Monday, May 29, 2006

Ngantuk n penat

Penat nya weekend ari tu and tak habis lagi sampai skrg. Hari sabtu jer aku kena layan family aku yg datang. Bukan ngomel eh cuma nak bagitau je. Masa mak aku ngan abah aku g rumah sedara we all kat Kelang, sempat aku ngan sis n sis in law aku bergoss. Pastu pepagi buta ari ahad tu dah kena balik ke Melaka sebab nak kena attend kenduri kawen cousin hubby aku. Terpaksa la lepas Subuh Adam tu aku mengangkut anak anak aku beserta beg masuk ke kereta. Petang lak aku angkut balik ke KL. On the way back plak kene tempuh traffic jem selama 3 jam. Erkksss...tension tapi nasib baik la aku borak borak ngan hubby aku layan boring. Kalau tak borak aku rasa mahu tertido aku kat sebelah join anak anak aku. Tapi aku ni kalau dalam kereta susah sket nak tido sebab kononnya nak enjoy the scenery...tapi kalau dah malam tu selalunya nak jadi makcik wok tengok kot la ada kereta tersadai ker, accident ker apa ker. Setakat tengok jer la hehehe...salah seorang masyarakat Malaysia yang prihatin dan penyumbang kepada traffic jem le aku ni hehehhe...

Hari ni aku nak kene settlekan keje untuk SCAMPI preparation tu. Esok ada review ngan Lead Appraiser. Tak siap lagi ni...tapi aku ngantuk plak lepas belasah nasi beriyani sebab meraikan pemergian opismate aku yang nak berenti hujung bulan ni. lepas sorang, sorang blah meninggalkan company ni. Haiii sampai bila nak jadi camni eh?

Friday, May 26, 2006

Perkahwinan Misyar

Aku baca dalam paper semalam, ada seorang pensyarah mencadangkan perkahwinan misyar untuk perempuan yang tidak berkahwin lagi di Malaysia. Frankly speaking aku rasa women in Malaysia are not that desperate to get married. Lagipun aku rasa kalau buat macam tu ramai ler golongan bapak bapak yang teringin merasa pucuk muda ni naik tanduk. Ye la dapat kahwin dua, lepas tu tak perlu penuhi tuntutan zahir cuma tuntutan batin jer. Ni kes macam kucing atau ayam le pulak sebab lepas dapat anak tinggal jer pada isteri tu bayar segala galanya. Let say la kalau dia kahwin dengan perempuan tu masa perempuan tu tengah senang, ada kerja, ada duit tapi langit tak selalunya cerah. Things happen. Tetiba perempuan tu hilang pekerjaan ker, atau diisytihar muflis ke..who knows, so tak ada la susah senang bersama. Kalau dah nafkah zahir tak perlu then terkontang kanting la si isteri tu kesusahan. Senangnya diaorg ni. Kalau perempuan tu pandai dia akan buat prenuptial agreement, tapi nanti karang kata materialistik la pulak. Perempuan jugak dipersalahkan. Nanti karang kata tak redha la pulak. Tapi aku rasa hanya perempuan yang desperate jer yang sanggup commit dengan perkahwinan macam ni. As far as i know, most of my friends yang single mingle tak teringin pun nak kahwin then menyusahkan hidup mereka. Biar susah senang bersama. Ni kalau time senang jer bersama what for? Tak best la kahwin dengan orang macam tu. Anyway rasanya kalau di negara barat mungkin praktikal la sebab nak mengelakkan maksiat yang dah berleluasa. Tapi di Malaysia ni aku rasa cam kurang praktikal. Buat menambahkan kes mahkamah syariah jer nanti.

Thursday, May 25, 2006

Kes Poslaju

Poslaju ni aku rasa macam nak kena cekik tau. Document aku bole dia bagi kat salah orang. Ada ker patut orang hantar pakai Poslaju diaorg bole treat macam document biasa. Lepas tu masa aku buat complain orang tu bole cakap dia tak tahu, yang hantar tu posmen. So what?! Posmen pun still under one roof. Ni ler bila tak ada semangat kekitaan. Bila customer hentam dok bela diri sendiri buat apa. Apa punya customer service ntah. Mentang mentang keje gomen, ingat bole buat sesuka hati ker? Document tu penting bagi aku, diaorg bole main letak jer kat satu tempat. Nasib baik aku tanya orang sana sini kalau tidak, habis.

