Monday, August 28, 2006

Berkampung di Hospital

Sejak dua menjak ni aku berkampung di Hospital G sebab abah aku kene operate kan. Kalau dengar nama spital ni memang ler gah dan gempq tapi servicenya tidak la segempaq mana. Bagus lagi spital lain. So far aku dah pernah duduk kat more than 3 hospitals in town so aku rasa service yang lelain tak banyak beza kecuali hospital ni aku rasa macam hampeh sket service dia. Dah la bayar sendiri lepas tu layanan tidak setimpal dengan bayaran. Rasa sakit ati jer. Nurse dia memang aku rasa tak competent betul. Doc suruh buat lain, lain yang diaorg buat. Lepas tu miscommunication between ICU and ward. Sounds like hospital 3 bintang jer. Ikutkan hati nak aje aku sound tapi since abang aku dah sound depa so aku rasa biar la sorang jer sound yang lelain sound karang buat scene jer. Kalau orang tanya aku memang takkan rekemen la spital ni. Baik la AP ker spital S ker, P ker KP*C tu pun baik lagi drp spital ni. We all masuk spital ni just because of the doc. Kalau tidak, tak hingin pun. Ini ler dinamakan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan sebab expatriate dilayan dengan baik, rakyat sendiri buat macam hampeh. Padahal hospital lain pun ada gak expat. Bole pulak pilih kasih macam tu. Ntah apa apa. Moral of the story "Jgn pegi Hospital G kalau anda mahukan service yang baik dan berkualiti."

Friday, August 25, 2006

Insurance - to have or not to have

Aku bukan la agen insurance atau promoter insurance tapi cukup la aku sampaikan di sini pengalaman aku. Baru baru ni jer my father has been diagnosed with a critical illness. Nama dia aku dah lupa la but it has something to do with spine. Before he's been diagnosed with that, he has to do the MRI. The cost of MRI takes almost 1k which if it is done in GH will be FOC but he needs to wait for about 2-3 months and he can't wait any longer. The pain is killing him. Then after he has been diagnosed, it took 2 different docs to decide what kind of surgery need to be done. The 1st doc said the cost of the surgical might be 10k but we asked for a second opinion from different hospital. The second doc said it is a major surgery, the cost is more than 20k and only 2 specialist who can do that and he himself is not capable of doing that. He said he got his limitation too. He guarantees that what ever my father is having now is curable but must be done as soon as possible. If we wait any longer he might be paralysed forever. So he recommends 2 docs which definitely not from any GH. He said the specialist from GH has already resigned and joined the private hospital. So we chose one doc which attached with 2 different hospitals. We settled for S but unfortunately we can't book any OT sooner so we have to settle with G. Hearing the name only could lead us to one thing...how much will it cost? That bill must be huge. Even our late Agung was hospitalised there. After few discussion, we managed to find the source of money to settle the bill. I know that when life is at stake you will not think twice to spend your money but if you have options, your journey will be at ease.

Having insurance can help us in so many ways. Even though some might say, why do we need insurance if the company we are working for can pay for it. Yes but until when? By the time you resigned from the company your age is already increasing which the amount of insurance is also increased. Tapi terpulang la pada masing masing. Mungkin ada jugak kata, dia sentiasa sihat dan menjaga kesihatan tapi pepatah ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan. Kalaupun bukan untuk diri sendiri tapi sediakan untuk orang tersayang. Ada juga mengatakan untuk apa perlu insurans sedangkan duit itu bole disimpan dan simpanan boleh membiayai segalanya tetapi dengan adanya insurance kita boleh menggunakan wang simpanan kita untuk perkara lain yang mungkin kita perlukan selepas rawatan nanti which kadang kadang kosnya sememangnya tinggi. Sekurang kurangnya jika ada insurans, wang simpanan kita tidak terusik dan kita masih lagi boleh meneruskan hidup.

