Syoknya Shopping
Last weekend yang sepatutnya aku pegi Kelantan tak jadi tu aku cover dengan melawat mak sedara aku di Seremban. On the way back from her house aku singgah kejap di Nilai 3. Saje nak tengok tengok apa yang ada. Memula tu tak de la terpk nak beli apa tapi lepas dari satu kedai ke satu kedai, aku tengok dengan kain ela yang banyak giler tu aku singgah jugak la di satu kedai kain ni. Adik aku tolong pilihkan kain. Mula mula pembantu kedai tu letak harga 65 inggit. Eh apa kes letak harga tinggi ni. Aku cakap tak nak ler. Mahai cik kak oiiii...pastu dia cakap ok la bagi akak 50 dah ler. Pastu aku buat tak paham lagi. Last call dia cakap 45. Aku cakap 30 dah ler. Dia tersentak. Aku dok mundar mandir lagi tengok kain kain lain. Pastu dia panggil tokey kedai tu. Tokey tu setuju bagi 38. Aku cakap ala u ada untung lagi bagi jer la 30. Dia cakap 38 tu harga org meniaga. Aku malas nak layan. Pastu aku call hubby aku nak mintak duit. Hubby aku kebetulan tengah layan anak aku kat area situ gak. Pastu aku terpandang satu kain lain. Cantik gak. Aku tanya harga dia berapa. Orang tu cakap 64. Aku cakap aku nak 2 pasang, satu yang tadi dengan satu yg ni, dengan syarat dedua dapat 30 sepasang. Cina tu dah tepuk dahi. Aku pun cakap tak nak tak per la. Banyak lagi per kedai kain kat situ. Last last cina tu pun setuju bagi kurangkan sket harga ke 35 sepasang. Dia cakap itu dah cukup murah. Ele macam aku tak tahu sebenarnya ada untung lagi tu. Aku pun benornya malas nak menawar dah sebab dah rambang mata. Aku pun terima jer la 35 inggit sepasang tu. Aku rasa kalau orang lain tu mesti lagi murah bole dapat. Tapi aku nak pegi beli benda lain lagi. Shopping ngan budak kecik ni takleh lelama sangat. Diaorg cepat bosan. Pastu aku masuk kedai jual tudung. Kedai melayu la. Ingat nak tolong melayu tapi haram diskaun tak nak diberinya. Muka pekedai tu pun masam jer. Macam ni ker nak meniaga. Macam mana nak maju bisnes macam ni. Tapi aku beli gak sebab aku dah berkenan sangat ngan sehelai tudung kat situ. Ikutkan hati malas nak beli kat kedai tu lagi. Dah la tu, duit pecah pun tak de. Macam mana meniaga ntah. Aku ngomel ni sebab kes tak puas hati ler...
Pastu aku pegi cari gelas pulak sebab gelas aku banyak dah pecah (kes terlanggar masa basuh pinggan). Ala gelas basahan jer. Takkan aku nak pakai untuk hari biasa gelas berkaki kot. Itu pun aku grab jer mana yang sempat. Ikutkan hati nak jer beli gelas Ikea tapi pk balik tak untung la setakat nak beli gelas sampai ke Ikea. Pastu karang terpecah lagi. Rugi ooo. Hubby aku plak sibuk tengok tikar Sarawak. Hmm original ker eh? Tidak la aku tahu. Kena tanya orang yang biasa pegi situ la.
Sekarang ni aku tengah dok cari tailor untuk jahitkan baju aku ni. Termasuk kain yang baru aku beli ni ada 4 pasang yang belum dijahit, satu yang aku kirim kat delinn masa dia g Sabah ari tu, satu lagi mak aku belikan masa dia g Jakarta. Nak pegi Medan Mara jauh sangat. Nak hantar kat kampung, harga kampung dah lebih kurang sama jer ngan harga kat bandar. Kat mana nak cari eh???
<< Home