Bila aku cakap, takkan tak boleh bezakan tkt 2 dengan tkt 3 dia bukan nak minta maaf tapi dok la salahkan posmen. Pastu dia cakap takkan nak kene hantar sesatu. Aiik bukan ker Poslaju rate dia orang bayar mahal sket? Hantar jer la. Dah tentu tentu kerja dia. Kalau macam ni better pakai DHL or Skynet. Ini la bila sikap sesetengah orang anggap keja dia tak penting. Lagipun bukannya susah sangat nak hantar, bukan rocket science pun nak pk sampai berat kepala. Cuma perlukan tenaga sket untuk hantar. Tapi kalau dah malas tu ni la hasilnya. Main letak jer kat satu tempat and expect people to collect it. Kalau satu company ok la tapi kalau different company macam mana? Takkan nak expect aku dari company lain nak jadi bzbodi tanya surat aku ada tak kat company lain? Apa punya sistem daaa....Macam tahun 70-an lak aku rasa posmen hantar surat kat warung kopi untuk surat satu kampung.

Aku tak puas hati aku call customer service yang HQ punya. Sebelum ni aku call branch punya. Memang aku report habis habisan. Nasib baik customer service yang ni layan aku dengan baik. Kalau tak memang nahas ler aku tulis kat paper. Mengikut kata officer tu sepatutnya Poslaju dihantar pada setiap individu dan bukannya pada certain floor except kalau ada office procedure yang tak beri kebenaran macam tu. Kalau ada procedure building macam tu aku bole terima tapi building ni tak de procedure macam tu kenapa pulak nak hempuk jer surat satu tempat? Teruk betul la sikap diaorg ni. Kalau kene audit tu memang sesilap bole kene DI. Nasib baik officer ni baik sket budi bahasanya, sejuk sket hati aku dengar. Kalau dia pun sama perangai cam customer service sebelum ni memang aku rasa gugurkan jer nama laju ganti dengan lembap.

Interview

Last 2 days aku ambil cuti sebab nak g interview. Masa dapat call for interview tu aku tak de la kisah sangat pun tapi lepas member aku cakap company tu besar sebab mampu sewa office kat tkt atas KLCC tu aku pun cuak gak la. Tapi lantak ler belasah jer la. Aku ada buat research sket pasal company tu and found out mmg besar pun. In fact masa aku melangkah masuk ke office tu rasa cam lain jer sebab it is spacious and seems so quiet. Masa interview tu banyak dia tanya soalan pasal kerja la so aku just explain jer la apa aku dok buat selama ni. Dah memang itu pun yang aku dok buat. Pastu bila dia tanya kalau kene travel extensively nak ke. Hmm bab travel ni aku suka jer nak nak plak kalau oversea...hehe... Tapi yang membuatkan aku rasa cam tak qualified jer for this is diaorg nak cari sorang jer for Asia Pacific. Hmm sorang jer dalam Asia Pacific...dah tentu tentu tough fight. Kalau dapat pun aku kira beruntung sesangat la. So aku tak menaruh harapan tinggi pun. Lain la kalau aku jer yang diinterview hehehhe...which is impossible. Masa dia tanya aku demand berapa pun dia tak de nego sket pun. Nampak sangat company ni kaya giler sebab bagi aku dah banyak ler aku mintak tapi bagi diaorg mungkin ciput jer kot. Ye la source dia pun dari UK.

Tak per la aku tak kisah sangat, kalau ada rezeki yang ditentukan untuk aku, alhamdulillah, kalau tak de nak buat cemana. In fact, dah dipanggil interview ni pun kira aku rasa something gak la sebab bukan senang diaorg nak panggil apatah lagi kalau yang dia nak cari tu sorang dalam Asia Pacific. Terasa diri ni dihargai sket..-->kes pujuk hati ler ni hehehe.

Friday, May 19, 2006

Jom Tengok Wayang

Aku baru jer tengok Da Vinci Code. Aku bole bagi 3 1/2 bintang kat filem ni. Nak kata best sangat tak de la cuma aku rasa cerita ni ada kelainan daripada biasa. Dia lebih kurang macam cerita Hollywood biasa yang aku tengok cthnya aku bole predict siapakah watak "Teacher" yang dimaksudnyakan tu dari awal lagi. But the story doesn't end there. Ending dia ada kelainan sket la bagi aku. Talking about twisting la, omputih ni memang tere membelit sket hehehe. Mungkin faktanya merepek sket tapi lakonan Tom Hanks memang aku puji, daripada filem Philadelphia, Forrest Gump, Castaway, I've got Mail dan banyak lagi filem lakonannya dan memang aku suka dengan lakonan dia yang aku tak nafikan gayanya yang bersahaja. Kalau masakan tu kira secukup rasa la dan tak de ajinomoto.

