah sket. Pastu time aku CEO tengok report aku tu. Dia komen sket la. Aku tak kesah sangat dia komen tapi aku boring ngan sorang mamat yg komen tu. Dia bagi komen bukan sebab nak guide tapi sebab nak cari salah aku and boss aku. Eee mentang mentang la boss aku tak ada dia perkotak katikkan aku...Pastu dia buat senyum kambing dia tu.... Hmm then report pasal benda lain pulak. CEO mula tension lepas sorang PM report ada problem. Bila balik kat aku balik ada lagi masalah sebab part backup tu tak dapat sambutan ramai. Hmm problem lagi terus CEO aku boring. Then dia membebel pastu terus blah. Dia kata tak de mood nak teruskan meeting. Aku rasa macam aku tewas kali ni. Dah la CEO blah time aku tengah bagi report macam aku jer yg bersalah. Tapi aku masa tu maintain lagi cuma rasa tak best la sebab dia tanya byk soklan and aku tak bole handle soklan. Pressure beb sebab byk benda nak kena cater and understand. Aku pun bukan nya manager. Pas CEO blah diaorg ni ramai ramai panggil developer. Pastu suh aku demo depan diaorg macam mana nak guna "system" tu aku pun demo la. Ada certain benda aku terlupa pastu ada plak mulut gatai pi tegur aku. Tak per la tegur tak kisah pun tapi aku pressure sebab terlalu byk aku nak handle and ada pulak org yg memperkecilkan usaha aku selama ni. So lepas aku demo sket aku terus blah dr meeting room. Aku tak tahu apsal aku burst into tears. Maybe aku bengang or maybe aku tension aku pun tak tahu apasal. Nak kata aku ni murah dengan air mata tak jugak sebab aku rasa perkara lebih besar drp ni pun aku pernah handle tapi ntah la aku sendiri tertanya juga kenapa aku tak bole kawal diri aku. Aku discuss dengan Pink, and dia cakap mungkin aku terlalu tertekan sebab kerja aku yg terlalu banyak and org tak appreciate. Maybe jugak la. Hmm ntah la aku tak tahu la...Aku blurrr....
Petang tu ada meeting lagi tapi aku buat dek jer. Aku terangkan apa yg patut then aku balik. Masa meeting tu ada juga pertanyaan bodoh dan statement merepek drp org atasan tapi aku malas nak layan sebab i wasn't in a mood. Aku jawab apa yg patut aje. Malas nak layan org bodoh sebab tanak jadi dua kali bodoh.

Jumaat - Aku pergi meeting di Wisma TM. Tumpang delinn ke sana sebab hubby aku nak pakai keter. Meeting sampai pkl 12 lebih then tumpang Mel balik opis. Before that lunch ngan Mel di Midvalley. She'll be joining my dept by next Monday. I hope she's a good team player. OK la nak chow sebab kena balik kpg ada kenduri kat umah sedara hubby aku.

Tuesday, August 16, 2005

Personality Test

Delinn i have taken the test which you recommended in your blog. Here's the results...hehehe

Go-getters
The four aspects that make up this personality type are:
Spontaneous
Facts
Heads
Extrovert

Summary of Go-getters

Inventive, resourceful problem solvers with a love of life
Can be tough-minded when necessary
Think of themselves as enthusiastic, determined and alert
May become frustrated by rules and routines
More about Go-getters

Go-getters are active, flexible people who put a great deal of energy into life. This group prefers learning on the job to quiet study and willingly jumps into almost any situation. Others are attracted to the Go-getter's positive attitude and enthusiasm.


Go-getters are most likely to say they dislike reading poetry books, according to a UK survey.


Go-getters find fun ways to tackle problems head-on and don't worry too much about rules. They are good at using logic to assess the situation and finding realistic solutions.

In situations where they can't use their talents or are unappreciated, Go-getters may reject all routines and put fun ahead of responsibilities. Under extreme stress, Go-getters may become overwhelmed by thinking of all the things that could possibly go wrong.

Go-getters may be liable to forget important dates such as a loved one's birthday

Go-getter Careers

Go-getters are attracted to a variety of careers, especially those which require attention to detail.

DEB dan Melayu

Last Sunday sambil aku bersantai dengan family kat rumah sebab tak boleh ke mana mana disebabkan jerebu aku terbaca satu artikel yg menarik tentang DEB dan Melayu. Aku suka baca tulisan tu. Rencana tu diterbitkan hasil interview penulis dengan Professor Diraja Ungku Aziz. Aku bukan pro Ungku Aziz tapi aku suka cara dia berfikir, tentang DEB, bagaimana nak membasmi kemiskinan and so on. Aku tak nak mengulas lanjut tentang pendapat Ungku Aziz di sini. Cukup aku katakan pemikiran dia memang benar. Komen dia tentang Akademi Fantasia which cara baru orang Melayu berfikir is true.

