Tuesday, November 04, 2008

A loss....

Kali ni masuk kali ke-2 aku terbaring atas operating table. Eh apa pulak 2 kali, kali ke-3 la. Tapi kalau utk procedure ni kira 2 kali la. Appendectomy tu citer lain la. Seperti biasa seram sejuk aku atas table ni. Kalau sebelum sebelum ni aku dipindahkan dari katil lain ke table ni tapi kali ni aku sendiri panjat naik.

Dah ler pakai baju spital yg seksi, nipis lak tu tak dapat tahan dari kesejukan bilik yg ber-aircond ni. Sekali tetiba dtg sorang laki introduce himself as pakar bius. Nampak gaya macam hebat -- ayat dipetik daripada anak aku yang kecik yang dah pandai cakap "Sungguh hebat org itu." Apa yang dia tengok macam best jer sume dia kata hebat.

Ok back to the pakar bius, gaya mmg hebat, terang kat aku satu persatu. Tapi satu bende yang aku tak leh terima, dia silap sebut nama aku. Salah patient ke dia ni. Cuak wei. Karang salah bagi bius utk aku lak mamat ni. Procedure cuma 15 minit, dia bius aku utk berjam jam, ada yang tak bangun aku karang. Tapi pastu dia minta maaf kesilapan dia. So aku pun dalam hati tawakkal jer la. Doctor tu plak suruh aku mengucap. Walaupun dah 3 kali aku lalui bende ni tapi still cuak tu ada. Lepas aku mengucap, aku dah tak ingat apa apa. Seingat aku ada org panggil nama aku berkali kali kejutkan aku bangun.

This time punya incident aku syahdu lebih sket compared to the previous miscarriage. Kalau dulu lebih sakit tapi dari segi emosi aku kurang sket berbanding kali ni. Orang tanya aku jer mula la berderai air mata ni. Sampai org kat kaunter tu tanya masa aku nak bayar, ni anak 1st ker. Aku hanya mampu menggeleng. Tak terkata apa. Mungkin deep down inside aku berharap this will be my last pregnancy. Mungkin...aku pun tak sure.

Aku pun harap this will be the last time aku terbaring kat atas OT.

Wednesday, April 09, 2008

A New Beginning

Tahun baru, semangat baru. Hmm actually for Japanese their Fiscal Year starts on April. So this month is considered as a new year for all of us who works for Japs.

I just received a good news this week. Guess what...after a year working for Japs, I got a promotion! Hardly believe it! In fact yesterday my GM, Y-san congratulated me and shook my hand. Alhamdulillah for this rezeki.

I admit working for Japs is challenging but I enjoy it. I learn a lot within a year. One thing i learn here, start with a small goal first but manageable and grow as time goes by. Jadi orang yg memperlekehkan goal aku sebelum ni, ingat jangan perkecilkan usaha seseorang. A thousand mile starts with a small step.

Sunday, September 02, 2007

My last entry

Yup this is going to be my last entry. Rasa malas dah nak tulis. Kalau ada pun nak tulis rasanya, i'd better keep it to myself. Nobody akan terasa or nobody akan cakap aku kecoh satu opis plak even though aku rasa budak opis aku sorang pun tak tahu kewujudan blog aku ni.

Aku nak tamatkan blog aku ni bukan sebab aku terasa dengan komen malaun sekor tu tapi memang aku pun dah malas and jarang ada time nak tulis dah. Kalau ada pun rasanya baik aku habiskan masa bersama orang orang yang menghargai aku.

In case aku ada sakitkan hati sesiapa sorry la yea. Bye.

Sunday, August 26, 2007

One goal is achieved.

Akhirnya tercapai jugak goal aku yang satu ni. Dah lama sangat aku dok meyebut nak cat rumah, sampai jiran aku pun dah bersuara asyik cakap tapi bila nak execute hehe...
This time memang bebetul punya execution. Itu pun lepas aku dok listkan as one of my goal in the list in my NLP class.
Petang rabu tu aku satu family pergi kedai hardware. Pilih punya pilih, memula aku tak dapat kaler yang aku nak sbb yg aku pegang katalog ICI dulux tapi tak de stok. Nak beli nippon mahal sangat sbb budget not more than 500 utk cat. Kalau beli nippon dah 1k++. Last last we settle with the color that we agreed. Kakak pilih kaler light purple for her room. Aku ok jer.

So here we have painted the living room, alley, kitchen and kakak's room. Next mission is master bedroom and 3 more rooms. Pastu nak beli wall decorations and furniture.

Betul la intructor NLP tu ajar, kalau nak make sure goal kita tercapai perlu serious in planning the steps as well. Voice it out. Kene jadi dreamer, realist and critic as them same time. Cara nak jadi ketiga tiga ni memang aku rasa berkesan sebab dia bukan takat ajar pk kan macam mana nak jadikan benda tu berjaya tapi kaedah yang boleh dilakukan oleh seluruh anggota badan kita untuk membolehkan kita memikirkan perkara perkara tersebut. Mind and body is one. Good thing to practice.