Memilih insurance pun perlu juga berhati hati. Kalau sebelum ni aku cuma membeli insurans tanpa mengetahui keperluannya tapi aku sekarang menjadi semakin berhati hati untuk meneliti apa yang ditawarkan oleh syarikat insurance dan harga yang perlu dibayar. What ever yang terjadi ke atas bapa aku, merupakan satu pengalaman yang paling berguna untuk aku. Sememangnya wang boleh dicari tapi kita perlu pandai memanfaatkannya. Kasih sayang memang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit tetapi jika kita pandai memanfaatkan wang ringgit, kita bole membantu orang yang kita sayangi. Sesungguhnya dugaan yang Allah turunkan untuk kami sekeluarga kali ini sememangnya memberi aku pengalaman yang aku rasa sebelum ini aku tidak pernah terfikir. Aku bersyukur dugaan ini didatangkan sewaktu kami mempunyai wang untuk membiayai perbelanjaan tersebut dan bukan sewaktu kami di dalam kesusahan. Setiap dugaan yang datang sememangnya mempunyai hikmah.

Friday, August 18, 2006

My first yoga class

Aku memang tak pernah buat yoga seumur hidup aku. Dok tengok orang lain buat ada ler. Setahu aku yoga ni dok lipat lipat badan macam gymnast tu. Rupa rupanya yang aku tengok tu dah tahap tinggi. Untuk beginner cam aku ni buat yang simple simple jer dulu tapi itu pun tak leh gak. First lesson aku is balancing. Aiyoo...ni memang aku lemah. Sampai instructor aku tergelak tengok aku terkial-kial nak balancekan badan. Pastu masa dia suruh bongkok and buat slow motion push up tu memang aku fail. Tahap kelenturan badan dah semakin minimakan. Dalam hati aku, patut ler pengamal yoga ni kurus kurus belaka. Rupanya bukan senang nak buat. Especially untuk aku yang memang tak bersenam ni.

Dalam yoga ni baru aku tahu basic dia adalah balancing. Aku tengok instructor tu senang jer nak buat. Aku sampai terjatuh jatuh. Eh tapi bukan aku sorang jer tak leh buat, ada lagi makcik makcik yang tak balance gak...hehehe. Pasni kalau dah master bole buat sendiri. Syok oo yoga ni sebab dia leh latih kita fokus. Selama ni dok dengar jer orang beryoga and aku ingat kelas yoga ni mahal ler, rupanya if we can find a good class and instructor tak de la mahal sangat. Affordable la jugak. Kalau hubby aku setiap kali g futsal pun bayar 10 inggit kira lebih kurang jer la ngan aku 12 inggit satu kelas. Kira ok ler tu.

Wednesday, August 16, 2006

Ning 3113

Am i a fan? Hmm ye la kot a fan of Ning. Tapi baru kali ni aku beli CD dia sebab dah jadi resmi aku cuma suka beli album kompilasi. I like her voice. Personality hmm no comment la sebab bagi aku, aku suka penyanyi sebab dia boleh menyanyi. Kalau dia baik tingkah laku tu kira bonus la kot. For me penyanyi ni keje dia menghiburkan orang so kalau personality dia best macam mana sekali pun tapi persembahan tak best pun aku tak minat gak. Contohnya mcm Cik CT tu aku tak berapa gemor sangat la walaupun orang suka gegila kat dia sebab personaliti dia baik kan(baik ker hehe).

Since aku dibesarkan dengan mendengar lagu lagu berentak R&B so aku memang suka dengan lagu lagu Ning yang sesuai dengan selera aku. She really can sing. Her album 3113 ni aku memang suka la sebab ada sume lagu yang aku suka. Album sebelum ni memang aku dah berkira kira nak beli tapi since aku cuma minat few songs jer so tak jadi beli. Aku tunggu gak lagi until she release her compilation album. Ni baru best and it's worth buying it. Ceh, promo le pulak kejap. Memula aku ingat nak download jer tapi bila pk balik tak per la aku bukan every year beli CD ori hehe...once in 3-5 years. CD pirate toksah amik kira la eh. So bila kira kira balik, ok la berbaloi la ngan nilai ringgit. Penyanyi2 di luar sana(kot la ada sesapa bergelar penyanyi yang terbaca), kalau nak buat album sila la buat album yang mempunyai nilai ringgit supaya orang macam aku yang memang cukup payah nak kuarkan duit untuk beli CD ni rasa berbaloi nak beli.