Cuma aku nak kaitkan di sini cara orang melayu kita berfikirlah. Orang Melayu kita ni kadang kadang mudah terasa rugi di tempat yg kurang tepat. Contohnya mereka tak rasa rugi kalau beli perabot harga 10 ribu ringgit tetapi akan terasa rugi kalau membeli buku untuk pelajaran anak anak yg baru berharga 2 ribu ringgit. Itu satu kes, kes yg lain pula mereka terasa rugi kalau terpaksa membayar harga yg agak mahal untuk membeli penapis air yg berguna untuk kesihatan seisi keluarga tetapi tak rasa rugi membayar kos perubatan disebabkan sakit meminum air yg tidak berkualiti. Tak sanggup mengeluarkan sejumlah perbelanjaan untuk membasmi masalah demi kehidupan yg lebih cemerlang tetapi sanggup menghabiskan wang untuk menampung masalah yg bertimpa timpa. Itu adalah cara kebanyakan orang melayu berfikir. Tak boleh salahkan mereka juga kerana mereka sendiri tidak mahu berubah. Kuda boleh dipaksa ke tempat air tetapi untuk memaksa kuda itu meminum air belum tentu kita akan berjaya.

Aku bukanlah kata aku bagus tapi kadang kadang aku rasa sedih sebab tak tahu macam mana nak ajak org yg berfikir cara macam ni berubah. Berubah untuk diri sendiri pun tak nak...
Bila org kata kita malas kita marah tetapi kita sendiri mengundang diri kita untuk dikatakan malas.
So terima la kita dengan kata kata biasa yg sinonim dengan Melayu..Melayu Mudah Lupa, Melayu Malas, macam macam lagi. Aku pun Melayu tetapi aku sendiri kadang kadang frust bila tengok org melayu tak nak berusaha dengan gigih kalau ada masalah. mengeluh tu biasalah, aku pun mengeluh sampai kena tegur dengan Pink tetapi bila dah tahu ada masalah tu pandai pandai la berfikir cara nak mengatasinya. Bukan tinggalkan masalah itu pada orang lain untuk menyelesaikannya.

Thursday, August 11, 2005

Penajaan

Sejak harga minyak naik ni harga barang pun makin naik. Harga ikan kembung jer naik berapa inggit. Harga cili, harga bawang...semuanya naik la. Tapi gaji aku gak yg belum naik. Tak best nya. So nampak gayanya kena la buat part time untuk tampung kehidupan yg semakin mencabar ni.

Tadi aku teman pinky buat penajaan untuk Zhulian. Actually bukan prospek aku tapi prospek Pinky. Aku lebih pada temankan dan dengar sahaja. Just to polish my skill yg dah berkarat. Kalau nak ikut skill tu agaknya sudah jadi sekarat air paip kat Mesia ni yang kolamnya dah 20 tahun tak di cuci.

Jumpa prospek kat MIMOS. Ramah orgnya. Aku lunch ngan diala. Sambil tu aku call member aku Bard yg keje kat MIMOS jugak. Nak ajak dia lunch. Tapi Bard tak de. Tak pe la. Sambil aku makan aku dengar la pinky dok cerita dengan Sherli tu pasal Zhulian. Tak ada rezeki, prospek pinky tu dah penah masuk. Tak apa tak kisah la dah nama pun tak ada rezeki. Aku biasa jugak terima penolakan ni sbb aku tak terer sangat tapi dengan pinky pun minah ni tanak itu nama nya tak de rezeki. Kalau ada rezeki sekejap jer org nak kan.

Masa balik tu lalu Puncak Jalil, sambil tu lalu gak depan umah aku. Mak aii teruknya jerebu. Aku rasa kalau aku jual Air Purifier skrg mesti laku kan. Tapi Zhulian ni lambat pulak nak keluarkan Air Purifier ni. Aku dah beriya nak beli tak nak jual la pulak. Tak per la lepas ni maybe ada la kot insya Allah.

Wednesday, August 10, 2005

Jerebu...

