Monday, August 08, 2005

Last weekend

Last weekend aku berjaya jugak toilet train kan kakak. So hari sabtu mmg aku bz giler. Mana nak handle kakak yg kejap kejap nak pegi toilet pastu adik pulak yg sesikit nak ikut we all pegi toilet. Adik pantang aku tak de depan mata dia mula la mencari. Adik aku letakkan dalam walker so dia mundar mandir sorang cari we all. Bila tak dapat jer dia pula menjerit. Nasib baik la babah dah tolong aku prepare barang barang untuk aku masak tengahari so aku dengan senang hati nya masak tak payah nak terhegeh hegeh kupas bawang dan sebagainya. Aku cuma tumis dan masak sahaja. Itu adalah antara kesenangan kalau kerja rumah dibahagi sama rata. Ye la ingat senang ke nak jaga anak, jaga rumah supaya bersih dan jaga diri supaya cantik dalam masa serentak. Tambahan pulak cabaran alaf baru ni para isteri bekerja jadi ada satu tugas tambahan iaitu memastikan kerja di opis turut tip top. Jadi para suami perlu la bantu isteri meringankan beban supaya tak terbeban isteri tu. Kalau tak karang ada yg stress.

Alhamdulillah, babah aku puji sebab dia tolong aku buat kerja kerja rumah. Jadi kerja kerja aku di rumah ringan sket. Kami bahagikan tugas kat rumah. Ye la aku setuju tak nak amik maid jadi dia pun kena setuju tolong aku buat kerja rumah. Kalau tak mahu aku tunggang terbalik menguruskan semua kerja tu. Mana nak adap kerja opis lagi, anak lagi, pastu household chores lagi.

Enough about that ni aku nak cerita pengalaman waktu weekend ari tu. Adik aku dtg rumah pastu we all semua g Malee restoran. Sampai je kat Malee tu mak aku bukak citer kata dalam kereta adik aku ada hantu tadi. Aku ingat mak aku buat lawak rupanya betul. Adik aku cerita dia kena mlm Ahad(mlm final AF tu)masa balik dari hantar downline dia kat area Putrajaya. Dia lalu kat jalan Putrajaya/Cyberjaya menuju ke Puchong utk balik ke rumah dia. Sekali tu tetiba pintu kereta dia terbuka sikit then angin masuk. Masa dia citer, aku dengan selamba tanya ko tak lock pintu keter ko ker? Nampak sangat aku koro tanya soklan tu hehehe....Adik aku jawab balik BMW auto lock la..heheh. Pastu dia cakap tiba kat flyover kat rumah aku tu dia berhenti then tutup pintu keter dia balik. Nasib baik dia tak menggelabah. Esoknya dia dtg rumah aku then we all pun kuar g Malee. Masa parents aku nak masuk kereta dia Abah aku perasan ada "sesuatu" keluar dari kereta adik aku then pergi ke tong sampah sebelah tu. Mak aku terus tak nak duduk belakang. Dia nak duduk depan...takut katanya hehehehhe...Now i know where i got that penyakit takut tu drp sapa hehehehe....
Adik aku cerita kat cyber ni mmg byk benda ghaib ni. Nasib baik dia tak menggelabah. Kalau aku harus dah menjerit then terkaku di situ juga. Aku tanya adik aku mana benda tu pergi? Dia cakap benda tu dah keluar daripada kereta dia then duduk kat tong sampah besar rumah aku tu. Aku ternganga kejap then terus cakap kat Abah aku, Abah nanti abah halau eh...takut aaa... Abah aku terus jawab balik dah tak ada la..itu pun ko takut. Lebih baik takut pada Allah...Dush kena aku sebijik. Ini semua salah adik aku ler ni ....Tapi nak salahkan adik aku pun tak boleh jugak dia mana nampak bende bende ni..In fact aku pun tak nampak hanya org yg tahu bab itu jer bole nampak. So kerja tu harus di serahkan pada org yg arif jer la. Aku tak nak campur. Tak kuat semangat aaa....ni yg takut nak gi toilet lepas ni ...Tak per aku nak ajak Pink temankan aku aaa...dia pun sama spesis takut gak ehheheh....