Thursday, September 28, 2006

Aiikk tadi macam byk jer nak tulis tapi tetiba ilang lak bila depan ni. Aparaaa. Aku dapat interview tapi cam malas la pulak nak pegi. Bukan apa tak larat nak pegi pleasekan orang orang yang aku tak pernah jumpa ni. Lagi satu aku tak pernah berjalan jalan kat area situ. Tapi nak try gak la tengok. Isk aku ni kejap nak kejap tak nak. Well aku sendiri confuse. Bulan bulan posa ni g interview penat aaa. Interview plak ngan head hunter so boring gak la sebab diaorg ni nama jer nak jumpa konon tapi kadang kadang tu ntah hapa hapa dia suh kita isi borang. Style diaorg ni dah bole baca dah. Siap nak tahu adik beradik keje apa...macam kene interview ngan SB lak. Haa speaking of SB, aku pernah kene interview ngan SB. Bukan sebab aku ada buat salah tau tapi sebab aku nak tolong member confirm jadi PTD. Rupanya susah gak nak jadi PTD ni. Nak confirm pun kene bawak member g interview. Aku dengar citer member aku jer niat aku terus terbatal untuk amik exam dia walaupun so far diaorg dah panggil aku 2 kali. Dedua tak pegi tapi gatal pi isi borang sebab aku tengok ramai isi borang hehehe...
Tak larat dah nak sit for exam.

Thursday, September 14, 2006

Kakak yang sangat vain

Dulu aku pernah tulis pasal kakak yang vain ni tapi sekarang ni makin menjadi jadi la pulak ke"vain"annya. Pernah satu ketika ..dalam pukul 3 pagi dia terkejut dan bangun sambil menangis nangis sebab telinganya digigit sesuatu. Itu le akibat suka sepahkan biskut dan coklat merata rata, jadi bahan jemputan semut. We have to rush her to the clinic sebab dia meraung sakan. Tapi bila dalam kereta elok le pulak. Tak de la meraung. Maintain cun gitu. Bila dah sampai di klinik, before turun dari kereta sempat lagi pakai hair clip. Control ayu gitu. Terkejut we all dibuatnya. Di kala pagi pagi buta macam tu pun still nak control ayu. Kalau budak besar aku bole paham ler tapi ni belum pun 4 tahun dah pandai maintain cun.

In fact sekarang ni before pergi nursery pun sibuk nak pilih baju sendiri. Selalu aku akan pilih baju dia ketika dia sedang tido sebab tak mo dia sibuk nanti tak settle kerja aku yang lain. Aku tak mahu ajarkan terlalu bergaya sebab aku sendiri pun tak bergaya sakan. Bagi aku apa ada pada gaya kalau poket selalu kering. Tapi tu ler bila dah sampai rumah dari nursery aku pulak dipersalahkan sebab pilih baju yang dia tak berkenan. Isk memang sah anak aku dah terkena suntikan "VAIN" besar.

Sekarang ni kakak ada satu habit baru. Lepas mandi dia nak pakai baju dalam toilet. Dia kata ada sorang budak kat nursery dia sekarang pakai baju dalam toilet. Aku bagi reason budak tu pakai baju dalam toilet sebab dia tak de bilik so kakak yang ada bilik sendiri ni pakai la baju dalam bilik tak de la baju tu basah. Bila dah pakai baju dalam bilik pulak lama betul berkurung. Sambil tu aku bole dengar dia menyanyi lagu ntah hapa hapa...melodi jer la kuat, lirik lintang pukang. Bila dah siap dan keluar bole tanya aku, "Mama, kakak cantik tak?" Arghh pening la laki ko besok....

Wednesday, September 13, 2006

Ponteng kelas

Lebih kurang seminggu aku ponteng kelas aerobic and yoga aku tu. Isk alasan konon keje banyak tapi yg benornya aku letih balik tempoh jem hari hari dr KL. Tapi last monday i started balik my aerobic class. Pancit gak bila buat cardio workout. Sampai bila instructor tanya aku, nak slow sket ke beat aku dah tak leh nak cakap sebab dah tercungap cungap. Isk apa ler aku ni eh. Baru ponteng kelas baper kali jer dah pancit bila nak start balik. But i notice bila aku aktif bersenam, kegiatan lain dalam hidup aku pun memberikan kesan. Aku kurang dah moody sebab rasa dah fresh sket. Tak mudah mengantuk dan rasa tenang sket sebab masa buat workout tu memang bole release tension. In fact kalau buat workout tu step tak betul memang instructor tegur punyalah. Kita memang tak yah nak pk pasal kerja or houshold chores yang tak settle lagi. You just concentrate on your workout and walla...u'll enjoy it.

Semalam geng geng aerobic celebrate birthday aku, actually celebrate birthday those yg lahir bulan september. Ramai gak dalam group aku ni lahir bulan september, patut ler perangai pun lebih kurang jer hehehe...