Friday, August 11, 2006

Laptop is in trend NOW...

Uish sekarang mostly orang dah bertukar pada laptop. Member member aku ramai yang pakat beli laptop padahal ari tu aku yang berkira kira nak jual desktop aku and tukar laptop. Tapi niat aku terbatal sebab aku kira berapa banyak laptop aku nak, laptop office lagi, laptop sendiri lagi so biarla kat rumah aku tu pakai desktop jer. Jadi bahan belasahan anak anak buah aku main PC game. Kalau desktop ni murah sket kalau nak tukar apa apa. Sekarang ni diaorg lak beli laptop, macam macam brand lak kat market sekarang ni, murah lak tu. Kalau tahun lepas aku leh ek sket sebab laptop aku ler paling best di kalangan opismate tapi sekarang kira ada sorang PM tu baru dapat laptop lagi best. Kalau sebelum ni laptop dia kalau off power jer memang mati terus so sekarang dia leh berbangga ngan laptop dia yang canggih manggih tu. Tapi aku still kesian kat sorang PM lagi ni. Aku gelarkan laptop dia flat top sebab kalau bukak jer terus monitor dia flat terbaring di atas meja setara dengan keyboard...tapi memandangkan opis aku dah sewa laptop baru so dia pun pakai laptop baru tu. Aku rasa memang bagus la kalau opis aku sewa jer laptop or desktop. Tak perlu beli bebanyak sebab if obsolete ke rosak ker ganti jer baru tak perlu lupuskan aset and so on which lebih menguntungkan kalau dari segi bisnes(this statement i quote from one financial expert hehe..)

Bersopan atau tidak

Baru baru ni aku discuss with my fren pasal baju kurung. Katanya dia jarang berbaju kurung kalau pergi opis sebab boss or client akan downgrade dia and meragui credibility dia. In fact since dia bertudung pun few clients akan seolah olah sceptical with her capability sedangkan she works as hard as others and she is even more competent than others too. That reminds me of 1 incident, masa aku nak attend one interview with one MNC ni, ada sorang member aku mencadangkan aku bukak tudung semasa interview. Nauzubillah aku kata. Tapi itu la hakikatnya and sememangnya aku tak berjaya dalam interview tu. Mula mula aku rasa mungkin disebabkan aku sendiri and not because of tudung or what so ever tapi selepas 2-3 incident with MNCs ni now i realize it. Ada kebenaran dalam statement member aku tu. Aku pun pernah terbaca dalam satu artikel ni seorang boss(wanita) prefer to find her staff yang ranggi dan tidak bertudung. Menurutnya kalau pakai tudung ni leceh. Tak bole bersosial dengan client. Seorang opismate aku pulak buat statement katanya, kalau company besar besar ni yang kepalanya bukan orang Malaysia jangan harap la dia nak hire pompuan pakai tudung ni. Betul ker eh. Takkan untuk dapatkan bisnes sekali pun maruah boleh tergadai ye. Takkan disebabkan sesorang berpakaian dengan penuh sopan boleh dikategorikan incompetent eh. Aku pernah baca dalam reader's digest ke NST, tak ingat plak aku which one. It mentioned that if we work in the environment of men as majority, women are not supposed to wear something appealing which can invite the sexual harrasment. Atau statement ni saje nak downgrade credibility pompuan eh.

Kadang kadang aku rasa macam bukan tinggal di Malaysia pulak sebab ada double standard bila orang pakai baju kurung ngan pakai suit pegi interview. Mentaliti orang kita walaupun dalam zaman millenium tapi masih tak millenium. Hmm nak cakap banyak pun tak guna sebab itu la hakikatnya yang berlaku.

