Trip cancelled
Patutnya aku pegi Kelantan weekend ni. Tapi kene kensel le pulak sebab weekend ni kene siapkan keje. Monday nak deliver. Bosan jer. Dah plan punya cantik kene cancel. Nasib baik tak book flight kalau tak mesti aku meradang. Anyway tunda la sehingga tidak diketahui tarikhnya.
Naper aku nak ke Kelantan? Salah satu sebabnya, laki aku tu tak pernah g Kelantan. Lawak memula aku dengar sebab dia jenis kaki ronda tapi takkan tak pegi. Tapi dia cakap masa bujang dulu dia ramai kawan ngan org kelantan. Bila ditanya apa yg best di Kelantan utk dilawati, bebudak Kelantan ni akan cakap tak ada apa yg best. So every semestre break group diaorg akan berjalan di kebanyakan tempat kecuali Kelantan. Kelantan ni bagi aku biasa je la. One thing pasal Kelantan ni jauh nak pegi by car. Lama sangat the journey and jalan dia bukan highway. Kalau ada highway aku rasa ok la. Aku ingat lagi lebih kurang 6 tahun lepas aku mengikut rombongan pernikahan abang aku. Ya Allah...rasanya terlalu lama duduk dalam kereta. Macam mana la orang orang sana balik kampung selalu eh. Tapi one thing yang aku suka kat sana makanan dia murah dan aku borong banyak tudung. Syok ooo shopping ni. Tapi ada satu lagi yang aku tak tahan, air paip dia macam kureng kualiti sket la sebab we all the whole family keracunan kecuali anak buah aku yang minum filtered water yang kakak aku bawak dr rumah. So next time aku akan bawa bekal air kalau nak ke sana. Have the Kelantanese improved the quality of their water supply?
<< Home