DEB dan Melayu
Last Sunday sambil aku bersantai dengan family kat rumah sebab tak boleh ke mana mana disebabkan jerebu aku terbaca satu artikel yg menarik tentang DEB dan Melayu. Aku suka baca tulisan tu. Rencana tu diterbitkan hasil interview penulis dengan Professor Diraja Ungku Aziz. Aku bukan pro Ungku Aziz tapi aku suka cara dia berfikir, tentang DEB, bagaimana nak membasmi kemiskinan and so on. Aku tak nak mengulas lanjut tentang pendapat Ungku Aziz di sini. Cukup aku katakan pemikiran dia memang benar. Komen dia tentang Akademi Fantasia which cara baru orang Melayu berfikir is true.
Cuma aku nak kaitkan di sini cara orang melayu kita berfikirlah. Orang Melayu kita ni kadang kadang mudah terasa rugi di tempat yg kurang tepat. Contohnya mereka tak rasa rugi kalau beli perabot harga 10 ribu ringgit tetapi akan terasa rugi kalau membeli buku untuk pelajaran anak anak yg baru berharga 2 ribu ringgit. Itu satu kes, kes yg lain pula mereka terasa rugi kalau terpaksa membayar harga yg agak mahal untuk membeli penapis air yg berguna untuk kesihatan seisi keluarga tetapi tak rasa rugi membayar kos perubatan disebabkan sakit meminum air yg tidak berkualiti. Tak sanggup mengeluarkan sejumlah perbelanjaan untuk membasmi masalah demi kehidupan yg lebih cemerlang tetapi sanggup menghabiskan wang untuk menampung masalah yg bertimpa timpa. Itu adalah cara kebanyakan orang melayu berfikir. Tak boleh salahkan mereka juga kerana mereka sendiri tidak mahu berubah. Kuda boleh dipaksa ke tempat air tetapi untuk memaksa kuda itu meminum air belum tentu kita akan berjaya.
Aku bukanlah kata aku bagus tapi kadang kadang aku rasa sedih sebab tak tahu macam mana nak ajak org yg berfikir cara macam ni berubah. Berubah untuk diri sendiri pun tak nak...
Bila org kata kita malas kita marah tetapi kita sendiri mengundang diri kita untuk dikatakan malas.
So terima la kita dengan kata kata biasa yg sinonim dengan Melayu..Melayu Mudah Lupa, Melayu Malas, macam macam lagi. Aku pun Melayu tetapi aku sendiri kadang kadang frust bila tengok org melayu tak nak berusaha dengan gigih kalau ada masalah. mengeluh tu biasalah, aku pun mengeluh sampai kena tegur dengan Pink tetapi bila dah tahu ada masalah tu pandai pandai la berfikir cara nak mengatasinya. Bukan tinggalkan masalah itu pada orang lain untuk menyelesaikannya.
<< Home