Thursday, August 10, 2006

Step workout

Phew, termengah mengah aku buat step workout ni. Terkengkang kengkang aku sebab bila instructor suh ikut tempo, tangan ngan kaki aku tak de coordination langsung. Orang ke belakang aku ke depan, tangan ntah mana mana hala aku buat. Pastu bila buat step tango, aku buat step suka ati aku. Aku tengok instructor tu buat cantik jer. Gerak badan dia pun cantik. Aku punya step...hmmm baik sket jer daripada si Faizal tu. Kira aku ni kalau masuk kelas Cikgu Linda or Corie, memang fail punya la. Nak nak bila buat single single double tu memang aku out of tempo ler. Orang buat double aku buat single, pastu patut step kanan aku buat step kiri. Kalau nak masuk dlm kamera memang aku ler jadi sasaran untuk diketawakan. Kelas hari ni Yoga tapi ari ni aku tak pergi la, ari sabtu lak pergi. Dah 3 hari anak aku stay kat nursery sampai 7.30. Yang bagus nya kelas aerobic ni buat semangat aku berkobar sket nak exercise. Can't wait till Saturday.

Wednesday, August 09, 2006

Aerobic Class

Aku enjoy ngan hobi baru aku ni. It makes me feel alive and fit hehehe..sebab masa aerobic aku rasa leh release tension sket. Apsal aku tak terpk berkecimpung ngan arena ni dulu eh?..Hmm baru aku teringat, aku selalu dengar citer orang kata kalau aerobic ni once tinggal akan gemuk balik. So tu yg aku malas nak join any aerobic classes dulu sungguh pun masa study dulu banyak peluang and masa. Bila dah start keje lagi ler....mim alif lam sin.

Tapi sejak hubby aku dok bagi hint2 terpaksa ler aku menggagahkan diri ni walaupun at first sifat "M" tu memang tebal. Ada opismate aku siap cakap, "Tak ke mana aerobic ko tu." Hmm kene kuat ler willpower aku gamaknya ni hehehe... Talking about aerobic, instructor aku ni bagus sebab dia tunjuk kat aku macam mana nak buat dengan betul so tak de la sakit seluruh badan. Even dia punya warm down pun berkesan so bila aku balik for the first day tu tak berapa nak sakit compared tu kalau buat senaman sendiri sendiri. Ye la beza ler orang berilmu ngan orang main hentam keromo punya style kan.

Aku tanya hubby aku naper dia beriya suh aku join. Dia jawab, "I nak u sihat.Senang bergerak and nak beli baju pun banyak option," Ooopsss....memang sah aku gemuk.

Tuesday, August 08, 2006

First aerobic class

Phew...semput aku dibuatnya. It started when my hubby handed over the aerobic class flyer. Erks....what is he trying to tell me? I know i have been putting on weight lately and before i gave birth to my second child, i was really plump and he doesn't seem to mind at all. But this time he seems to be really concern on my weight problem. So here i am enrolling the class that i would never imagine to join before this. I did gave an option to buy the igallop thing so that i can exercise at home in front of the TV. Oopss! am i turning into couch potato? Anyway my hubby disagree to buy the igallop. He said, that thing will only take space in the house and i will not have the discipline to exercise. In the end it will full with cobweb.

About the aerobic class, the trainer is really energetic. I on the other hand have been panting after doing for not more than 15 minutes. It shows how "fit" i am.

