Weekend
Hari Jumaat lepas balik kerja rasa badan macam nak demam jer. Sebelum balik tu sorang boss ni suruh aku g check sebab aku dah batuk lama. Aku tak nak makan ubat klinik sebab aku still breastfeed. Pastu aku pun tak makan any supplement lagi dah. Badan pun terlalu penat agaknya. Balik dr opis after maghrib jer hubby aku ajak g IOI Mall. Hmm ikut jer la sebab dia nak beli hp. Order pizza kejap then pegi teman dia beli hp. Hubby aku ni salah satu hobi dia tukar hp. Aku membebel jugak la sebab sayang aa duit. Baik simpan kat ASB. Tapi dia cakap itu hp family so aku pun boleh pakai kalau aku nak. Hmm apa apa jer la cik abang oii...kalau dah hendak tu byk betul supporting facts dia.
Balik dr IOI tu we all terus pegi singgah Zhulian sebab nak beli byoung. Hari Sabtu aku nak balik kpg so badan kena fit.
Masa kat kpg hmm adik tak mahu langsung kat org. letih aku layan diaorg ni sebab kakak pun nak pegi toilet tak nak dengan org lain. Semuanya dengan aku jer. Even nak pegi toilet pun dia tak nak. Dah la hubby aku busy tlg rumah mak sedara dia sebab kenduri ni.
Hmm ari ni tak de mood aa nak cerita pjg. Nanti la aku cerita sebab kali ni minda penat....hehehe alasan.
<< Home