Tuesday, November 22, 2005

Sayangkan anak tangan tangankan

Betul ke statement ni? Semalam aku tak boleh tahan sabar betul dengan kakak. Dia buat perangai yang memang mencabar tahap kesabaran aku. So semalam tangan aku memang ringan jer. Masa aku pukul dia tu hubby aku tgk jer. Dia pun rasanya tak sangka aku boleh bertindak sebegitu rupa sebab aku jarang nak pukul kakak. Paling teruk pun selalunya aku cubit jer. Itu pun bukannya sakit sangat. Kakak jarang menangis kalau aku cubit dia. Setakat menangis mengada ngada tu biasa la dia. Biasanya aku suara jer tinggi tapi tangan tak de la bertindak sangat tapi semalam entah la aku sendiri tak sangka aku bole outburst gitu. Lepas aku pukul kakak, aku rasa bersalah yang amat sangat. Tak sampai hati pulak aku tengok dia tapi aku tak terus pujuk dia. Bukan ego atau apa cuma sesorang pernah berpesan pada aku kalau lepas marah anak jangan pujuk straight away sebab nanti diaorg naik lemak. So aku biar kan dulu sampai kemarahan aku reda then biar dia berhenti nangis. Dah malam nak tido tu aku explain kenapa aku pukul dia and hope she won't do it again.

Untuk cover rasa bersalah aku pagi tadi aku kejutkan kakak then peluk dia. Bersihkan muka dia and buatkan susu. So masa aku tengah bersiap dia tengok aku bukak beg makeup aku tu. One thing about my daughters, they know it is make up bag and something wonderful hidden in it such as lip gloss yg dipanggil lipstick oleh mereka. Both kakak and adik would love to play with it. Ala dah nama pun perempuan kan. So when kakak saw me putting lipstick on, she stare at me as if asking for permission to try it as well. I just let her... She put on the lipgloss and show it to me. I hug her for few minutes. The feeling is priceless!

Aku rasa kalau lepas tangankan anak rasa bersalah tu menggunung tinggi. Penat oo mengandung anak 9 bulan abih tu takkan sampai hati nak tangankan diaorg selalu. Sakit beranak pun tak hilang lagi. In fact kalau orang lain nak marah anak aku pun not in front of me. Kalau belakang aku, i don't mind at all if memang anak aku yg bersalah but definitely not in front of me. Lebih baik kalau aku tak tahu yang diaorg kena marah. Macam parents aku ajar we all kalau pergi sekolah jangan sesekali mengadu cikgu rotan sebab sebelum apa apa, parents aku akan tambah lagi lepas tu baru dia tanya keadaan sebenar. Sounds cruel but yet it works.

Aku pernah tengok satu cerita, i don't remember tajuk dia tapi ada satu statement mengatakan yang lebih kurang bunyi dia gini la..."Because of her mother's love, she couldn't learn anything." Maksudnya disebabkan mak dia terlalu sayangkan anak dia, buat salah pun dia tak sanggup nak tegur and dia tak sanggup nak biarkan anak dia bersusah payah untuk belajar sesuatu. So whether to scold or not actually it is up to your judgement jugak la rite.

Monday, November 21, 2005

Sim 2

Aku baru pinjam installer Sim 2 kat member. Last weekend aku install and memula tu cuma nak tgk2 jer apa kelainannya dengan Sim yg dulu. Best! Kali ni rasa real sket main Sim..hehehe... Aku start main Sim masa tahun 2000 dulu. Masa tu baru lepas habis buat projek and tak de keje nak buat. Sambil sambil tunggu untuk project baru aku pun start main Sim ni. Syok jugak. Tapi lepas dah dapat anak hidup aku makin sibuk dan tak de masa nak main. Setakat main game ringan ringan aje ada ler. Tapi last week pegi open house rumah member tgk ada installer Sim 2 aku pun apalagi pinjam nak try. Sekali dah try syok plak. So smlm masa semua org tido aku pun main Sim 2. Menarik giler. Aku rasa nak upgrade sket la PC aku ni.

Aku belum habis explore Sim 2 ni sebab ye la aku bukan cam dulu bole main game berjam jam lamanya. Sekarang aku ada tanggungjawab, kene masak untuk hubby and anak. Kena buat itu ini and macam macam la. So tak per lepas ni kalau ada free time aku main lagi Sim tu..hehe..