Lagi satu aku suka tengok cerita ni, Ladder 49. Walaupun citer ni lama, tapi aku rasa watak dalam cerita ni cukup berkesan. Cara olahan cerita ni pun buat aku tertarik. Cerita ni biasa jer cuma mengisarkan kehidupan seorang ahli bomba biasa tapi cara olahan cerita tu buatkan kita sedar pengorbanan ahli bomba termasuk ahli keluarga mereka begitu besar.

Aku bukan nak mengagungkan karya luar negara tapi sebagai peminat filem tak kira tempatan atau luar negara, aku suka tengok mesej sesuatu filem tu. Macam Da Vinci code tu mesej dia banyak yang tersirat dan aku pandang dari sudut lain bukan dari satu segi jer. Mungkin orang lain akan mengaitkan dengan agama tapi aku rasa mesejnya lebih daripada itu. Tentang kepercayaan seseorang terhadap sesuatu, pengalaman yang dilaluinya sama ada menyumbang kepada keutuhan terhadap sesuatu kepercayaan atau sebaliknya juga ketaksuban seseorang yang boleh mengakibatkan hilang kawalan diri serta pertimbangan rasional. Kalau orang yang pakar mesti bole nampak lebih jauh daripada aku la. Aku setakat beri pandangan daripada sudut pandangan peminat filem biasa.

Wednesday, May 17, 2006

Parking

Darn...i'm really bad in parking a car. No matter how big or small the car is i'm still bad in it. Driving ..no problem but parking well i got lots of problem in that hehe. In fact masa amik lesen dulu sampai 2 kali kene test utk parking. Apsal teruk sangat estimation aku eh? X-opismate aku penah made a statement, "dia ni bawak keter ok tapi bila parking terhegeh hegeh macam baru lepas dapat lesen." Muahahaha...well that's me. Aku ada problem sket bila nak estimate jarak dekat dekat ni. Is it a common problem utk orang yang rabun macam aku ni ker? Tatau la.

Pernah sekali masa aku nak park kereta di side parking di antara kereta lain..this is my biggest problem. Aku dok keluar masuk tak sudah sudah, sampai opismate aku tepon dr opis cakap dari tadi aku dok di spot yang sama tak berubah walaupun aku dah kuar masuk berjuta kali. Even kalau dari jauh nampak kereta cam parking senget tu bole agak tu kereta aku ler sebab aku memang tak reti parking. Untuk guide orang parking memang terer tapi bila sendiri bikin ada problem la...itu macam aaaa.

Tuesday, May 16, 2006

Meeting terjah

Semalam aku g lunch awal sebab dapat call daripada ex-housemate aku yang dah kematian husband few months ago. Dia ajak lunch sekali. Ok la so aku kuar mmg awal drp biasa. Masa nak pergi lunch tu aku dapat call daripada opis HQ. Alamak, bos aku ker sebab dia tak de pun kat opis sini, terus aku matikan hp aku. Lebih kurang setengah jam pastu baru aku on kan balik. Masa tu aku dah on the way to my office. Aku nampak satu msg drp opismate aku, kata ada meeting kat Menara Cy*** pukul 2.30 petang. Masa tu dah pukul 1++. Aku call balik, dia cakap boss suruh wakilkan dia ke meeting tu. Tak de info apa-apa aku kene attend meeting tu sebelum ni. Bosan jer. So opismate aku tu brief aku serba sket then off i go. Pastu jem plak kat Desa Petaling. Ingatkan apa ler rupanya ada accident. Motor ngan kereta. Aku nampak satu mayat terkujur kat tgh jalan covered by a jacket. Alahai....terus aku paling tempat lain, sambil tu aku call opismate aku kata lewat sket sampai. Dia sempat takutkan aku nanti ada benda ikut aku. Chess...hang ni la...mulut capui noo.

