Sometimes some people never learn
Ni jadi satu kes kat opis aku ni. Ada la sorang hamba Allah ni dia bagi email kat aku then cc kat beberapa orang. Tujuannya cuma nak bg aku satu doc yg diperlukan untuk aku n the geng start with the work tapi sempat lak memerli aku at the end of the mail. Aku tanya dia directly kenapa dia buat macam tu then dia ckp statement tu bukan utk aku sebenarnya tapi untuk org lain dalam list of cc tu. Apa la problem mamat ni. Dah tentu tentu dia letak "Dear nama aku" at the beginning habis tu mahu citer bohong plak cakap benda lain. Aku pun reply balik mail tu and cc kat sume org yg dalam list asal dia tu. Boring plak aku sebab tak semena mena cakap aku tak nak buat kerja pulak. Padahal sebelum tu aku cuma mintak requirements jer. Yang dia tetiba chop team we all tak nak start buat kerja. Boss aku datang jumpa aku petang tu sebab dia pun hangin ngan mamat tu. And for the first time ever aku dengar boss aku tu mencarut 2 patah perkataan yang aku tak sanggup nak cakap kat sini. Tapi since boss aku tu cara carutan dia ayat mendatar so kalau orang dengar for first time memang takkan sedar unless kalau dengar bebetul.
So this week pulak mamat yang sama (tak serik lagi) hantar email lagi and blame orang lain pasal tak buat keje itu la, ini la. Kali ni he got a long list and "Dear all". Tapi ayat dia memang macam sireh sampai ada sorang opismate aku kata dia ni memang syaitan. Aku dah tergelak dah sebab aku rasa he can be the laughing-stock in our office sebab most of the things yg dia mention tu kebanyakannya orang dah start buat walaupun tak sempurna but work is in progress cuma dia jer tak tahu sebab busy doing something else i guess.
Bila kenangkan kes macam gini, aku teringat kes dia satu ketika dulu dalam satu project lain which dia bergaduh ngan PM untuk that particular project. So history repeats itself. Selalunya sejarah berulang pada orang lain and masa lain tapi kali ni sejarah berulang pada orang yang sama cuma masa jer tak sama...well some people never learn...hehe
<< Home