Antara IQ dan EQ
Semalam aku dikejutkan dengan satu berita yang mengejutkan. Aku baru jer balik dari lunch masa tu. Immediate superior aku panggil and dia inform 2.30 dia nak adakan satu meeting tergempar bersama Manager lain. Aku masa tu tak pk apa apa pun. Biasa ler meeting. Sekali tu bila sampai kat area cubicle aku tetiba member sebelah cubicle aku inform MD tak nak confirmkan dia. Today is her last day at work. Aku ingatkan dia buat lawak sekali tengok dari riak muka dia yang nampak gaya baru lepas nangis aku pun terkejut jugak. Aku masa tu tak leh nak cakap banyak sebab kene pergi meeting. Aku cakap kejap lagi aku borak ngan dia.
Masa dalam meeting. Project Director inform pasal status member aku tu. Semua orang terperanjat. Tapi dia cakap sebab apa dia kene semua orang sudah maklum. Secara amnya kawan aku ni memang pandai buat kerja. Dia memang knowledgeable and talented tapi kekurangan dia bab interpersonal. Dia susah nak bekerjasama dengan orang. Dia mudah marah dan kalau boleh kata dia atau idea dia saja yang bagus. Memang aku tak nafikan sememangnya kebanyakan daripada idea dia memang bagus tapi kadang kadang aku rasa cara dia tak sesuai dengan environment di tempat kerja aku. Most people akan rasa takut nak approach dia. Kalau tak de apa nak cakap dia org akan seboleh bolehnya avoid daripada berurusan dengan dia. Dalam kata lain IQ dia tinggi tapi EQ dia mungkin rendah. Aku akui dia banyak mengajar aku. Banyak perkara tak kira dari segi pekerjaan mahupun kehidupan dia memang seorang yang aku rasa mempunyai pengetahuan yang banyak sebab dia memang rajin membaca. Cuma bila tang komunikasi la dia kureng sket. Aku selalu saksikan "drama" antara dia dan staffnya. Dah tentu tentu meja dia sebelah meja aku so aku pun of course ler bole dengar. Kadang kadang kalau aku rasa macam terlebih hangat jer situasi aku akan segera bangun dan tinggalkan tempat tu. Tak nak get affected dengan perkara perkara yang tak best. Aku akui aku pun lebih kurang jer dengan dia ni tapi sekarang aku rasa kene kureng kan sket vocal tu. Nobody likes it. Bak kata abah aku maruah orang harus dipelihara. Jadi boss bukan lesen untuk membolehkan kita marah pada sesiapa.
Masa aku memula kenal dia aku pun tak berapa gemar sangat dengan dia ni tapi bila dah few months kenal aku rasa dia ni baik orang nya cuma ada sesetengah perkara la yang orang boleh tak suka dengan dia hinggakan immediate boss dia pun tak boleh nak handle dia. Cara dia kadang kadang aku rasa boleh menjatuhkan maruah seseorang. Aku tak pernah tegur dia bab tu sebab bagi aku, aku tak berhak nak mencampuri urusan kerja dia dengan orang lain selagi tak melibatkan kerja aku. Biar boss dia yang handle. Lain la kalau dia kawan rapat aku mungkin boleh la sket aku bagi hint hint kata mulut dia terlalu laser hinggakan orang tak suka dengan cara dia. Hubungan dia yang terlalu teruk dengan boss dia sampaikan kadang kadang aku terpaksa jadi orang tengah untuk menyelesaikan sesatu masalah. Tapi aku tak kisah pun sebab aku gain some knowledge. No big deal.
Tapi masa dia nak meniggalkan office aku terasa sebak. Terasa kehilangan. Walaupun aku kenal dia less than 6 months tapi aku rasa dia seorang yang sukar didekati. Dia suka membantu orang asalkan kita tahu cara nak approach dia. Selalunya orang pandai ni memang susah nak handle perkara perkara simple dalam hidup dia especially communication. Even staff aku pun terasa sebak semasa dia meninggalkan kami. Mungkin cara dia pergi tidak sebaik cara orang lain pergi tu yang buat aku sebak.
Apa yang aku dapat simpulkan daripada kejadian itu, walaupun kita tahu kita ada kelebihan tapi kita perlu juga tahu bagaimana hendak hidup bermasyarakat.
<< Home