Friday, April 28, 2006

Disiplin

Ni nak cerita soal disiplin la. Aku terbaca dalam paper baru baru ni pasal disiplin orang Jepun tentang kebersihan, tentang susun atur dan sebagainya la. Yang aku nak sentuh di sini aku pun kadang kadang heran dengan masyarakat di Malaysia yang kurang berdisiplin. Kalau di sekolah dulu aku ingat lagi ada few students yang berbangga kalau dapat melanggar sesatu peraturan. Kira gempaq gitu. Sekarang ni pulak kalau di jalan raya rasa bangga kalau dapat race secara haram dah sesilap terbunuh orang. Ada tu pulak rasa bangga kalau dapat buang sampah daripada kereta. Isk aku rasa diaorg ni memang tak de kesedaran sivik. Bukan la nak kata aku ni baik sangat ikut law tapi aku tengok most people bila tengok perlawanan tak kira bola dan sebagainya pandai pulak marah pemain tak ikut law tapi bila kehidupan sehari hari tak de pulak marah diri sendiri sebab tak ikut law eh.

Itu la bila orang tidak dididik untuk hidup bermasyarakat. Aku teringat kalau di Mc Donald's di negara lain, most of the people lepas makan akan buang sendiri bekas makanan mereka. Nobody is going to clean up the mess for you except kalau di hospital. Even kalau bawak anjing mereka berjalan jalan pun and anjing tu berak, tuan punya anjing tu perlu bersihkan kawasan itu seperti sedia kala. Lain la kalau anjing tidak bertuan which PBT le kena bersihkan. Tapi it does not happen in Malaysia la. Keadaan toilet di Malaysia ..hmm so sad. Aku fikir 10 kali kalau nak pegi toilet awam. Kalau dah tak tahan sangat baru la pegi.

Dah dua kali pegi GP kali ni. Pasal masalah sinus aku ni la. Ari tu batuk la ni pulak telinga. GP dah refer ke specialist. Dulu aku dah pernah jumpa ENT Specialist tapi kali ni payah sket nak pegi sebab sekarang ni company tak nak cover sangat kalau g jumpa specialist. Dia org cut budget. 2500 jer for the whole family. So terpaksa la aku berkorban untuk anak anak aku. Hmm nak buat cemana. Bukan aku saja saja cari penyakit. Ingat nak try ubat cara cina pulak la. Tapi tak sure which chinese doctor yang bagus. Karang kalau silap tak pasal pasal keracunan plak. Kat mana aku nak try ubat aku punya sinus ni eh. Once and for all aku nak pulih. Tak mo la kejap kejap kena g klinik sebab tekak sakit la, telinga sakit la. Leceh tau.. sesapa yang belum pernah kena u can laugh now la tapi bila dah kena hmm it is so irritating tau.

Wednesday, April 26, 2006

New Family Member

Bukan new baby eh...jgn silap sangka. Cuma new family member yg membantu kami ke sana ke mari. Masa nak lepaskan WJJ tu sedih n sayu pulak rasanya. Walaupun it is just a car but still byk memori ngan kereta tu. Since 2001, so of course ler byk sangat memori. Well i know some people might ask what happen to my previous statement saying that i will not trade in the car, no more hutang kereta ni. Hmm lama jugak aku pk sebelum tukar, dari sudut kewangan(of coz la), keadaan ekonomi dunia sekarang, condition of the car(i have to change this and that every month, ada jer benda rosak, walaupun tak bayar hutang kat bank dah, tapi bayar utk maintain kereta tu lebih kurang jer kos dia), fuel consumption(dengan harga minyak yg semakin naik), ruang dalaman kereta(anak-anak makin membesar selari dengan barang-barang diaorg jugak). So akhirnya aku buat keputusan tukar jugak la kereta walaupun dengan berat hati melepaskan WJJ tu. Well kereta baru aku ni tak de la besar sangat compared to others but sesuai la dengan requirements specification aku tu. Ye la ukur baju di badan sendiri, beli kereta ikut keperluan sendiri juga la. Kalau beli terlalu besar sangat nanti sendiri merana.

Ada jugak tanya kenapa tak beli kereta Malaysia, hmm aku terpk jugak bak kata sorang kawan aku ni jihad ekonomi. Well i used to own 2 cars before this(one of it imported car yang dah lama) and this is my third one. For me kalau nak pakai kereta untuk jangka masa yang lama i would prefer imported one sebab perbezaannya jelas ketara. Aku bukan jenis orang yang suka tukar tukar kereta. Aku tukar pun mesti bersebab dan sebab aku tu bukan setakat tak suka dengan kereta or anything tapi banyak sebab. Lagipun selalu tukar kereta ni tak menguntungkan dari segi kewangan.