Bila aku sampai kat Menara Cy*** tu opismate aku kata dia ada emergency tak leh join the meeting, so nampak gayanya memang aku sorang jer la tercangak cangak. Tak kisah la. Kalau apa yang aku tak tahu tu later on aku leh confim yang penting kene nampak confident hehehe... Masa meeting tu aku just bagi input sket sebanyak then mintak diaorg confirm bila tarikh UAT and so on. Pas dah settle tu aku pun blah sebab customer tu cakap aku bole balik. Diaorg nak discuss benda lain pulak. La meeting ni jer ker? Penat tau aku bersusah payah dr cyber, tempoh jem lagi. Tak bole ke buat discussion online jer?

Lagi Citer Melayu

Last Saturday aku spend time tgk cerita Melayu kat TV. Adik aku cakap cerita tu final episod utk drama yang selalu tayang lewat malam every weekdays. Aku mmg tak follow citer tu kat tv. Tapi layan gak ler since dah tayang hari sabtu. Aku tgk pelakon utama dia A**** I**** tu stereotype betul. Skrip lebih kurang jer dengan cerita dia dedulu. Tak de la idea lain. Bagi aku ada ke orang normal cakap macam tu eh? Berkias terlalu banyak. Setahu aku orang angau atau sakit jiwa jer cakap macam tu. To cut short kan cerita ni aku yang tak follow from A-Y pun bole grab apa kisah sebenar sebab terlalu banyak expected scene. Diaorg ni kalau buat drama tak prihatin la. Macam mana la industri filem kat Malaysia ni nak maju eh. Macam mana la tak cerita Korea, Filipina dan Latin America banyak membanjiri tanah air sekarang sedangkan penerbit kita kat sini main hentam keromo jer buat cerita macam ketandusan idea. Bila orang buat citer lain sket macam cerita Sepet tu pandai lak hentam itu ini. To any film/drama maker out there, ini pandangan aku orang yang tak penah mengaji bab seni lakon or seni pembuatan filem. Bagi aku what ever yang u all cuba nak sampaikan tu cuba la olah dalam kaedah lain sket. Aku sebagai penonton dah muak tgk citer yang sama jer....cuba la buat citer yang membina sket.

Aku biasa gak tonton cerita Tamil. Memula aku question gak diri aku macam mana bole tgk citer Tamil tapi bila dah lelama tu aku rasa ada byk mesej diaorg ni cuba sampaikan. Kalau nak ikutkan diaorg ni tak de la guna byk sangat teknologi tinggi berbanding Hollywood tapi they got a message to convey to the audience. Cam citer Korea. Aku pernah tengok dokumentari(National Geography tak silap aku) pasal pembikinian filem di India. Memang mereka tidak menggunakan teknologi yang tinggi untuk menghasilkan sesatu filem Tamil berbanding filem Hindustan. But they manage to make a good film. Contoh satu cerita tajuknya "Anyan", cerita pasal multiple personalty patient. Cerita simple tapi people can learn something from it.

Macam cerita melayu ni bukan tak bagus langsung ada jugak yang bagus macam citer "Pondok buruk", "Quran buruk" tu antara yang aku bole bagi star la tapi mostly yang lelain tu...kalau bole skrip tu kasi la realistik sket. Takkan ler setiap hari orang kita asyik nak berpantun dan berkias jer. Kalau macam tu baik aku tengok filem muzikal ke apa ker. Setakat drama atau filem biasa tu rasanya baik la kalau guna bahasa kita yang kita guna seharian. Aku rasa ramai orang dah muak tengok cerita memujuk rayu cinta ni. Sekarang ni alaf baru, cerita pun mesti baru, idea mesti segar.

Lagi satu aku suka tengok citer Hong Kong sebab nampak diaorg ni berlakon natural walaupun sebenarnya menipu jer semuanya tu. One more thing, kenapa aku suka tengok CSI. Salah satu sebab, dia based on facts. Cara dia olah cerita tu tak membosankan walaupun berkitar tentang facts. Ini kadang kadang orang kita bab facts tu nampak sangat menipu sebab tak buat research bebetul. Kata sesetengah pihak, filem mampu mendidik masyarakat so kalau buat cerita yang ada kewujudan doctor tu cerita la detail sket pasal ilmu kedoktoran tu. Apa yang menarik pasal kerjaya doktor bukan setakat tgk pesakit jer dan doktor boleh pandu kereta besar dan duduk rumah besar. Cerita la sket apa benda penyakit tu, make it sound dramatic. Tingkatkan sket RnD perfileman melayu so baru la bole maju. Bagi aku la daripada orang orang seni ni dok study macam mana Mawi tu bole popularkan better la study macam mana nak buat cerita dan lagu yang lebih menarik so industri seni kita yang lemah ni bole berdaya saing dengan industri seni di luar sana tu.