Sunday, July 29, 2007

House rules offenders

Last night I woke up hearing something. Adik was coughing quite bad. I tried to calm her by giving cough syrup. When I entered the kitchen I could hear a female voice singing. I looked at the time. It was 1:45 A.M. Hmm how could this person be so inconsiderate? Having fun with your newly karaoke set is ok but singing with a loud and lousy voice in a middle of the night is totally a BIG NO NO. I was thinking who is this stupid and idiotic person could be? Doesn’t she know house rules? You are staying in an apartment not some junk yard or pub I can say. Even a night club has time off too.

Yesterday I took stairs instead of elevator. I saw an ads looking for her missing cat. This is one more stupid and idiotic person. Don’t you know that house rules do not allow pet in here? If you want to have a pet you shouldn’t have moved here. If I found that cat, surely I’ll send it to SPCA. Hubby aku pernah nampak satu couple ni berlari lari ke dalam lif sambil cuba menyorokkan anjing mereka. Eeee diaorg ni memang tak berakal la.

Lagi satu kes, hamba Allah yang duduk atas unit aku ni pulak dok la tumbuk lesung batu tengah tengah malam. Takkan la dia tak tahu kalau nak guna lesung batu perlu alas lesung tu dengan kain atau sebagainya sebagai penyerap bunyi dan hentakan. My daughter yang umur 4 tahun pun tahu. Ni bukan kampung cik adik/abang oii.

Satu hal lagi ni masa aku naik lif, sambil bawa barang barang nak balik kampung. Sampai je kat ground floor pintu lif terbuka tetiba masuk sorang pompuan meluru ke dalam lif. Dalam hati aku, “Ni lagi sorang minah tak reti bahasa. Tak nampak ker lif penuh dengan barang dan orang. Bagi ler orang dalam lif keluar dulu. Macam la lif tu tinggalkan dia. Aku dengan sorang kakak lagi yang satu lif dok stare dengan penuh tak puas hati. Tapi minah ni memang blur sebab dia bukan nak say sorry or anything, Dia bole duduk tunggu dalam lift tu. Sakit otak agaknya.

People, if you want to stay in an apartment, learn how to do so. Kalau orang cakap tak berakal marah pulak. Tak faham peraturan ker? Kadang kadang betul juga bila orang kata sesetengah masyarakat kita ni memang kurang ajar. Melanggar peraturan yang telah sedia maklum tu memang dikategorikan kurang ajar sebab dia tak pergi ke sekolah dan tak belajar sivik.

Sunday, July 15, 2007

Aku dan house decorations...

My sister is going to open a shop which sells house decoration items. Masa aku pergi rumah dia, dia tunjukkan aku stok yang bakal dijualnya. Aku pun excited jugakla nak tengok. Memula dia bukak satu kotak penuh dengan teko dan cawan ala ala vantage. Hmm i guess ok tapi pastu aku tanya lain ada tak? Pastu dia bukak lagi satu kotak lain. Kotak tu penuh dengan hmm i can't tell what it is tapi nampak macam mangkuk to me. Dia ada la describe but i couldn't pay attention to what she said. Mata aku melilau pada barang lain. Aku tanya dia barang lain mana and dia cakap dah hantar kedai untuk susun. Yang ada kat rumah dia barang yang mudah pecah so memandangkan aku kureng berminat dengan cawan dan teko klasik ni aku abaikan jer la. Dia cakap kalau aku nak beli dia leh bagi diskaun. Yang benarnya aku tak berminat. Aku memang tak berminat dengan benda benda yang tak praktikal untuk rumah aku. Kalau aku balik kampung, my mom and her other daughters and daughter in law akan busy talk about pinggan mangkuk yang klasik dan cantik, aku of coz ler kurang faham sket line tu tak leh nak join sangat la. Aku susah sket nak berminat dengan benda macam tu unless aku rasa perlu macam item tupperware, aku rasa praktikal sket sebab tak mudah pecah dan membahayakan dan kalau rosak boleh ganti. Aku rasa sebab tu mak aku susah sket nak "geng" dengan aku sebab we don't share same interest.

Even masa they all busy beli cawan kopitiam aku pun terpaksa beli sebab nak amik hati. Cawan tu tersusun kemas dalam cabinet dapur aku tak berusik sampai mak aku tegur mana pegi cawan tu. Itu ler aku ni bukannya suri rumah yang ada masa nak bertukar tukar tema cawan macam suri rumah biasa yang aku kenal. Kalau itu yang aku rasa sempat aku capai, itu la yang jadi hidangan. Soal cantik atau menarik tolak tepi dulu yang pasti mana dulu sempat disambar oleh tangan ni.