Enough about that, overall aku suka la kereta ni. Tapi terpaksa drive berhati hati sebab aku baru jer berkecimpung drive kereta auto ni.. ;)

Tuesday, April 25, 2006

Adik n kakak

Adik, walaupun bergelar adik tapi dia dah menunjukkan kematangan dia berbanding dengan kakak sewaktu seusia dia. Adik more brutal daripada kakak dan dia lebih adventure sket berbanding kakak yang kadang kala terlebih feminin aku kata. Macam kalau kat playground kakak akan choose her fav swing and sit tight kecuali kalau kawan-kawan dia ada. Kalau dia sorang sorang she will spend her time kat swing tu. Beza ngan adik dia akan explore satu playground and nak main semuanya. Walaupun slide tu besar and tinggi compared to her size, dia tak peduli. Nak jugak try panjat tu.

Adik pun aku nampak lebih garang daripada kakak. Pernah sekali kakak dia tak bagi dia sentuh laptop kakak, dia gigit perut kakak. Apalagi melalak ler kakak. Adik pulak buat muka like nothing happened. Aku nak tergelak pun ada jugak tapi tgk kan keadaan kakak sedih la pulak. Kakak ni memang suka usik adik. Semalam dia ketuk kepala adik tapi nasib baik adik buat dek jer. Kalau tidak memang aku dah sound. Tapi hubby aku punya la marah sampai dikurung kakak sekejap. Aku kalau time hubby aku tengah marah memang tak de la nak join sekaki. Salah sorang jer marah cukup la. Kalau dedua sekali haru ler....

Tuesday, April 18, 2006

Sometimes some people never learn

Ni jadi satu kes kat opis aku ni. Ada la sorang hamba Allah ni dia bagi email kat aku then cc kat beberapa orang. Tujuannya cuma nak bg aku satu doc yg diperlukan untuk aku n the geng start with the work tapi sempat lak memerli aku at the end of the mail. Aku tanya dia directly kenapa dia buat macam tu then dia ckp statement tu bukan utk aku sebenarnya tapi untuk org lain dalam list of cc tu. Apa la problem mamat ni. Dah tentu tentu dia letak "Dear nama aku" at the beginning habis tu mahu citer bohong plak cakap benda lain. Aku pun reply balik mail tu and cc kat sume org yg dalam list asal dia tu. Boring plak aku sebab tak semena mena cakap aku tak nak buat kerja pulak. Padahal sebelum tu aku cuma mintak requirements jer. Yang dia tetiba chop team we all tak nak start buat kerja. Boss aku datang jumpa aku petang tu sebab dia pun hangin ngan mamat tu. And for the first time ever aku dengar boss aku tu mencarut 2 patah perkataan yang aku tak sanggup nak cakap kat sini. Tapi since boss aku tu cara carutan dia ayat mendatar so kalau orang dengar for first time memang takkan sedar unless kalau dengar bebetul.

So this week pulak mamat yang sama (tak serik lagi) hantar email lagi and blame orang lain pasal tak buat keje itu la, ini la. Kali ni he got a long list and "Dear all". Tapi ayat dia memang macam sireh sampai ada sorang opismate aku kata dia ni memang syaitan. Aku dah tergelak dah sebab aku rasa he can be the laughing-stock in our office sebab most of the things yg dia mention tu kebanyakannya orang dah start buat walaupun tak sempurna but work is in progress cuma dia jer tak tahu sebab busy doing something else i guess.

Bila kenangkan kes macam gini, aku teringat kes dia satu ketika dulu dalam satu project lain which dia bergaduh ngan PM untuk that particular project. So history repeats itself. Selalunya sejarah berulang pada orang lain and masa lain tapi kali ni sejarah berulang pada orang yang sama cuma masa jer tak sama...well some people never learn...hehe

Wednesday, April 12, 2006

Salah tafsiran atau salah penyampaian

Pernah tak kita kadang kadang terasa apa yang kita cuba sampaikan tak diterima dengan baik oleh pendengar tu. Aku dah banyak kali mengalami perkara macam tu. Kadang kadang aku terfikir adakah cara penyampaian aku kurang bagus atau orang yang menerima tu membuat salah tafsiran? Adakah banyak yang tersirat daripada tersurat dalam statement aku tu? Kebanyakan statement aku selalunya straight to the point sebab aku tak suka berselindung sangat. Zaman sekarang orang sukar read between the lines. Kalau hidup di zaman dahulu kala mungkin la penuh dengan arakian la...sepurnama la sepelaung la which bagi aku terlalu vague. Tapi aku tak nafikan menguasai yang tersirat daripada yang tersurat amat penting. But again aku rasa dalam kehidupan seharian aku, aku lebih suka bersikap straight to the point.

