Kisah Teladan & Sempadan
Aku baru dapat tahu satu cerita yang aku rasa boleh aku jadikan teladan dan sempadan. Tujuan aku bukan untuk membuka aib sesiapa jauh sekali untuk menghina. Niat aku cuma untuk mengingatkan diri aku sendiri jika esok lusa aku hampir tergelincir. Nauzubillah.
Seorang yang pernah bergelar ketua aku telah menghasilkan satu "karya agung" which bole menjawab segala tanda tanya kenapa selama ini dia gagal menjalankan tugasnya dengan baik dan penuh berhemah. Segala persoalan aku yang selama ni tersimpan telah terjawab dengan penghasilan "karya agung" tersebut.
Antara persoalan aku...
- Kenapa selama ni dia tampak sibuk walaupun jarang sekali kerjanya diselesaikan dengan baik jauh sekali sempurna.
- Kenapa dia mampu menjawab dengan baik, tersusun bicara dan kata walaupun kadangkala nampak benar kesalahan berpihak padanya.
- Kenapa dia tidak mampu berfikir secara teknikal sedangkan dia antara ketua di sebuah syarikat yang menghasilkan kerja kerja teknikal.
- Kenapa dia sering fowardkan email dengan tambahan hanya 3 huruf tanpa komen seterusnya.
- Kenapa dia boleh membutakan mata dan telinga walaupun tahu anak anak buah yang sengsara menyiapkan kerja.
- Kenapa dia boleh menghasilkan satu kerja yang tidak sepadan dengan pangkatnya.
- Kenapa dia boleh dengan selambanya membiarkan kerja yang diamanahkan kepadanya disiapkan oleh orang lain tanpa rasa bersalah atau simpati.
Dalam erti kata lain aku simpulkan perkara wajib telah menjadi sampingan manakala perkara sampingan telah menjadi wajib. Aku tertarik dengan kata kata seorang ketua aku sekarang yang bukan sebangsa atau seagama dengan aku. Antara lain katanya "Jadikan kerja kita sebagai salah satu daripada khidmat kita untuk masyarakat." Kalau dalam islam bermaksud, kerja adalah satu ibadah yang perlu disempurnakan. Tanggungjawab kita membimbing orang bawahan kita, tanggungjawab kita terhadap ilmu yang kita curahkan, dan of course pada rezeki yang kita bawa pulang untuk diberi kepada keluarga kita.
Bukan hasil karyanya aku cemburukan cuma tidakkah dia terasa ralat dengan imej islam yang dibawakan menjejaskan imej orang islam yang lain. Seolah olah membayangkan orang melayu islam tidak pandai melakukan kerja yang telah diamanahkan. Itu yang aku kesalkan. Aku mungkin tak sepandai dia dalam membicarakan bab agama tapi...entah la. Apa yang aku boleh simpulkan, aku perlu jadikan kisahnya sebagai satu sempadan dalam hidup aku. I pray not to be like that. Insya Allah. Cukuplah dengan penganiayaan yang pernah aku dan rakan rakan alami dulu.
<< Home