Wednesday, April 05, 2006

Cerita Melayu

Aku terlalu jarang tengok cerita melayu di panggung wayang melainkan kalau ditayangkan di TV. Bukan prejudis cuma aku jarang dapat tengok cerita melayu yang best la sekarang ni.

Last few days aku tengok satu cerita melayu di TV. Cerita ni kira baru jugak la tapi dah tayang kat ASTRO Box Office. Tajuk dia..Rockers kot kalau tak silap aku. Memula aku tengok tajuk jer rasa macam nak tukar ke channel lain tapi hubby aku cakap channel lain tak de cerita menarik. Layan jer channel ni lagipun dah bayar. So since i dont have any other tv, join jer la. Cerita ni simple tapi aku rasa banyak mengimbau kehidupan orang melayu masa zaman 80-an. Sesiapa yang melalui zaman tu mungkin akan teringat la. Ala zaman rock kapak aka rock kangkang ni ler. Aku masa tu kecik lagi tapi aku teringat abg2 sepupu sepapat aku berambut panjang, berseluar ketat dan naik van pegi tengok konsert. Bila tengok cerita ni tergelak aku mengenangkan gelagat mereka masa tu. Lawak sebab sanggup pakai seluar ketat menyeksa diri semata mata nak nampak rock. Kira rock is the best ler time tu. Walaupun aku masa tu baru sekolah rendah jer tapi boleh nampak kesan dia pada rakan sekeliling aku yang ada abg n kakak yang dah besar panjang. Nasib baik ler parents aku cikgu so pengaruh rock ni tak menular pada aku adik beradik. Kalau tak hmm sesilap join kot hehehhe... Anyway back to the Malay Movie...cerita dia tak de la best gilerr tapi ada certain part bole dijadikan teladan contoh cam kalau mintak keje gomen time tu kalau tak kenal org dalam payah sket, kumpulan black metal kat Malaysia ni dah lama wujud bukan zaman ni jer ada and few more yang aku tak dapat nak senaraikan kat sini. Kalau nak tahu tengok jer la sendiri. Biasa ler aku, kalau tengok citer mesti tgk mesej yang disampaikan sebab dah terbiasa ngan abah aku yang kalau lepas tgk satu citer akan tanya we all adik beradik dapat pengajaran apa drp cerita tu.

Aku still tunggu Baik Punya Cilok dan Buli Balik ditayangkan di ASTRO Box Office sebab aku tak sempat nak tengok kat panggung wayang. Cerita ni aku dengar antara cerita melayu yang best. Buli aku dah tengok dulu. Satu lagi yang aku rasa excited nak tengok is Gubra. Sound macam best jer. Kalau sempat ingat nak ambik cuti la tengok cerita ni tapi..hmm bila eh, nak kena plan lak ngan hubby aku ni. Time aku cuti dia tak cuti. Sepet aku dah tengok and personally aku suka cerita dia. Banyak mesej yang disampaikan sama ada tersirat atau tersurat. Aku suka cerita yang buat aku berfikir sebab setakat cerita Mami series and cerita ayat skema (citer yusof haslam)aku rasa tak puas. Mungkin bagi orang lain dia suka cerita jiwang karat membelai belai gitu tapi...ntah la untuk aku yang tak berjiwa romantika d amour ni mungkin payah sket kot nak terima.