Pernah aku terlibat dalam satu argument yang mana kawan aku ni menyalah tafsirkan maksud sebenar aku. Bila aku kata aku tak suka cara dia buat kerja waktu itu, aku memang bermaksud aku tak suka cara dia buat kerja tapi tak bermaksud aku tak suka dia tapi niat aku disalah tafsir. Another example is bila aku cakap aku nak memiliki sebidang tanah satu hari nanti tidak bermaksud aku nak membolot tanah pusaka kepunyaan sesiapa sebab aku memang berhasrat nak beli tanah satu hari nanti(kalau duit dah cukup la) tapi disalah tafsir oleh pihak yang mendengarnya. Salah aku ke yang membuat penyampaian yang kurang berkesan atau salah org itu membuat tafsiran ye?

Friday, April 07, 2006

Gambar horror

Eeeee nyesal aku bukak link yang member aku bagi. Bila aku tanya link ni untuk apa selamba jer jawab IQ test. Memula aku bukak ok lagi sebab memang ada gambar gambar utk test spatial intelligence tu tapi bila last gambar tu aku tak tahan. Terperanjat besar aku. Hampeh betul. Memang menyesal aku bukak sekali dengan sound effect. Kebetulan sebelum tu memang aku dengar lagu. Keluar pulak gambar hantu horror. Bergerak ke arah aku lak tu. Memang terjerit aku kat situ gak sampai member depan meja aku tu pun terkejut sebab tetiba aku menjerit. Dia ingatkan apa hal la aku menjerit. Member yang bagi aku gambar tu siap gelakkan aku...dia cakap dia dah agak aku mesti menjerit. Bagai nak luruh jantung aku. Korang betul ler tak baik buat aku camni tau. Terus aku rapatkan laptop aku tu. Aku tak berani nak tutup. Nasib baik sorang PM datang tpt aku then aku mintak dia tutupkan gambar tu baru aku berani mengadap laptop aku balik. Lesson learned : Jangan bukak link sebarangan walaupun drp orang yang anda kenal.

Wednesday, April 05, 2006

Cerita Melayu

Aku terlalu jarang tengok cerita melayu di panggung wayang melainkan kalau ditayangkan di TV. Bukan prejudis cuma aku jarang dapat tengok cerita melayu yang best la sekarang ni.

Last few days aku tengok satu cerita melayu di TV. Cerita ni kira baru jugak la tapi dah tayang kat ASTRO Box Office. Tajuk dia..Rockers kot kalau tak silap aku. Memula aku tengok tajuk jer rasa macam nak tukar ke channel lain tapi hubby aku cakap channel lain tak de cerita menarik. Layan jer channel ni lagipun dah bayar. So since i dont have any other tv, join jer la. Cerita ni simple tapi aku rasa banyak mengimbau kehidupan orang melayu masa zaman 80-an. Sesiapa yang melalui zaman tu mungkin akan teringat la. Ala zaman rock kapak aka rock kangkang ni ler. Aku masa tu kecik lagi tapi aku teringat abg2 sepupu sepapat aku berambut panjang, berseluar ketat dan naik van pegi tengok konsert. Bila tengok cerita ni tergelak aku mengenangkan gelagat mereka masa tu. Lawak sebab sanggup pakai seluar ketat menyeksa diri semata mata nak nampak rock. Kira rock is the best ler time tu. Walaupun aku masa tu baru sekolah rendah jer tapi boleh nampak kesan dia pada rakan sekeliling aku yang ada abg n kakak yang dah besar panjang. Nasib baik ler parents aku cikgu so pengaruh rock ni tak menular pada aku adik beradik. Kalau tak hmm sesilap join kot hehehhe... Anyway back to the Malay Movie...cerita dia tak de la best gilerr tapi ada certain part bole dijadikan teladan contoh cam kalau mintak keje gomen time tu kalau tak kenal org dalam payah sket, kumpulan black metal kat Malaysia ni dah lama wujud bukan zaman ni jer ada and few more yang aku tak dapat nak senaraikan kat sini. Kalau nak tahu tengok jer la sendiri. Biasa ler aku, kalau tengok citer mesti tgk mesej yang disampaikan sebab dah terbiasa ngan abah aku yang kalau lepas tgk satu citer akan tanya we all adik beradik dapat pengajaran apa drp cerita tu.