Aku pernah discuss ngan hubby aku pasal org tua2 yg dah pencen tak tahu nak buat apa asyik nak ngutuk orang muda jer kejenya. So aku pun cakap sebab diaorg ni tak de hobi and bila pencen tak de keje nak buat mula la boring and mengutuk jer kejenya. Itu ini semua salah. So hubby aku tanya kalau aku dah tua nanti kalau tak de keje nak buat apa?(Sebab dia tak nak aku end up jadi org tua yg suka membebel) Aku pun jawab la, apa kelas jadi cam tu baik main game. Join anak cucu main game hehehe... Terkujat hubby aku sampai keluar ler kata, weh, rumah kata pergi kubur kata mari bawak bawak ler mengaji hehehe.. Oops! Wrong answer. Pedasnya ayat....

Anyway minat aku pada PC games memang tak pernah padam. Aku memang suka game cuma lately ni tak de masa sebab byk masa diperuntukkan untuk perkara lain. Tapi game yg aku minat selalunya tak boleh dikongsi dengan adik beradik aku sebab aku suka game cam Theme Hospital, SimCity, Sim, Monkey Island, Full Throttle, Stronghold dan sespesis dengannya which bagi diaorg cam pelik. Game lain aku main gak cuma kalau dapat game yg jenis yang aku suka, aku akan spend time lama gila.

Tapi bila umur makin meningkat ni banyak perkara lain perlu didahulukan so hobi aku yg satu ni perlu diketepikan sekejap. Lain la masa study dulu masa banyak and boleh explore macam jenis game yg ada kat pasaran sekarang ni kena tunggu recommendation orang jer la. Well, first thing first.

Tuesday, November 08, 2005

1st day at work...(after raya)

Hari ni rasa cam aku sorang jer pompuan yg dtg keje kat opis aku ni. Senyap sunyi jer opis ni. Kalau ikutkan hati nak jer sambung cuti tapi ada audit la pulak Khamis ni. Isk.

Masa balik kampung ari tu alhamdulillah tak jem sebab aku bertolak dr rumah pukul 9.30 pagi. Balik dari kampung ke rumah pun tak jem jugak. Aku maleh betul kalau jem ni sebab nanti anak aku boring duduk dalam kereta lama sangat.
Smlm aku cuti sebab nak kemas rumah. Rumah aku memang bersepah gile. So aku pun hantar kakak and adik gi nursery then pegi Tabung Haji sat untuk masukkan duit raya diaorg. Banyak gak diaorg ni dapat. Time aku dulu tak merasa banyak ni. Kalau dapat 100 tu dah cukup marvellous. Balik rumah aku pun start projek "spring cleaning" hehehe. Orang dah raya aku baru sibuk nak gantung langsir yg baru keluar kedai dobi. Tahun ni aku tak buat langsir baru. Langsir yg mak aku hadiahkan sempena house warming aku ni still elok lagi. Aku ni bab menghias rumah fail sket compared to my sisters. Aku bukan apa, tak minat sangat bab hias rumah kalau masak best sket. Hias menghias ni bukan talent aku la.
So back to my kemas rumah tadi tu, tengah tengah kemas ada orang bagi salam. Aku ingat rumah depan tapi bila pk balik depan aku tu rumah cina. So aku pun bukak pintu then nampak budak budak datang beraya. Ala...rumah aku macam tongkang pecah. Aku pun slow talk ngan bebudak ni "Rumah auntie bersepah lagi la, auntie baru je balik dr kampung. Nak duit raya tak?" Bebudak tu angguk so aku pun bukak beg aku sesatu cari kat mana hubby aku letak duit raya yg memang we all spare kan untuk kids. Tak jumpa pulak kat mana terpaksa la call hubby aku kat tpt keje dia tanya kat mana dia letak duit raya. Lepas bagi duit raya tu aku pun sambung balik kemas rumah.
Seharian aku mengemas. Lepas tu sempat g Carrefour shopping groceries. In case org dtg tergempar tak bagitau, at least aku ada simpan bihun, drummet untuk digoreng. Ye la time time raya ni takkan aku nak hidang kuih raya jer. Nak cari rumah aku jer pusing keliling, by the time sampai org pun dah lapar so drp tak ada apa nak dihidang at least ada jugak bihun goreng aku. Aku ingat nak masak sket kuah kacang tapi since tahun ni aku kene berpantang makan benda benda yg menggatalkan ni so kensel la ini tahun. Allergy beb, tak leh nak buat apa.
Susah susah sangat aku order jer la kat Hj Samuri ngan satay sekali dia bole bagi hehehe.