Saturday, April 28, 2007

Perbezaan emak dan ayah

Seingat aku masa kekecik dulu kalau kene tinggal dengan abah, aku mesti takut. Bukan takut apa tapi kalau dia suruh buat mesti buat time tu jugak. Tapi kalau kene tinggal dengan mak hehe..this is the fun time....
So macam tu ler sekarang anak anak aku. Kalau tinggal dengan aku, haru biru aku dibuatnya. Aku cakap sekali tak makan punya. Bole tanya lagi kenapa aku arahkan dia buat macam gitu.

Pernah satu situation, aku marahkan kakak so aku amik rotan, buat buat nak pukul dia tapi ek jer la konon. Kakak dah lari ketakutan tapi kejap jer. Pastu bila adik buat salah kakak cecepat hand over the rotan to me demand for the same punishment. Bebudak ni pun dah pandai demand.

Kalau abah diaorg sergah sekali jer terus buat kerja. One time kakak conteng dinding and her father found out, dia suruh kakak bersihkan dinding tu balik. Kesian aku tengok budak 4 tahun gosok dinding. Kalau aku bagi arahan bersihkan dinding tu mesti tak jalan punya. Bole reason lagi kata dia penat la, dia kecik lagi la, nak rehat kejap la, nak main puas puas la, ada jer alasan. Same goes to the adik. Boleh pakat nak bagi jawapan apa kat aku.

Tapi aku rasa org lelaki kalau marah menakutkan. Menakutkan budak kecik sebab tu diaorg gerun kot. Aku tak de la rasa takut cuma malas nak layan. Penat oo marah sebab mengeluarkan energy yang banyak. Better remain calm. Tak de la cepat tua nanti hehe...

Friday, April 27, 2007

Kisah si Adik

Adik memang lain daripada kakak. Baik dari segi personaliti mahu pun dari segi fizikal. Kakak grow vertically adik pulak grows horizontally. Kalau orang lain keluar dr hospital akan berkurang berat badan tapi adik tidak terjejas beratnya. Maintain gitu. Pernah sekali aku dah orderkan dia spaghetti. Adik dan kakak share the same spaghetti. Kakak bila dah makan terus rasa kenyang tapi adik bole mintak nasi lagi. On the way back home aku beli bun untuk breakfast esok, adik dah tenang-tenang bun tersebut. Aku cakap nanti kat rumah. Bila sampai rumah ingatkan dah lupa tapi rupanya tidak. Terus menagih janji. After had some bite she asked for roti pong pulak. Lepas makan roti pong mintak susu pulak. Terperanjat aku dengan capacity perut dia. Patut ler different berat dia dengan kakak cuma 3 kilo jer. Aku pernah nak sekat dia makan tapi doctor cakap jangan disekat sebab lemak yang terbentuk tu berkaitan dengan pembentukan otak dia untuk waktu sekarang.

Adik ni bole tahan pandai bagi komen. Pernah sekali tu dia argue dengan kakak pasal tol. Aku yang tengah drive masa tu nak tergelak pun ada sebab bayangkan budak 2 tahun mengomel pasal tol. Antara ayat dia "Asyik asyik nak kene bayar. Apa la." Kakak pulak bole jawab, "Ala kita bayar jer la. Kalau tak bayar nanti dia nangis." Tapi aku rasa mesti dia heran sebab tak nampak barangan yang dapat selepas buat bayaran. Tu yang dia wonder kot. Kalau nak pakai baju pulak pandai demand. Nak pakai kaftan la, baju kurung la, macam macam anak dara aku yang sorang ni.

Adik ni satu perangai dia kalau dia tak suka orang kiss atau peluk dia, dengan selamba je dia bole sound orang tu busuk. Laser sungguh minah sorang ni. Tak kira la orang tua ke muda ker semua habis dia belasah cakap busuk kalau dia tak suka orang tu do something kat dia. Kalau with strangers she will just keep quiet. If you ask her why didn't she say something, she'll respond, "Adik malu." One thing she will remain calm or sometimes tak nak tengok orang langsung kalau jumpa orang yang dia jarang jumpa. Unless kalau dah biasa tu habis semua belang dia tunjuk.

Man msg aku satu pagi tu. Aku ingat apasal tetiba mamat ni rupanya tanya bila aku nak update. Hmm mmg tak sempat nak update la cik abang oii.... Balik kerja dah la lambat pastu otak pun dah penat. Hari ni jer aku dapat balik cepat sebab aku dah siapkan kerja then balik awal. Lagipun big boss balik Jepun nak celebrate hari kebesaran diaorg.

Kali ni cuti lama sket tapi aku tak plan nak balik kampung pun sebab nak rehat kat rumah jer. Last two weeks was a very hectic week to me. Mau tidak semua orang demam except for me. Starting with my hubby. Demam tak kebah kebah. Malam tu aku bawak dia pergi Hospital P***** kat Melaka sebab dia demam teruk tapi MO tu ntah hapa hapa jawab tak best. Rasa rugi bayar kat dia sebab jawapan macam budak baru habis belajar. Aku memang teramat bosan kalau dapat doc yang menjawab soalan dengan tidak menunjukkan tahap profesionalisme. Kalau doc gomen bole faham lagi sebab bayaran murah tapi ni doc swasta. Sendiri bayar lak tu. Mahu jer aku hempuk doc ni.
Pastu followed with my two daughters demam. Masa tu aku dah balik rumah. Parents aku datang rumah aku dengan harapan nak tolong aku jaga 3 orang yg dah flat sekali tu diaorg pun turut demam. End up aku terpaksa ke klinik lebih 3 kali membawa orang oprang sakit ini. Bukan ler mengeluh tapi lawak pun ada. Condition anak aku dah makin teruk nak tak nak aku call Insurans agent tanya kat aman panel diaorg so the nearest is Sentosa Kajang. Ok la aku pun bawak la diaorg pergi sana. Ambil blood sample and kakak was positively infected with dengue. Nasib baik adik tak kena. Doc cakap kadang kadang virus tu tak cukup untuk infected dia so dia cuma demam but her blood show presence of virus. Aku pun berkampung selama 5 hari 4 mlm. Memang setiap tahun aku akan menjaga anak sakit di hospital tapi kali ni sampai 2 orang sekaligus. Hubby aku pulak kejap demam kejap baik. Buat blood test mmg platelet turun tapi within the range lagi la. Everyday test darah.

Now they are in a good condition. Alhamdulillah. Letih betul rasanya sebab bila kuar hospital jer esoknya aku kene pegi kerja. Banyak kerja tertunggak. Kalau ikutkan hati memang tak larat rasanya tapi sabor je la...