Teruk betul jerebu kali ni. Haii siapa la yg rajin sangat pergi bakar membakar ni. Terlampau rajin sampai org lain sengsara dibuatnya. Masuk rumah je skrg bau asap. Hmm aku nak beli air filter la mcm ni. Aku offer gak kat sesapa nak beli air filter ngan aku sebab Zhulian ada jual air filter sekarang. Sapa yg beminat bole contact aku hehehe....
Kakak aku jual pearl from india. Cantik tapi aku tatau nak pakai ke mana. Dia mintak aku jualkan di opis aku. Aku dah try tapi sebab mahal sgt diaorg macam takut nak buat keputusan. Even aku dah cakap bayar 5 kali pun diaorg tak nak. Biasa la kan dengar harga 500 jer terkejut masing masing.

Hmm bila la nak hujan. Cepat la hujan turun sebab aku dah tak larat dengan jerebu ni. Pedih mata aku weh....

Monday, August 08, 2005

Last weekend

Last weekend aku berjaya jugak toilet train kan kakak. So hari sabtu mmg aku bz giler. Mana nak handle kakak yg kejap kejap nak pegi toilet pastu adik pulak yg sesikit nak ikut we all pegi toilet. Adik pantang aku tak de depan mata dia mula la mencari. Adik aku letakkan dalam walker so dia mundar mandir sorang cari we all. Bila tak dapat jer dia pula menjerit. Nasib baik la babah dah tolong aku prepare barang barang untuk aku masak tengahari so aku dengan senang hati nya masak tak payah nak terhegeh hegeh kupas bawang dan sebagainya. Aku cuma tumis dan masak sahaja. Itu adalah antara kesenangan kalau kerja rumah dibahagi sama rata. Ye la ingat senang ke nak jaga anak, jaga rumah supaya bersih dan jaga diri supaya cantik dalam masa serentak. Tambahan pulak cabaran alaf baru ni para isteri bekerja jadi ada satu tugas tambahan iaitu memastikan kerja di opis turut tip top. Jadi para suami perlu la bantu isteri meringankan beban supaya tak terbeban isteri tu. Kalau tak karang ada yg stress.

Alhamdulillah, babah aku puji sebab dia tolong aku buat kerja kerja rumah. Jadi kerja kerja aku di rumah ringan sket. Kami bahagikan tugas kat rumah. Ye la aku setuju tak nak amik maid jadi dia pun kena setuju tolong aku buat kerja rumah. Kalau tak mahu aku tunggang terbalik menguruskan semua kerja tu. Mana nak adap kerja opis lagi, anak lagi, pastu household chores lagi.

Enough about that ni aku nak cerita pengalaman waktu weekend ari tu. Adik aku dtg rumah pastu we all semua g Malee restoran. Sampai je kat Malee tu mak aku bukak citer kata dalam kereta adik aku ada hantu tadi. Aku ingat mak aku buat lawak rupanya betul. Adik aku cerita dia kena mlm Ahad(mlm final AF tu)masa balik dari hantar downline dia kat area Putrajaya. Dia lalu kat jalan Putrajaya/Cyberjaya menuju ke Puchong utk balik ke rumah dia. Sekali tu tetiba pintu kereta dia terbuka sikit then angin masuk. Masa dia citer, aku dengan selamba tanya ko tak lock pintu keter ko ker? Nampak sangat aku koro tanya soklan tu hehehe....Adik aku jawab balik BMW auto lock la..heheh. Pastu dia cakap tiba kat flyover kat rumah aku tu dia berhenti then tutup pintu keter dia balik. Nasib baik dia tak menggelabah. Esoknya dia dtg rumah aku then we all pun kuar g Malee. Masa parents aku nak masuk kereta dia Abah aku perasan ada "sesuatu" keluar dari kereta adik aku then pergi ke tong sampah sebelah tu. Mak aku terus tak nak duduk belakang. Dia nak duduk depan...takut katanya hehehehhe...Now i know where i got that penyakit takut tu drp sapa hehehehe....
Adik aku cerita kat cyber ni mmg byk benda ghaib ni. Nasib baik dia tak menggelabah. Kalau aku harus dah menjerit then terkaku di situ juga. Aku tanya adik aku mana benda tu pergi? Dia cakap benda tu dah keluar daripada kereta dia then duduk kat tong sampah besar rumah aku tu. Aku ternganga kejap then terus cakap kat Abah aku, Abah nanti abah halau eh...takut aaa... Abah aku terus jawab balik dah tak ada la..itu pun ko takut. Lebih baik takut pada Allah...Dush kena aku sebijik. Ini semua salah adik aku ler ni ....Tapi nak salahkan adik aku pun tak boleh jugak dia mana nampak bende bende ni..In fact aku pun tak nampak hanya org yg tahu bab itu jer bole nampak. So kerja tu harus di serahkan pada org yg arif jer la. Aku tak nak campur. Tak kuat semangat aaa....ni yg takut nak gi toilet lepas ni ...Tak per aku nak ajak Pink temankan aku aaa...dia pun sama spesis takut gak ehheheh....