Even rumah aku pun dah jadi buah mulut sedara mara aku yang busy body. Rumah aku kosong,langsir tak bertukar, sofa biasa biasa jer. Takde carpet 12 ribu terhampar di lantai marble rumah aku tu dalam kata lain naper tak pasang pergo... No nice wardrobe. Isk kadang kadang aku bukannya apa tapi suka hati aku la nak hias rumah aku ke tanak. Bukan aku mintak duit korang pun. Even keputusan aku beli apartment pun diaorang pertikaikan. Hello, i dont have the time for that la. Juggling a career, a mother and a wife is not as easy as it sounds ok. Even taking care two kids with a house this "big" and making sure it is clean pun kadang kadang aku rasa dah tak terlarat ini kan pulak kalau aku nak pindah rumah besar daripada ni. Semput aku rasa.

Hmm whatever it is, once i have fulfilled my target in the near future, i will do something to my house.

Saturday, July 07, 2007

Antara IQ dan EQ

Semalam aku dikejutkan dengan satu berita yang mengejutkan. Aku baru jer balik dari lunch masa tu. Immediate superior aku panggil and dia inform 2.30 dia nak adakan satu meeting tergempar bersama Manager lain. Aku masa tu tak pk apa apa pun. Biasa ler meeting. Sekali tu bila sampai kat area cubicle aku tetiba member sebelah cubicle aku inform MD tak nak confirmkan dia. Today is her last day at work. Aku ingatkan dia buat lawak sekali tengok dari riak muka dia yang nampak gaya baru lepas nangis aku pun terkejut jugak. Aku masa tu tak leh nak cakap banyak sebab kene pergi meeting. Aku cakap kejap lagi aku borak ngan dia.

Masa dalam meeting. Project Director inform pasal status member aku tu. Semua orang terperanjat. Tapi dia cakap sebab apa dia kene semua orang sudah maklum. Secara amnya kawan aku ni memang pandai buat kerja. Dia memang knowledgeable and talented tapi kekurangan dia bab interpersonal. Dia susah nak bekerjasama dengan orang. Dia mudah marah dan kalau boleh kata dia atau idea dia saja yang bagus. Memang aku tak nafikan sememangnya kebanyakan daripada idea dia memang bagus tapi kadang kadang aku rasa cara dia tak sesuai dengan environment di tempat kerja aku. Most people akan rasa takut nak approach dia. Kalau tak de apa nak cakap dia org akan seboleh bolehnya avoid daripada berurusan dengan dia. Dalam kata lain IQ dia tinggi tapi EQ dia mungkin rendah. Aku akui dia banyak mengajar aku. Banyak perkara tak kira dari segi pekerjaan mahupun kehidupan dia memang seorang yang aku rasa mempunyai pengetahuan yang banyak sebab dia memang rajin membaca. Cuma bila tang komunikasi la dia kureng sket. Aku selalu saksikan "drama" antara dia dan staffnya. Dah tentu tentu meja dia sebelah meja aku so aku pun of course ler bole dengar. Kadang kadang kalau aku rasa macam terlebih hangat jer situasi aku akan segera bangun dan tinggalkan tempat tu. Tak nak get affected dengan perkara perkara yang tak best. Aku akui aku pun lebih kurang jer dengan dia ni tapi sekarang aku rasa kene kureng kan sket vocal tu. Nobody likes it. Bak kata abah aku maruah orang harus dipelihara. Jadi boss bukan lesen untuk membolehkan kita marah pada sesiapa.

Masa aku memula kenal dia aku pun tak berapa gemar sangat dengan dia ni tapi bila dah few months kenal aku rasa dia ni baik orang nya cuma ada sesetengah perkara la yang orang boleh tak suka dengan dia hinggakan immediate boss dia pun tak boleh nak handle dia. Cara dia kadang kadang aku rasa boleh menjatuhkan maruah seseorang. Aku tak pernah tegur dia bab tu sebab bagi aku, aku tak berhak nak mencampuri urusan kerja dia dengan orang lain selagi tak melibatkan kerja aku. Biar boss dia yang handle. Lain la kalau dia kawan rapat aku mungkin boleh la sket aku bagi hint hint kata mulut dia terlalu laser hinggakan orang tak suka dengan cara dia. Hubungan dia yang terlalu teruk dengan boss dia sampaikan kadang kadang aku terpaksa jadi orang tengah untuk menyelesaikan sesatu masalah. Tapi aku tak kisah pun sebab aku gain some knowledge. No big deal.

Tapi masa dia nak meniggalkan office aku terasa sebak. Terasa kehilangan. Walaupun aku kenal dia less than 6 months tapi aku rasa dia seorang yang sukar didekati. Dia suka membantu orang asalkan kita tahu cara nak approach dia. Selalunya orang pandai ni memang susah nak handle perkara perkara simple dalam hidup dia especially communication. Even staff aku pun terasa sebak semasa dia meninggalkan kami. Mungkin cara dia pergi tidak sebaik cara orang lain pergi tu yang buat aku sebak.

Apa yang aku dapat simpulkan daripada kejadian itu, walaupun kita tahu kita ada kelebihan tapi kita perlu juga tahu bagaimana hendak hidup bermasyarakat.