Merdeka!
Bersemangat kali ni nak merdeka...Patriotik la pulak kali ni sampai ari tu masa minyak kereta dah tinggal sipi sipi pun still nak cari Petronas, tanak isi Shell..konon patriotik la. hehehe....
Aku baca dalam Utusan malaysia pasal gadis pakai bendera dengan aksi kureng sket tu memohon maaf pada semua org sebab aksinya mengundang kemarahan orang. Hmm pada pendapat aku la sebagai rakyat Malaysia bendera perlu dihormati sebab aku teringat pesan mak aku, bendera kita tak boleh pijak sebab dia lambang negara kita. Inikan pulak buat aksi kureng ye dak. Bagi aku mungkin gadis ni diperdayakan oleh sesetengah pihak yg nak mengaut keuntungan. Ye la budak baru nak setengah masak bak kata orang mesti mudah sahaja terima bulat bulat apa yg orang kata. Bila tak berfikir panjang jadi la seperti sekarang. Tetapi at least dia berani to say sorry pada semua rakyat Malaysia seperti dalam akhbar Utusan Malaysia hari ni. Aku bukan nak blame dia 100%, aku pun ada anak perempuan, 2 orang pulak tu cuma aku rasa gadis sekarang perlu lebih berhati hati dalam dunia pancaroba ni. Orang mudah mengambil kesempatan ke atas orang yg lemah. Jadi aku sebagai ibu zaman IT ni perlu lebih berhati hati nak mendidik 2 orang anak perempuan. Bukan mudah tanggungjawab ni. Bak kata orang tua tua menjaga sekandang lembu lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan. Kebenaran itu jelas terbukti.
So sempena bulan merdeka ni harap harap ibu bapa, (termasuk aku sendiri) kena educate anak anak menghormati bendera kita. Bukan sekadar hormat biasa biasa jer tapi kena faham kenapa kena hormat. Ingat senang ker nak dapatkan kemerdekaan? Kena fight bagai nak rak pastu kena pegi berunding la bagai...Kira konteks aku skrg ni macam company aku nak fight untuk dapatkan bonus daripada company parent..hehehe kena pegi fight berpuluh kali, buat paper byk kali kena reject pastu fight lagi, mintak lagi bawak berunding sampai Dato CE. So kesimpulannya kena respect orang orang yg berjasa untuk mendapatkan bonus tu..sama la dengan org yg berjasa untuk dapatkan kemerdekaan tu. So kalau dapat bonus pas ni..Merdeka!(Boleh pegi shopping, mega sale still on)
<< Home