Adik n kakak
Adik, walaupun bergelar adik tapi dia dah menunjukkan kematangan dia berbanding dengan kakak sewaktu seusia dia. Adik more brutal daripada kakak dan dia lebih adventure sket berbanding kakak yang kadang kala terlebih feminin aku kata. Macam kalau kat playground kakak akan choose her fav swing and sit tight kecuali kalau kawan-kawan dia ada. Kalau dia sorang sorang she will spend her time kat swing tu. Beza ngan adik dia akan explore satu playground and nak main semuanya. Walaupun slide tu besar and tinggi compared to her size, dia tak peduli. Nak jugak try panjat tu.
Adik pun aku nampak lebih garang daripada kakak. Pernah sekali kakak dia tak bagi dia sentuh laptop kakak, dia gigit perut kakak. Apalagi melalak ler kakak. Adik pulak buat muka like nothing happened. Aku nak tergelak pun ada jugak tapi tgk kan keadaan kakak sedih la pulak. Kakak ni memang suka usik adik. Semalam dia ketuk kepala adik tapi nasib baik adik buat dek jer. Kalau tidak memang aku dah sound. Tapi hubby aku punya la marah sampai dikurung kakak sekejap. Aku kalau time hubby aku tengah marah memang tak de la nak join sekaki. Salah sorang jer marah cukup la. Kalau dedua sekali haru ler....
<< Home