Penajaan
Sejak harga minyak naik ni harga barang pun makin naik. Harga ikan kembung jer naik berapa inggit. Harga cili, harga bawang...semuanya naik la. Tapi gaji aku gak yg belum naik. Tak best nya. So nampak gayanya kena la buat part time untuk tampung kehidupan yg semakin mencabar ni.
Tadi aku teman pinky buat penajaan untuk Zhulian. Actually bukan prospek aku tapi prospek Pinky. Aku lebih pada temankan dan dengar sahaja. Just to polish my skill yg dah berkarat. Kalau nak ikut skill tu agaknya sudah jadi sekarat air paip kat Mesia ni yang kolamnya dah 20 tahun tak di cuci.
Jumpa prospek kat MIMOS. Ramah orgnya. Aku lunch ngan diala. Sambil tu aku call member aku Bard yg keje kat MIMOS jugak. Nak ajak dia lunch. Tapi Bard tak de. Tak pe la. Sambil aku makan aku dengar la pinky dok cerita dengan Sherli tu pasal Zhulian. Tak ada rezeki, prospek pinky tu dah penah masuk. Tak apa tak kisah la dah nama pun tak ada rezeki. Aku biasa jugak terima penolakan ni sbb aku tak terer sangat tapi dengan pinky pun minah ni tanak itu nama nya tak de rezeki. Kalau ada rezeki sekejap jer org nak kan.
Masa balik tu lalu Puncak Jalil, sambil tu lalu gak depan umah aku. Mak aii teruknya jerebu. Aku rasa kalau aku jual Air Purifier skrg mesti laku kan. Tapi Zhulian ni lambat pulak nak keluarkan Air Purifier ni. Aku dah beriya nak beli tak nak jual la pulak. Tak per la lepas ni maybe ada la kot insya Allah.
<< Home