Sunday, May 13, 2007

Kisah Teladan & Sempadan

Aku baru dapat tahu satu cerita yang aku rasa boleh aku jadikan teladan dan sempadan. Tujuan aku bukan untuk membuka aib sesiapa jauh sekali untuk menghina. Niat aku cuma untuk mengingatkan diri aku sendiri jika esok lusa aku hampir tergelincir. Nauzubillah.

Seorang yang pernah bergelar ketua aku telah menghasilkan satu "karya agung" which bole menjawab segala tanda tanya kenapa selama ini dia gagal menjalankan tugasnya dengan baik dan penuh berhemah. Segala persoalan aku yang selama ni tersimpan telah terjawab dengan penghasilan "karya agung" tersebut.

Antara persoalan aku...
  1. Kenapa selama ni dia tampak sibuk walaupun jarang sekali kerjanya diselesaikan dengan baik jauh sekali sempurna.
  2. Kenapa dia mampu menjawab dengan baik, tersusun bicara dan kata walaupun kadangkala nampak benar kesalahan berpihak padanya.
  3. Kenapa dia tidak mampu berfikir secara teknikal sedangkan dia antara ketua di sebuah syarikat yang menghasilkan kerja kerja teknikal.
  4. Kenapa dia sering fowardkan email dengan tambahan hanya 3 huruf tanpa komen seterusnya.
  5. Kenapa dia boleh membutakan mata dan telinga walaupun tahu anak anak buah yang sengsara menyiapkan kerja.
  6. Kenapa dia boleh menghasilkan satu kerja yang tidak sepadan dengan pangkatnya.
  7. Kenapa dia boleh dengan selambanya membiarkan kerja yang diamanahkan kepadanya disiapkan oleh orang lain tanpa rasa bersalah atau simpati.

Dalam erti kata lain aku simpulkan perkara wajib telah menjadi sampingan manakala perkara sampingan telah menjadi wajib. Aku tertarik dengan kata kata seorang ketua aku sekarang yang bukan sebangsa atau seagama dengan aku. Antara lain katanya "Jadikan kerja kita sebagai salah satu daripada khidmat kita untuk masyarakat." Kalau dalam islam bermaksud, kerja adalah satu ibadah yang perlu disempurnakan. Tanggungjawab kita membimbing orang bawahan kita, tanggungjawab kita terhadap ilmu yang kita curahkan, dan of course pada rezeki yang kita bawa pulang untuk diberi kepada keluarga kita.

Bukan hasil karyanya aku cemburukan cuma tidakkah dia terasa ralat dengan imej islam yang dibawakan menjejaskan imej orang islam yang lain. Seolah olah membayangkan orang melayu islam tidak pandai melakukan kerja yang telah diamanahkan. Itu yang aku kesalkan. Aku mungkin tak sepandai dia dalam membicarakan bab agama tapi...entah la. Apa yang aku boleh simpulkan, aku perlu jadikan kisahnya sebagai satu sempadan dalam hidup aku. I pray not to be like that. Insya Allah. Cukuplah dengan penganiayaan yang pernah aku dan rakan rakan alami dulu.

Work place

Almost 3 months aku di tempat kerja baru. Banyak perubahan la aku rasakan. Salah satu nya yang hubby aku notice, tak de rungutan atau keluhan tentang kisah perangai orang orang di opis aku. Yang ada pun aku bawak balik satu ole ole yang opismate aku bawa dari hometown dia. Dia belikan khas untuk aku dan few of his friends. Aku pun tak tahu kenapa dia belikan considering i'm a new joiner and he did not buy it for everybody. Anyway i thank him.

Aku tak nak la puji lelebih tempat kerja baru aku ni sebab aku pun still baru lagi cuma ada certain things aku perhatikan cara bangsa asing ni bekerja memang lain. Mereka memang bersungguh sungguh. Kalau nak ikutkan bangsa aku ada yang lebih pandai dari bangsa asing ni tapi mungkin disebabkan satu sikap bangsa aku yang agak sukar dikikiskan which is Mim Alif Lam Sin. Sebelum ni aku tak pernah keluar dari kepompong aku. Ye la dari sekolah aku sekolah cuma ada satu bangsa jer. Bersekolah dengan berlainan bangsa pun sekejap cuma. Banyak tahun dihabiskan dengan sebangsa. Even masa kerja pun jumpa pun satu bangsa jugak. Sekarang baru aku nak mengorak langkah keluar dari kepompong. Kalau pada awal awal aku memang kekok tapi sekarang aku rasa semakin serasi.

