Lagi Citer Melayu
Last Saturday aku spend time tgk cerita Melayu kat TV. Adik aku cakap cerita tu final episod utk drama yang selalu tayang lewat malam every weekdays. Aku mmg tak follow citer tu kat tv. Tapi layan gak ler since dah tayang hari sabtu. Aku tgk pelakon utama dia A**** I**** tu stereotype betul. Skrip lebih kurang jer dengan cerita dia dedulu. Tak de la idea lain. Bagi aku ada ke orang normal cakap macam tu eh? Berkias terlalu banyak. Setahu aku orang angau atau sakit jiwa jer cakap macam tu. To cut short kan cerita ni aku yang tak follow from A-Y pun bole grab apa kisah sebenar sebab terlalu banyak expected scene. Diaorg ni kalau buat drama tak prihatin la. Macam mana la industri filem kat Malaysia ni nak maju eh. Macam mana la tak cerita Korea, Filipina dan Latin America banyak membanjiri tanah air sekarang sedangkan penerbit kita kat sini main hentam keromo jer buat cerita macam ketandusan idea. Bila orang buat citer lain sket macam cerita Sepet tu pandai lak hentam itu ini. To any film/drama maker out there, ini pandangan aku orang yang tak penah mengaji bab seni lakon or seni pembuatan filem. Bagi aku what ever yang u all cuba nak sampaikan tu cuba la olah dalam kaedah lain sket. Aku sebagai penonton dah muak tgk citer yang sama jer....cuba la buat citer yang membina sket.
Aku biasa gak tonton cerita Tamil. Memula aku question gak diri aku macam mana bole tgk citer Tamil tapi bila dah lelama tu aku rasa ada byk mesej diaorg ni cuba sampaikan. Kalau nak ikutkan diaorg ni tak de la guna byk sangat teknologi tinggi berbanding Hollywood tapi they got a message to convey to the audience. Cam citer Korea. Aku pernah tengok dokumentari(National Geography tak silap aku) pasal pembikinian filem di India. Memang mereka tidak menggunakan teknologi yang tinggi untuk menghasilkan sesatu filem Tamil berbanding filem Hindustan. But they manage to make a good film. Contoh satu cerita tajuknya "Anyan", cerita pasal multiple personalty patient. Cerita simple tapi people can learn something from it.
Macam cerita melayu ni bukan tak bagus langsung ada jugak yang bagus macam citer "Pondok buruk", "Quran buruk" tu antara yang aku bole bagi star la tapi mostly yang lelain tu...kalau bole skrip tu kasi la realistik sket. Takkan ler setiap hari orang kita asyik nak berpantun dan berkias jer. Kalau macam tu baik aku tengok filem muzikal ke apa ker. Setakat drama atau filem biasa tu rasanya baik la kalau guna bahasa kita yang kita guna seharian. Aku rasa ramai orang dah muak tengok cerita memujuk rayu cinta ni. Sekarang ni alaf baru, cerita pun mesti baru, idea mesti segar.
Lagi satu aku suka tengok citer Hong Kong sebab nampak diaorg ni berlakon natural walaupun sebenarnya menipu jer semuanya tu. One more thing, kenapa aku suka tengok CSI. Salah satu sebab, dia based on facts. Cara dia olah cerita tu tak membosankan walaupun berkitar tentang facts. Ini kadang kadang orang kita bab facts tu nampak sangat menipu sebab tak buat research bebetul. Kata sesetengah pihak, filem mampu mendidik masyarakat so kalau buat cerita yang ada kewujudan doctor tu cerita la detail sket pasal ilmu kedoktoran tu. Apa yang menarik pasal kerjaya doktor bukan setakat tgk pesakit jer dan doktor boleh pandu kereta besar dan duduk rumah besar. Cerita la sket apa benda penyakit tu, make it sound dramatic. Tingkatkan sket RnD perfileman melayu so baru la bole maju. Bagi aku la daripada orang orang seni ni dok study macam mana Mawi tu bole popularkan better la study macam mana nak buat cerita dan lagu yang lebih menarik so industri seni kita yang lemah ni bole berdaya saing dengan industri seni di luar sana tu.
<< Home