Next week aku kene ponteng lagi kelas aerobic aku sebab aku nak cuti seminggu and balik kpg. Turn aku plak jaga abah aku kat kpg....

Tuesday, September 12, 2006

Tercapai gak ...

Akhirnya dapat gak aku settlekan misi CMMI ni. Tak terkira betapa leganya aku. At last segala penat lelah aku berhasil jugak. Dengan segala kepayahan yang ditempuh aku rasa berbaloi dengan usaha dan pertolongan rakan rakan sekerja lain. Memang aku tak lupakan peranan u all sume. Walaupun EPG team member bertukar ganti tapi ada jugak yang masih setia meneruskan usaha. Ada jugak team member yang buat tak reti aje. Ada tu yang ambil cuti dan ada juga yang buat buat terlupa nak attend meeting. Memang aku tak leh lupakan. Pada mulanya memang aku bengang dan marah tapi bila fikirkan balik siapa yang lebih rugi. Kita bekerja bukan setakat untuk mencari rezeki sahaja tetapi untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati. Di samping tu kita juga perlu pastikan ilmu yang kita pelajari daripada sesuatu pekerjaan itu dapat memberikan manfaat di kemudian hari. If anything happen to the company at least kita ada bekalan untuk dibawa ke tempat kerja baru. Jadi pada mereka yang rasa mereka telah mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain tu berhati hati la...langit tidak selalunya cerah.

But for those yang sememangnya telah mencurahkan segala penat lelah sama ada secara langsung atau tidak ke atas misi ni memang aku berterima kasih sangat sangat. I know who U are and U guys know who u are. Tak perlu la aku sebutkan sebab panjang senarainya. Aku takut kalau aku sebut dan ada yang tertinggal nanti berkecil hati pulak masing masing.

Big boss pun dah cakap after this next level which is harder and tougher. So sama sama ler kita berusaha sebab this success is only the beginning of the journey.

Monday, September 04, 2006

Bad Day at Carrefour

Puas aku cari susu adik di Jusco. Payah benor agaknya Jusco ni nak jual Isomil. Selalu jer takde. Since susu adik pun dah nak habis so aku end up pergi ke Carrefour Alamanda. Hmm kebetulan ada offer kat situ. Isomil Advance tu 47.50 and limited to 2 packs jer per customer. Aku terus ambil 2 then cari benda lain lagi. Masa nak bayar tu aku dah letak sign "next customer " so that barang org depan n barang aku tak bercampur. Tetiba datang sorang mamat ni sesedap jer letak barang dia kat depan aku. Aku pun apa lagi sound terus mintak dia alihkan barang dia sebab aku dah beratur dulu. Apa hal tetiba nak potong q orang ni. Mentang mentang dia tengok pompuan, suka ati jer. So bila giliran aku sampai cashier tu punch susu Isomil tu aku tengok price asal bukannya price offer. Aku pun tanya ler kenapa price tak berubah? Dia suruh member dia gi check. Member dia pegi and kembali with the price yang sama which aku tak puas hati. Ingat aku baru sehari dua ker beli susu? Bengang punya hal aku mintak hubby aku pegi tengok. Orang belakang aku sumer dah blah sebab aku lama kat kaunter tunggu staff tu pegi check lagi sekali. Memang la harga dia tak jauh beza tapi kalau sorang pelanggan dia buat camtu kene 10 pelanggan dah berapa untung dia dapat? Ni kes menipu ler ni. Sekali lagi staff carrefour tu pegi check and memang betul seperti yang aku tengok harga dia 47.50 bukan 48.30. Tu ler letak harga memain. Lantak la orang nak kata aku cheapskate ke apa ker yang penting biar diaorg tahu kesilapan yang telah dilakukan so diaorg akan aware perkara tu. Bab bab harga ni sensitif. Kalau bawak pergi ke pihak atasan mahu kene saman.

Friday, September 01, 2006

Turning over a new leaf

This year i have done a lot of things which i hope i really can stick to it. I want to be a better person. I have joined aerobic class to keep my health at optimum level, I save more nowadays, I keep my mouth shut more when i'm with relatives(closed one don't like you when you are vocal - I learned that this year). Even i bought myself one whole set of SKII. Before this i would never imagine myself buying it. Actually I have been calculating to buy it for days since my facial supplies has finished. I tried Clinique but it doesn't suit me at all. I tried local ones but they said it contains Hydroqinoune(dunno whether i spelt it correctly). Did try Loreal and Olay but doesn't work. Lastly when few people that i know recommended SKII indirectly, i decided maybe it is time for me to try this one new expensive thingy. What the heck, just try it first, if it suits me, i'll continue, if not just get over it and try new one. When you are turning 30, you'll realize few changes. Especially your skin. So during lunch time i rushed to the nearest mall and browse thru. At first i thought maybe i just buy the trial set but after listening to some realistic explanation and demo to my skin i think i better get the whole set. Anyway..i'm turning over a new leaf. Who knows i'll be standing next to Fauziah Latiff or Deana Yusuf hehe...