Aku still tunggu Baik Punya Cilok dan Buli Balik ditayangkan di ASTRO Box Office sebab aku tak sempat nak tengok kat panggung wayang. Cerita ni aku dengar antara cerita melayu yang best. Buli aku dah tengok dulu. Satu lagi yang aku rasa excited nak tengok is Gubra. Sound macam best jer. Kalau sempat ingat nak ambik cuti la tengok cerita ni tapi..hmm bila eh, nak kena plan lak ngan hubby aku ni. Time aku cuti dia tak cuti. Sepet aku dah tengok and personally aku suka cerita dia. Banyak mesej yang disampaikan sama ada tersirat atau tersurat. Aku suka cerita yang buat aku berfikir sebab setakat cerita Mami series and cerita ayat skema (citer yusof haslam)aku rasa tak puas. Mungkin bagi orang lain dia suka cerita jiwang karat membelai belai gitu tapi...ntah la untuk aku yang tak berjiwa romantika d amour ni mungkin payah sket kot nak terima.

Tuesday, April 04, 2006

Incompetent

Hari ni aku terasa diri incompetent. Kenapa? Hmm aku ada buat silly mistake. Bagi aku benda tu mistake la sebab aku tak deliver kerja dengan betul. Tambahan pada mistake aku tu, aku terasa malu dan incompetent teramat sangat. Aku hantar interim report sempoi jer sebab nak cepat. Lagipun orang yang nak pakai report tu suh aku email kat dia dengan segera. Masa aku email tu pun aku ada mention yang report tu tak complete tapi after lunch aku tgk boss aku reply email aku tu and attached together report yang sama cuma cara penyampaian berbeza. Report tu bole dikatakan kalau diukur dari segi perbezaannya macam persembahan Ning Baizura ngan student AF la. Nampak sangat ketidakmatangan aku dalam menghasikan report yang baik. I feel bad sebab boss aku emailkan report dia lepas dia baca report aku tu. Bukannya apa cuma terasa diri ni kecil compared to him. Sorang member aku ni cakap toksah risau sebab aku bukannya Manager nak concern pasal tu but still aku rasa tak best sebab tak deliver yang sepatutnya. Tak per la lesson learned.

Sunday, April 02, 2006

Life at work

Hmm nampaknya ada entry aku tentang bos kat tpt kerja aku ni disalah erti kan. Aku tak bermaksud nak kata semua boss salah and semua staff kata betul tapi kadang kadang boss kalau jadi seorang yg considerate kan best. Biasa la human made mistakes. Kalau aku buat salah aku akan mengaku tapi kalau salah yang kecil diperbesarkan sesiapa pun boring.

Last week aku boring betul sebab dah la banyak kerja nak kene buat sekali tengok orang tak cooperative. Ada tu yang still tak faham bila diterang berulang ulang kali. Aku pun pelik la sebab it's either they really don't understand or they just don't want to understand(ni kes nak melambat lambatkan kerja la and nanti orang akan ambil alih kerja tu, so dia tak payah buat la). Letih la kerja dengan orang macam ni. Ada pulak yang suka escape buat kerja. Bukan aku tak nak faham masalah orang, semua orang ada masalah, aku pun ada masalah sendiri apatah lagi i'm a mother of two. Definitely i have lots of problems, takkan la aku tak simpati bila dengar orang ditimpa masalah tapi kadang kadang sesetengah orang suka buat alasan hinggakan nampak seperti nak melarikan diri daripada melakukan tugas yang diberikan. Aku teringat satu cerita rakyat bertajuk "Gembala kambing dan serigala" <--betul ker tajuk ni eh, ingat ingat lupa lak aku tapi moral of the story tu kalau selalu sangat beralasan orang takkan percaya apabila masalah yang benar benar melanda terjadi. So lesson learn; Beralasan sekali sekali tu biasa tetapi kalau terlalu kerap .... something wrong somewhere.