Monday, May 15, 2006

Syoknya Shopping

Last weekend yang sepatutnya aku pegi Kelantan tak jadi tu aku cover dengan melawat mak sedara aku di Seremban. On the way back from her house aku singgah kejap di Nilai 3. Saje nak tengok tengok apa yang ada. Memula tu tak de la terpk nak beli apa tapi lepas dari satu kedai ke satu kedai, aku tengok dengan kain ela yang banyak giler tu aku singgah jugak la di satu kedai kain ni. Adik aku tolong pilihkan kain. Mula mula pembantu kedai tu letak harga 65 inggit. Eh apa kes letak harga tinggi ni. Aku cakap tak nak ler. Mahai cik kak oiiii...pastu dia cakap ok la bagi akak 50 dah ler. Pastu aku buat tak paham lagi. Last call dia cakap 45. Aku cakap 30 dah ler. Dia tersentak. Aku dok mundar mandir lagi tengok kain kain lain. Pastu dia panggil tokey kedai tu. Tokey tu setuju bagi 38. Aku cakap ala u ada untung lagi bagi jer la 30. Dia cakap 38 tu harga org meniaga. Aku malas nak layan. Pastu aku call hubby aku nak mintak duit. Hubby aku kebetulan tengah layan anak aku kat area situ gak. Pastu aku terpandang satu kain lain. Cantik gak. Aku tanya harga dia berapa. Orang tu cakap 64. Aku cakap aku nak 2 pasang, satu yang tadi dengan satu yg ni, dengan syarat dedua dapat 30 sepasang. Cina tu dah tepuk dahi. Aku pun cakap tak nak tak per la. Banyak lagi per kedai kain kat situ. Last last cina tu pun setuju bagi kurangkan sket harga ke 35 sepasang. Dia cakap itu dah cukup murah. Ele macam aku tak tahu sebenarnya ada untung lagi tu. Aku pun benornya malas nak menawar dah sebab dah rambang mata. Aku pun terima jer la 35 inggit sepasang tu. Aku rasa kalau orang lain tu mesti lagi murah bole dapat. Tapi aku nak pegi beli benda lain lagi. Shopping ngan budak kecik ni takleh lelama sangat. Diaorg cepat bosan. Pastu aku masuk kedai jual tudung. Kedai melayu la. Ingat nak tolong melayu tapi haram diskaun tak nak diberinya. Muka pekedai tu pun masam jer. Macam ni ker nak meniaga. Macam mana nak maju bisnes macam ni. Tapi aku beli gak sebab aku dah berkenan sangat ngan sehelai tudung kat situ. Ikutkan hati malas nak beli kat kedai tu lagi. Dah la tu, duit pecah pun tak de. Macam mana meniaga ntah. Aku ngomel ni sebab kes tak puas hati ler...

Pastu aku pegi cari gelas pulak sebab gelas aku banyak dah pecah (kes terlanggar masa basuh pinggan). Ala gelas basahan jer. Takkan aku nak pakai untuk hari biasa gelas berkaki kot. Itu pun aku grab jer mana yang sempat. Ikutkan hati nak jer beli gelas Ikea tapi pk balik tak untung la setakat nak beli gelas sampai ke Ikea. Pastu karang terpecah lagi. Rugi ooo. Hubby aku plak sibuk tengok tikar Sarawak. Hmm original ker eh? Tidak la aku tahu. Kena tanya orang yang biasa pegi situ la.

Sekarang ni aku tengah dok cari tailor untuk jahitkan baju aku ni. Termasuk kain yang baru aku beli ni ada 4 pasang yang belum dijahit, satu yang aku kirim kat delinn masa dia g Sabah ari tu, satu lagi mak aku belikan masa dia g Jakarta. Nak pegi Medan Mara jauh sangat. Nak hantar kat kampung, harga kampung dah lebih kurang sama jer ngan harga kat bandar. Kat mana nak cari eh???

Thursday, May 11, 2006

Trip cancelled

Patutnya aku pegi Kelantan weekend ni. Tapi kene kensel le pulak sebab weekend ni kene siapkan keje. Monday nak deliver. Bosan jer. Dah plan punya cantik kene cancel. Nasib baik tak book flight kalau tak mesti aku meradang. Anyway tunda la sehingga tidak diketahui tarikhnya.