One thing i like with the environment i am now working with is, perkara kecil dan remeh temeh aku tak perlu fikirkan. Everything is taken care of. They supply milk for my breakfast, they supply green tea for my immunity, tak payah aku keluarkan duit beli green tea..mahal gak oo kalau nak beli sendiri. Even tisu kotak yang aku selama ni akan beli and letakkan di atas meja lalu di"pau" oleh bebudak lelaki kat opis pun diaorg supply. I have my own car park which i dont have to worry where to park my car if i come late. They pay for my broadband fee.

One thing these people want to create a very good environment of working like what we have seen in Google. I like it very much. So i just come to the office and concentrate on my work and need not to worry small matters.

Last few weeks a new staff has joined my team. She called me "Madam". I couldn't believe my ear, so i asked her again why did she called me madam. She said since i am her boss, she will address me like that. O no...this is NOT a government sector which you have to call your superior by addressing him or her SIR/MADAM. Madam made me sound old. I don't want to grow old yet. I don't feel like one. So i told her she doesn't have to call me like that as long as we respect each other, it is good enough for me.

Mother's Day

Mother's day is here. My hubby punya murah hati tahun ni tak tahu apsal tetiba bukak mulut nak belikan aku sehelai blouse sempena mother's day. Ok la tu. Orang tua tua kata rezeki jangan ditolak. Lepas tu dia cakap nak carikan baju untuk our daughters pulak. Dah jumpa baju kakak then nak cari baju adik pulak. Problemnya si adik ni bila dah nampak mainan dekat shopping kompleks dia jadi cam tak tentu arah. Beriya ajak main. Bila aku tanya nak beli baju tak selamba jer dia jawab, Tak Nak! Aku beritahu dia kakak dah dapat satu adik tak nak ker? Dia geleng. Babah dia tanya sekali lagi nak baju yang mana dia boleh tunjuk satu T-shirt penuh dengan gambar dan tulisan "I Love Cakes!" Gambar cake di baju tu memang terserlah sangat sangat. Both of us geleng kepala. Suka benor dia dengan makanan, even baju pun ada motif makanan. I have her pic taken masa dia tengah selongkar tudung saji. Tapi aku tak sempat nak transfer ke pc. Still dalam camera. Biasa ler aku ni bab bab gambar ni memang slow sangat nak deal with. Tidak menjadi minatku la. Ada atau tak sama jer....tak de makna hehehe. Kalau ada sesiapa yang nak tolong transferkan, kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan.

Back to adik, she is a unique person la. Her teachers call her teletubbie. Just looking at her you can understand why. Last week she watched "Tentang Bulan". Everyday she's been asking me when that movie will be on air again coz she wants to see her fav character - Bulat in there. She also can imitate the way Bulat shake his tummy.

Kakak in contrast would maintain her feminine character most of the time. When we went to buy groceries and some toiletries she would remind us to buy her silkygirl roll on perfume. Hmm ni babah dia la yang ajar dia pakai bende ni. So she has started using it and would want to maintain it. Jangan esok esok high maintenance sudah. Aku tak nak membayornya. Pastu pandai pulak ngajor budak budak pompuan lain kat nursery pakai silkygirl facepowder tu. Itu ler babah dah start belikan nanti kene la dok membelikan.

Ada dua anak yang contrast perangai ni kelakar ada, geram pun ada. Hari hari bergaduh tapi bila diaorg tak berjumpa for few minutes dah tertanya tanya. Bila berjumpa macam setahun tak jumpa tapi pastu gaduh.

But overall being a mother of two daughters really mean something to me. We learn from each other. I cherish every second that i spent with them, even though sometimes i feel like they are really testing me up to the limit. Well i'm a human also. Ada orang kata tak baik mengeluh bila terasa letih jaga anak. Tapi tak leh nak control kadang kadang. Kalau dah memang letih tu memang terkeluar la benda benda yang tak sepatutnya. Yes i admit memang satu tugas yang mencabar untuk balancekan antara kerjaya dan rumahtangga. Kalau ada orang yang betul betul bole sentiasa tersenyum dan takkan merungut penat bila balik kerja dan sampai rumah kena handle budak budak yang of course mana reti duduk diam and then have to do house work without any help from maid or anybody else, aku memang respect la. Bole tak datang rumah aku demo satu hari cemana dia buat semua tu.

Being a mother is the greatest thing that has ever happen to me. It taught me how to be more considerate, patient, not to be self-centred, responsible, tough and other things which i can't describe. These are the things that i would really love to share with my daughters one day.