Friday, August 05, 2005

Meeting oh Meeting

Pagi ada meeting, petang ni pun ada lagi meeting. Hari ni schedule aku penuh dengan meeting. Tak laratnya pastu kalau keje settle tak per la jugak ni tak, keje makin bertambah. Tak best nya. Pastu aku tengok email pulak ada senarai kerja baru nak kene buat lagi. Nama aku tetiba jadi Manager tapi gaji Executive biasa aje. Haiii...sabor jer la. Pinky tegur aku mengeluh banyak sgt. Mahunya tidak semua kerja aku kena settlekan pastu kerja org pun aku kena ambil alih. Kalau org lain pun akan mengeluh jugak macam aku. Penat tau tak. Dah la gaji tak seberapa tapi kerja mengalahkan gaji 7-8 ribu. Hari ni aku rasa macam tak de semangat nak kerja. Tapi kena kuatkan semangat jugak. Pagi tadi pulak cikgu nursery anak aku cakap susu anak aku dah habis...ala depa ni semalam tak nak bagitahu. Dah la pepagi aku ada meeting ngan CEO. Isk apsal la ari ni sumernya datang serentak.

Yang paling aku tak puas hati is apasal dalam dept aku ada 2 org yg tak menyumbang apa apa tapi bole makan gaji buta jer. Pastu kerja satu tak deliver then org bole kesian kat diaorg. Alasannya senang aje. Diaorg sakit tak bole nak buat apa. Ah bosan la aku. Habis aku ni apa kuli batak korang?

Hmm tak per la sesungguhnya Allah tu maha Adil. Kalau ada rezeki ada la....(ni kata2 org kecewa)

Thursday, August 04, 2005

Sale...

MPH tengah sale. MPH MEGA PROMO from 23 July - 4 Sept 2005! Aku dpt email from MPH. Hmm menarik ni. tapi aku dah search buku yg aku nak beli tak de stock. They said kena tunggu. Tahun ni punya quota beli buku aku dah habis. Aku dah spend byk thn ni beli buku. Actually aku beli buku Grolier utk anak aku. Best buku tu. I can recommend to those yg rasa nak educate anak baca buku. Harga dia mmg mahal tapi berbaloi with the value yg kita dapat. Ada org berkira kalau nak beli buku sebab maybe bagi mereka makan lebih baik daripada beli buku yg lepas baca they all tak tahu nak buat apa dengan buku tu. But for me beli buku adalah seperti membeli harta. It is an investment jugak. U invest on something yg mmg tak nampak tapi valuable. Aku bukan la ulat buku sangat yg 24 hours baca buku. Tapi aku rasa keperluan untuk membaca buku. Isk balik balik citer buku aku ni kan...

Back to the topic pasal sale. Hmm this year apa aku nak beli eh masa sale?....Duit baru jer habis utk Aqiqah adik. Kalau ikutkan, aku nak tambah memory kat laptop ni tapi hmm beli baju pun best gak. Ooo ya aku ingat nak beli apa, nak pegi IKEA la nak cari box yg colorful utk letak brg aku yg bersepah dlm bilik komputer aku kat rumah. Nak ajak babah pegi dia bz lak on the weekend. Bila ye aku nak pegi IKEA ni? Kalau pegi sorang tak best sbb kena angkat semua brg. Pastu nak kene tolak troli sorang gak. Tak best ....

Semalam aku singgah kedai hardware tanya tokey tu dia ada buat ampai baju yg bole tarik and then bila tak nak guna tolak jer balik kat dinding. Well i'm staying in the apartment so i don't have space utk sidai baju. So i got to be creative la sket. Sebenarnya tak creative pun sebab bukan idea aku yg benarnya. Aku pernah ternampak jiran aku punya ampaian macam tu. Menarik la sebab jimatkan ruang kalau tak nak guna bole lipat. Tapi tokey tu kata kena tempah so nak kena tunggu la. Tak per nanti aku tempah so bila siap senang sket nak sidai baju kat luar. Cantik sket balcony aku...Just wait n see je la....

