In Good Company
Tajuk ni aku ambil drp tajuk satu filem yg aku tonton semalam di TV. In Good Company ni bukan la satu filem yg hebat menggegarkan panggung tapi it is just a good movie to watch. Ia lebih berkisarkan tentang dunia pekerjaan yg sebenarnya tidak la menarik sangat kalau nak dibandingkan dengan filem cinta remaja tetapi cerita ni ada motif dan mesej, itu yg lebih penting. Cerita nya best bagi aku sebab dia menggambarkan betapa mudahnya untuk top level management utk bertukar hala tuju. The most important thing is kita jangan bekerja membuta tuli sehingga mengabaikan keluarga kita yg lebih memerlukan. Aku tak akan bercerita panjang tentang cerita ini. Sesiapa yg berminat pergi la tengok kat Astro Boxoffice.
Tapi kesimpulan yg aku boleh buat is kalau kita bekerja, kita perlu bekerja dengan passion dan kita perlu belajar drp sesuatu pekerjaan itu. Kalau setakat bekerja untuk menghabiskan masa dan tenaga, kita akan kerugian satu hari nanti. Mungkin ada sesetengah pendapat mengatakan tak perlu kita nak bekerja bermati matian sebab company hanya bayar kita setakat apa yg kita berikan, ya betul mmg company tak bayar lebih pun. Macam aku ni bukan bole claim OT pun. Tapi aku percaya sesungguhnya ada keadilan dalam dunia ini. Mungkin kita tidak di bayar dalam bentuk wang ringgit tapi dalam bentuk lain yang mana mungkin kadang kala kita tak sedar secara langsung. Aku tak nak elaborate pjg sangat tentang cara “bayaran” itu. Kalau kita renung sejenak apa yg telah kita lakukan dan kita terima kita sendiri bole menilai.
Mungkin ada yg rasa statement aku ni contradict dengan statement aku sebelumnya tapi apa yg aku maksudkan ni is kita perlu bekerja mengikut kemampuan kita dan cuba sehabis boleh untuk deliver satu pekerjaan itu. Kalau tidak pandai, belajar dan cari ilmu supaya kita bole deliver yg terbaik. Bukan kerja separuh jalan atau hendak tak hendak sahaja. Aku pernah terdengar seseorang berkata, tak perlu bekerja kuat sangat kerana ini semua dunia semata mata. Hmm betul ker statement itu? Kalau kita tak bekerja bersungguh sungguh macam mana kita nak tahu upah yg kita dapat tu berkat atau tidak? Aku ni bukan la org yg kuat bekerja sangat and aku pun bukan la baik sangat nak menasihati orang tetapi pandai pandai la . Aku pun pernah lalai juga tetapi kena la pandai balance kan. Kalau hari ni rasa malas esok kene la double. Tapi terpulang pada individu. Bak kata ex-boss aku sekali sekala balik lambat apa salahnya cover balik time balik cepat tu atau pun time lunch terlebih tu.
Betul juga katanya tu. Ye la duit aku tu nanti aku nak beli makan dan minum, sara hidup semua dan paling jelas, aku nak guna untuk pergi menunaikan haji kalau ada peluang. Takkan la aku nak gunakan duit yg bole dipertikaikan keberkatannya ...aku tulis ni bukan untuk perli sesiapa tetapi untuk mengingatkan diri aku yg selalu lupa ni. So bebila nanti kalau aku tgk blog aku ni at least it will remind me of something.
<< Home