Naper aku nak ke Kelantan? Salah satu sebabnya, laki aku tu tak pernah g Kelantan. Lawak memula aku dengar sebab dia jenis kaki ronda tapi takkan tak pegi. Tapi dia cakap masa bujang dulu dia ramai kawan ngan org kelantan. Bila ditanya apa yg best di Kelantan utk dilawati, bebudak Kelantan ni akan cakap tak ada apa yg best. So every semestre break group diaorg akan berjalan di kebanyakan tempat kecuali Kelantan. Kelantan ni bagi aku biasa je la. One thing pasal Kelantan ni jauh nak pegi by car. Lama sangat the journey and jalan dia bukan highway. Kalau ada highway aku rasa ok la. Aku ingat lagi lebih kurang 6 tahun lepas aku mengikut rombongan pernikahan abang aku. Ya Allah...rasanya terlalu lama duduk dalam kereta. Macam mana la orang orang sana balik kampung selalu eh. Tapi one thing yang aku suka kat sana makanan dia murah dan aku borong banyak tudung. Syok ooo shopping ni. Tapi ada satu lagi yang aku tak tahan, air paip dia macam kureng kualiti sket la sebab we all the whole family keracunan kecuali anak buah aku yang minum filtered water yang kakak aku bawak dr rumah. So next time aku akan bawa bekal air kalau nak ke sana. Have the Kelantanese improved the quality of their water supply?

Wednesday, May 10, 2006

Bukan rezeki ker?

Aku tak sangka kali ni aku pergi jumpa Yam Tuan Besar dengan harapan menggunung tinggi. Semata mata nak dapatkan signature dia untuk transfer. Tapi alangkah sedih dan pilunya aku bila dia reject bulat bulat. Sayu betul hati aku. Sayu bukan dibuat buat. Memula memang aku cadang nak bertelenovela depan dia tapi tetiba jadi betul pulak. Masuk ni dah 3 kali dan sebelum ni tak de la sampai tahap macam ni. Tersedu sedan aku seumpama anak kecil sampaikan Yam Tuan Besar tu cakap please be professional. Tapi aku masa tu tak kira dah lantak la ko nak kata aku professional ker tak. Emosi teramat. Mungkin sebab i have been a good employee for all these years and cuma minta pertolongan kecil ni jer tapi dia tak dapat nak tunaikan. Aku cuma minta dia tandatangan surat sokongan untuk transfer jer bukan mintak naik gaji atau pangkat pun. Kenapa la dia sekejam ini pada aku. Aku sebenarnya kecewa teramat sangat sehingga memang aku tak bole nak tahan perasaan. Aku bukan minta dipuji cuma aku minta dia fahami keadaan staff. Tak per la ku pujuk hati ni. Mungkin ada rezeki lain yang menunggu. Allah Maha Mengetahui.

Tuesday, May 09, 2006

Pray so hard....

Hari ni aku bukak email. Aku ternampak satu email yang begitu menarik hati aku. Terdetik dalam hati aku. Is this the answer of my prayer? The job that is being offered memang sesuai sangat sangat dengan apa yang aku dok cari cari selama ini. Aku terus bukak balik Career Profile aku dan Borang PD. Alter sket sana sini then i'm done. Esok aku nak ngadap Yam Tuan Besar nak mintak sokongan. Hopefully this time dapat la. Masuk kali ni dah 3 kali aku mintak. Yea, bukan pertama dan kedua tapi kali ke TIGA aku cuba dapatkan sokongan daripadanya. Aku berdoa sangat sangat dimakbulkan kali ni. Semoga Allah perkenankan doa aku selama ini. Rezeki di tangan Allah, itu yang aku pegang jadi restuilah pemohonan aku ni. Kenapa la susah sangat Yam Tuan Besar nak lepaskan aku. Aku bukan terer sangat pun buat keje. Banyak gak kantoi sebab tak reti jawab, tak reti buat presentation, tak reti buat report so tolong la sign surat sokongan ni. Amiiinnnn.