Miscarriage

Hmm this month jer aku dengar 2 org dah miscarriage. Sorang opis mate aku and sorang lagi wife opismate aku. I can understand how they feel sbb aku pun pernah miscarriage. Tension sangat masa tu sbb right after that aku rasa everybody macam menyalahkan aku. Ramai yg tanya macam mana jadi. Walaupun it is just a question yg kadang kadang org tanya untuk pembuka cerita tapi masa tu aku rasa tak bole terima hakikat. Tension jangan cerita la. Kebetulan masa pantang tu aku duduk dengan mak mentua sebab mak aku still keje lagi masa tu. Duduk dengan MIL tahu saja la walaupun dia tak mendera aku tapi lain rasanya. Mungkin ada org yg bole tp still u can feel the difference.
After the incident tu aku selalu terpk what have i done that i received such thing like this. Tapi lama kelamaan aku bole accept masa tu tak ada rezeki. Masa tu everytime org citer aku akan rasa sebak tapi skrg dah tak lagi. Time heal the wound.
Pengalaman miscarriage sangat menyakitkan. Lebih sakit drp bersalin. Sakit dia mmg tak terkata. Maybe ada certain people kata tak sakit well it depends pada individu itu sendiri la. Sakit physically and mentally.

Ok la till then chow...

Wednesday, August 03, 2005

In Good Company

Tajuk ni aku ambil drp tajuk satu filem yg aku tonton semalam di TV. In Good Company ni bukan la satu filem yg hebat menggegarkan panggung tapi it is just a good movie to watch. Ia lebih berkisarkan tentang dunia pekerjaan yg sebenarnya tidak la menarik sangat kalau nak dibandingkan dengan filem cinta remaja tetapi cerita ni ada motif dan mesej, itu yg lebih penting. Cerita nya best bagi aku sebab dia menggambarkan betapa mudahnya untuk top level management utk bertukar hala tuju. The most important thing is kita jangan bekerja membuta tuli sehingga mengabaikan keluarga kita yg lebih memerlukan. Aku tak akan bercerita panjang tentang cerita ini. Sesiapa yg berminat pergi la tengok kat Astro Boxoffice.

Tapi kesimpulan yg aku boleh buat is kalau kita bekerja, kita perlu bekerja dengan passion dan kita perlu belajar drp sesuatu pekerjaan itu. Kalau setakat bekerja untuk menghabiskan masa dan tenaga, kita akan kerugian satu hari nanti. Mungkin ada sesetengah pendapat mengatakan tak perlu kita nak bekerja bermati matian sebab company hanya bayar kita setakat apa yg kita berikan, ya betul mmg company tak bayar lebih pun. Macam aku ni bukan bole claim OT pun. Tapi aku percaya sesungguhnya ada keadilan dalam dunia ini. Mungkin kita tidak di bayar dalam bentuk wang ringgit tapi dalam bentuk lain yang mana mungkin kadang kala kita tak sedar secara langsung. Aku tak nak elaborate pjg sangat tentang cara “bayaran” itu. Kalau kita renung sejenak apa yg telah kita lakukan dan kita terima kita sendiri bole menilai.

Mungkin ada yg rasa statement aku ni contradict dengan statement aku sebelumnya tapi apa yg aku maksudkan ni is kita perlu bekerja mengikut kemampuan kita dan cuba sehabis boleh untuk deliver satu pekerjaan itu. Kalau tidak pandai, belajar dan cari ilmu supaya kita bole deliver yg terbaik. Bukan kerja separuh jalan atau hendak tak hendak sahaja. Aku pernah terdengar seseorang berkata, tak perlu bekerja kuat sangat kerana ini semua dunia semata mata. Hmm betul ker statement itu? Kalau kita tak bekerja bersungguh sungguh macam mana kita nak tahu upah yg kita dapat tu berkat atau tidak? Aku ni bukan la org yg kuat bekerja sangat and aku pun bukan la baik sangat nak menasihati orang tetapi pandai pandai la . Aku pun pernah lalai juga tetapi kena la pandai balance kan. Kalau hari ni rasa malas esok kene la double. Tapi terpulang pada individu. Bak kata ex-boss aku sekali sekala balik lambat apa salahnya cover balik time balik cepat tu atau pun time lunch terlebih tu.

Betul juga katanya tu. Ye la duit aku tu nanti aku nak beli makan dan minum, sara hidup semua dan paling jelas, aku nak guna untuk pergi menunaikan haji kalau ada peluang. Takkan la aku nak gunakan duit yg bole dipertikaikan keberkatannya ...aku tulis ni bukan untuk perli sesiapa tetapi untuk mengingatkan diri aku yg selalu lupa ni. So bebila nanti kalau aku tgk blog aku ni at least it will remind me of something.