Ngantuk n penat
Penat nya weekend ari tu and tak habis lagi sampai skrg. Hari sabtu jer aku kena layan family aku yg datang. Bukan ngomel eh cuma nak bagitau je. Masa mak aku ngan abah aku g rumah sedara we all kat Kelang, sempat aku ngan sis n sis in law aku bergoss. Pastu pepagi buta ari ahad tu dah kena balik ke Melaka sebab nak kena attend kenduri kawen cousin hubby aku. Terpaksa la lepas Subuh Adam tu aku mengangkut anak anak aku beserta beg masuk ke kereta. Petang lak aku angkut balik ke KL. On the way back plak kene tempuh traffic jem selama 3 jam. Erkksss...tension tapi nasib baik la aku borak borak ngan hubby aku layan boring. Kalau tak borak aku rasa mahu tertido aku kat sebelah join anak anak aku. Tapi aku ni kalau dalam kereta susah sket nak tido sebab kononnya nak enjoy the scenery...tapi kalau dah malam tu selalunya nak jadi makcik wok tengok kot la ada kereta tersadai ker, accident ker apa ker. Setakat tengok jer la hehehe...salah seorang masyarakat Malaysia yang prihatin dan penyumbang kepada traffic jem le aku ni hehehhe...
Hari ni aku nak kene settlekan keje untuk SCAMPI preparation tu. Esok ada review ngan Lead Appraiser. Tak siap lagi ni...tapi aku ngantuk plak lepas belasah nasi beriyani sebab meraikan pemergian opismate aku yang nak berenti hujung bulan ni. lepas sorang, sorang blah meninggalkan company ni. Haiii sampai bila nak jadi camni eh?
<< Home