Monday, May 08, 2006

Aku dah bosan

Aku bosan la ari ni. Banyak sebab rasanya aku bosan. Satu sebab kene keje weekend. Pastu satu lagi kene bekerjasama dengan benda yang tak sepatutnya. Bekerjasama dengan apa...toksah la aku cerita lelebih nanti ada plak yang bosan sama ngan aku skrg ni. Bukan aku berkira sangat soal datang kerja waktu weekend tapi bila tanya bole tak book-off one day, hr kata tak bole. Hr ni pun satu, fight la utk staff. Ni ikut telunjuk boss jer. Lagi la aku boring. Bukannya aku berkira pun selama 8 tahun aku kerja ngan company ni. Sekarang diaorg berkira dengan staff semata mata ada sesetengah pihak yang ambil kesempatan. Hukum aje la staff yang berkenaan kenapa orang lain terlibat sama. Ya Allah cepatla aku dapat kerja di tempat lain.

Wednesday, May 03, 2006

Kawen

Aku terbaca satu blog member tadi dia cerita pasal anak dia pandai sebut perkataan "kawen". Hmm sekarang anak aku pun dah pandai sebut jugak. Anak aku ingat perkataan kawen tu bermaksud "gang" which u have a gang la lebih kurang gitu. Yang aku perasan ari tu dia buat statement mama kawen ngan babah, kakak kawen dgn adik. Mula mula aku diamkan ajer tapi bila dah lama lama tu aku betulkan la dia. Itu pun sebab dia dah mengulas satu scene "french kiss" kat tv. Dia ckp "auntie tu isap mulut uncle tu la mama. Tak malu kan". First time aku dengar dia buat statement tu terperanjat jugak sebab sapa la mengajar dia cakap macam ni. Dia cakap kawan dia. Aku pun cakap ler auntie tu dah kawen dengan uncle. Kalau belum kawen tak bole buat. Berdosa nanti masuk api neraka. True what kan...

Aku teringat cerita Desperate Housewives episode 19 pasal Lynette nak alihkan minat anak dia pasal issue sex ni. Kalau aku plak macam mana nak buat eh? Pening jugak sebab kalau cerita yang benar anak aku tu baru nak masuk 4 thn, bukannya faham pun. Karang kalau citer bende lain nanti sampai ke besar dia akan ingat mama dia bohong.

Maki Memaki perlukah?

Word maki tu itself dah nampak macam brutal apatah lagi kalau menyebut subsetnya. Minggu ni we all dikejutkan dengan satu email lagi yang begitu sarcastic. Ada pulak word "lempang" di dalamnya. Mungkin dah tak tertahan agaknya dengan tekanan sampai terkeluar ayat sebegitu rupa tapi as a leader mesti la kene control macho@cun jangan la create scene ye dak. Anyway dia telah memberikan aku satu pengajaran supaya jangan jadi macam dia kalau satu hari nanti kita diamanahkan menjadi pemimpin. Lagipun aku teringat satu rules yang dia pernah war warkan dulu "Preserve professionalism and act as matured person during time of duty". Kalau dah macam ni gayanya professional ker? Matured ker? Macam ketam mengajar anak pulak rasanya.

Aku pernah terbaca dalam satu buku pasal nak jadi leader ni. To become a leader, you need a follower. Kalau style macam ni rasa rasanya ada follower ke eh?

Tuesday, May 02, 2006

Battle with the "alien"

This week aku mengisytiharkan war ngan alien atas kepala anak aku. Meloncat loncat geli geleman aku tgk benda tu ada kat atas kepala anak aku. Kebetulan aku dok belek belek rambut kakak sekali ternampak nits ada kat rambut dia. Mak mentua aku sikatkan rambut kakak and ternampak alien tu. Terus aku declare war. Aku check kepala adik nasib baik tak de. Aku bawak kakak g klinik then balik dr situ terus syampu kan kepala dia. Dengan rambut aku sekali aku syampu. Termasuk la rambut hubby n adik jugak. Just being precautious. Aku beli 2 jenis sikat. Pulun aku dok bersihkan rambut kakak. Aku bawak kakak pegi potong rambut and rambut aku dan adik sekali dipotong. Horror aku dengan benda alah ni. This is salah satu drawback kalau duduk di nursery. Bukan nak salahkan sesiapa tapi bende ni memang highly contagious.
Pagi ni bila sampai di nursery aku tanyakan pada penjaga kat situ rupanya ramai dah kena and they don't know sapa pembawanya. Bagi aku, aku tak nak cari salah sesiapa tapi just clear it up. I have also made some studies kat internet, aku dapat tahu this thing sebenarnya suka pada rambut yang bersih dan bukannya pada rambut yang kotor. So treatment kenalah betul.