Jom Tengok Wayang
Aku baru jer tengok Da Vinci Code. Aku bole bagi 3 1/2 bintang kat filem ni. Nak kata best sangat tak de la cuma aku rasa cerita ni ada kelainan daripada biasa. Dia lebih kurang macam cerita Hollywood biasa yang aku tengok cthnya aku bole predict siapakah watak "Teacher" yang dimaksudnyakan tu dari awal lagi. But the story doesn't end there. Ending dia ada kelainan sket la bagi aku. Talking about twisting la, omputih ni memang tere membelit sket hehehe. Mungkin faktanya merepek sket tapi lakonan Tom Hanks memang aku puji, daripada filem Philadelphia, Forrest Gump, Castaway, I've got Mail dan banyak lagi filem lakonannya dan memang aku suka dengan lakonan dia yang aku tak nafikan gayanya yang bersahaja. Kalau masakan tu kira secukup rasa la dan tak de ajinomoto.
Lagi satu aku suka tengok cerita ni, Ladder 49. Walaupun citer ni lama, tapi aku rasa watak dalam cerita ni cukup berkesan. Cara olahan cerita ni pun buat aku tertarik. Cerita ni biasa jer cuma mengisarkan kehidupan seorang ahli bomba biasa tapi cara olahan cerita tu buatkan kita sedar pengorbanan ahli bomba termasuk ahli keluarga mereka begitu besar.
Aku bukan nak mengagungkan karya luar negara tapi sebagai peminat filem tak kira tempatan atau luar negara, aku suka tengok mesej sesuatu filem tu. Macam Da Vinci code tu mesej dia banyak yang tersirat dan aku pandang dari sudut lain bukan dari satu segi jer. Mungkin orang lain akan mengaitkan dengan agama tapi aku rasa mesejnya lebih daripada itu. Tentang kepercayaan seseorang terhadap sesuatu, pengalaman yang dilaluinya sama ada menyumbang kepada keutuhan terhadap sesuatu kepercayaan atau sebaliknya juga ketaksuban seseorang yang boleh mengakibatkan hilang kawalan diri serta pertimbangan rasional. Kalau orang yang pakar mesti bole nampak lebih jauh daripada aku la. Aku setakat beri pandangan daripada sudut pandangan peminat filem biasa.
<< Home