Wednesday, August 02, 2006

Aku join member aku g Jalan TAR. Tak de niat pun nak bershopping cuma nak ikut jalan jer konon. Sekali tu bila dah sampai kat area tu, tergerak lak nak tengok kain langsir. So aku pun dok tanya org kat kedai tu berapa meter diperlukan untuk sliding door. Aku dah berkenan satu kain tu tapi bila pk balik tak kene lak ngan sofa hijau aku tu. Kalau aku nak tukar langsir kene tukar sofa aku tu which aku ni malas nak beli sofa...hehehe. Sofa kalau nak beli mahai la pulak, takat beli yang murah pastu rosak baik toksah. So tak jadi aku beli kain langsir tu. Lagipun staff kedai tu cam tak layan aku jer, maybe dia ingat aku ni tak de tokoh nak beli kain langsir kot. Most of org yang beli kain kat situ cam bising jer mulut diaorg so aku ni tak dilayannya la. Tapi sempat gak aku beli kain ela sepasang. Aku terberkenan la plak kat color dia hehe... Pastu member aku nak g beli tudung. Aku pun join dia. Aku pun nak beli selai tudung gak. Sebelum singgah kedai langsir member aku dah beli sehelai tudung tapi org kat situ nak tak nak layan so aku terus tak beli. Kali ni we all ke arked lak. Kat arked aku cari kain utk buat baju raya. Mak aku dah pesan, dia dah bookingkan tailor untuk aku and tarikh tutup dia bulan ni. So terpaksa aku cari gak. Masa pilih kain aku dah terkonpius sat warna baju raya hubby aku. Mak aku dah beli kain untuk baju melayu anak anak laki dia termasuk menantu dan cucu so anak anak pompuan dan cucu pompuan kene la beli kaler seakan akan sama. Konon tema purple pink ler gamaknya tahun ni hmm whatever la. Org tu cakap kain korean silk tu tengah promotion 2 dapat 50 inggit. Kalau dia tipu bukan korean silk pun lantak ler sebab aku bukan tahu pun. Lagipun masa aku beli tu di layan aku ngan baik so aku beli la kat situ. Aku memang boring kalau aku g kedai orang nak tak nak layan. Dah tahu kita nak membeli buat kita macam pemintak sedekah la pulak. Lepas tu jalan lagi sampai jumpa kedai tudung lain. Member aku beli tudung sampai masuk dalam kedai punggah orang tu punya stok. Aku pulak dok tengok pekedai tu demo kat aku cara nak ikat tudung ala ala bienda tu. Demo punya demo terbeli gak aku satu. Pas dah beli tu we all g Midvalley lak. Aku sempat sambar satu kasut 50% kat situ. pas tu g Kamdar cari kain baju raya anak aku. Aku beli lagi kain pasang. Apasal la aku hari ni asyik la beli kain. Buatnya lom tentu lagi sebab tailor aku dah benti jahit baju. Kena la hantar kat tailor mak aku lak. Kalau tailor mak aku ni payah sket aaa, biasa ler tailor dah tua ni banyak sangat komen kalau kita beli kain, itu ler ini ler...macam la aku beli pakai duit dia. Aku just upah dia jahit baju jer. But since my mother like her tailoring so much so terpaksa gak la aku hantar kat makcik tu lagipun aku tak de option lain. Hantar kat kedai harapkan mahal jer tapi tak best pun dia jahit. Anyone knows any good tailor with affordable price?

Tuesday, August 01, 2006

New Project

Hmm kalau company aku bz ngan project baru ni, aku pun ada personal project aku. Project apa yea...Project Bilik Tidur Anak aku. Sekarang ni tgh dok recce color dan design yang aku nak buat utk bilik anak anak aku. Tengok harga kat Ikea cam mahai sgt le pulak sebab aku nak kene beli 2 katil budak tapi tak mo beli double decker sebab aku mmg tak prefer double decker. Sejak dahi kakak berjahit dulu mmg aku fobia sket dengan anything yang boleh membuatkan diaorg jatuh and have deep cuts. So double decker mmg a big No No. Dinding aku cadang nak cat color purple pink yang aku tgk kat satu show room ni. Tapi tak beli lagi. Bilik diaorg ni pun aku lom kemaskan lagi. Nak kene buat satu persatu. Kena keluarkan barang yang tak perlu and bla bla.... Ingat nak pasang pergo tapi bila pk balik it's all about the $$$. Forget la bab pergo tu. Lain ler kalau ada pihak nak sponsor you hehhehe.... So back to basic. Kene cari cat yang menarik, Kipas n lightings baru, furniture yang mementingkan safety and tak terlalu mahal. Kira kira dalam 1k gak la kene spend ni. Hmm cukup ke eh? Katil kene 2, wardrobe lagi, pastu lantai dia aku kene cover ngan something so nanti tak sejuk sangat. Tak per do it one by one. Nanti dah siap aku leh post kat sini gambo project aku tu hehhehe. Of course with my new digicam.