Friday, September 30, 2005

Quiz Results



I took the quiz! Hahaha guess apa aku dapat? Lynette. Hehehe aku dah agak dah. What more to say? Well anak anak aku tak de la seteruk anak anak lynette cuma sebab anak kecik kan...teruk sket la rasanya. Maybe and hopefully bila diaorg dah besar tak de la teruk macam skrg. I hope...

Hari Audit

Actually hari audit ni last week lagi tapi aku tak de mood sangat nak mengulas panjang sebelum ni. Well the audit went ok la. Walaupun ada banyak juga NC tapi ok la better than other companies yg sama sama masuk kelas CMMI ni. Aku kena sound dengan auditor tu sebab menolong sama jawab soalan auditor tu. Hampeh betul. Awat la ringan sangat mulut aku ni nak jawab eh..

Overall the NC semuanya minor jer tak de yg major sangat cuma aku ada la tak puas hati kat certain individu yg menjawab dengan tak semenggah nya sebab nak melepaskan diri sendiri tapi mengakibatkan orang lain macam kene pandang sengkek oleh auditor tu. Aku nampak air muka auditor tu semacam jer masa pandang aku. Hampeh betul mamat ni tau.

Boss pulak bagi masa seminggu untuk betulkan semua NCs tu. Erksss nak tercekik aku dengar. Mintak maap ler... cannot ma. I have other obligations too. Bukan CMMI jer responsibility aku ye (untuk pengetahuan certain people yg ingat keje aku ni jer) Aku kena buat Testing untuk projek lain sama. So my area of work bukan setakat QA sahaja. Kalau kerja tak banyak takkan la ada sorang opismate aku tu sampai tension buat kerja ni ;)

Thursday, September 29, 2005

Down with Fever

Dua hari aku dapat mc kali ni. Dah lama tak mc yg betul betul sakit. Sebelum ni selalunya dapat mc sebab kene jaga anak sakit. So lain la sket. Aku flat betul 2 hari ni. Tak larat. Dengan batuk, pastu mata pun sakit then phlegm byk. Isk teruk aku sakit kali ni. Maybe aku terlalu penat agaknya.

Anak aku plak bila aku saje tanya dia, kakak mama sakit ni kalau mama mati nanti tak de sapa nak jaga kakak tau. Nak tahu apa jawab dia... "Kalau mama mati nanti mama jadi hantu tak?" Sabar jer la. Sapa ajar dia ntah jawab macam tu.

Budak budak sekarang makin petah bercakap. Tak macam budak budak dulu.Sekarang dah pandai demand lak tu. Birthday cake nak bentuk fish macam Nemo. Birthday gift nak Barbie. Beg, selipar semua Barbie. Tak kuasa aku nak layan sangat. Latest ni sibuk nak pakai sunglasses pulak dah. Dia bukan pakai pun tapi letak kat rambut jadi ala ala cekak. Kira vogue ler tu. Aku tak de digicam plak nak shoot satu gambar dia bergaya ala ala model Vogue. Kalau ada bole aku letak pose dia satu kat sini. Miza pun komen kata kekecik dah pandai bergaya. Ni dakyah Che' Na (adik aku) dia ler ni. Budak budak skrg makin advance. Pastu pagi tadi aku terserempak dengan mak Misha dekat nursery, dia cakap Misha sibuk suruh dia beli beg Barbie macam Yaya. Hmm normal la tu, duduk kat nursery mcm mcm exposure dapat. Ada satu hari tu dia ngomel kat aku ...dia cakap, "Mama tadi Ain kata selipar barbie kakak tak cantik." Aku jawab apa tau, "Kakak rasa cantik tak selipar kakak tu?" Dia angguk, then aku sambung balik "Kalau kakak rasa cantik ok la. Buat apa nak peduli Ain kata apa. Bukan dia punya selipar pun." Hehehe..bila aku dah jawab macam tu baru aku terasa yg anak aku ni bukan budak berumur 12 tahun tapi baru 2 tahun nak masuk 3 tahun. Tapi tak per la aku bukan ajar dia benda yg jahat. Aku cuma tak nak self-esteem dia rendah. Jangan peduli sangat kata kata yang kurang membina. Ni aku belajar drp sorang ex-opismate aku ler. Dia cakap kita kene pupuk self-esteem anak kita supaya diaorg berani menghadapi kritikan.

Bukan apa, cuma berdasarkan satu kes benarlah, berkisar tentang seorang Hamba Allah ni. Dia mempunyai self-esteem yg tersangatlah rendahnya sehinggakan dia terlalu tertekan dan akibatnya jadi inferior. Puncanya semasa dia bersekolah kawan kawan kritik dia macam-macam tapi tak boleh nak defend diri dia. At last perkara tu jadi tekanan yang amat teruk dan mengakibatkan dia sakit mental. Sekarang ni bukan IQ jer jadi ukuran tetapi EQ juga memainkan peranan penting. Hmm out of topic nampaknya aku..hehe...dari citer demam melalut lak sampai EQ....hehehe...

Parking

Aku heran betul la ngan sorang pakcik ni. Lorat betul ngan parking dia. Masalahnya bukannya aku parking kat dia punya space tapi sebok nak bagi warning kat aku. Then lepas tu baru aku realize kenapa dia bagi warning kat aku. Rupanya dia nak letak keter dia tu ke depan sket and masuk kat parking space depan tu. Kira selama ni aku telah menghalang dia daripada berbuat demikian la. Kecoh la. Tamak parking betul.. tu ler manusia ni tak pernah puas hati dengan apa yg ada. Dah ada parking berbumbung pun still tak cukup lagi. Nak jugak conquer parking lain sekali. Itu baru parking benda lain tak usah cerita la. Baru pakai WAJA dah kerek. Kalau pakai Nissan Murano, aku rasa mahu besar Stadium Bukit Jalil eksen dia tu.

Yang management ni pun satu hal. We all nak beli parking berbumbung tak bagi. Dia kata semua dah occupied. Tapi aku tengok byk lagi rumah kosong tak terjual. Tipu betul. Ni semua marketing strategy ler ni. Ramai sangat penipu kat dunia ni tau. Tipu sana sini. Ntah hapa hapa la ingat best sangat ke dapat tipu orang.

Thursday, September 22, 2005

Dear Diary....

Hmm i feel like starting with "Dear Diary..." then i remember, i'm not writing a diary. I don't write everyday. Yup lately aku busy sangat untuk assessment. Lots of things happen to me these few days. Hari tu ingat nak celebrate birthday aku kat Istana Hotel tapi tak jadi sebab my daughter kena diarrhea. At the same time dia batuk and selsema pulak. Tak per la nak buat macam mana tak de rezeki. So my birthday berlalu macam tu aje..nothing special. This week aku pulak busy sebab nak prepare auditor nak dtg ni. Tapi sambil sambil tu sempat berdiskusi dengan Paktam and Pinky pasal kereta baru. Well, aku bukan nak beli pun lagi. Baru jer habis hutang rasa macam malas nak create hutang baru. Insya Allah one day la tapi that day tu lama lagi.

Company aku terlepas satu projek besar. Hmm ada yg suka we all terlepas ada yg frust sebab dah berhempas pulas siapkan prototype. For me ...i don't like it. Sebabnya simple, no project, no money, then...u know la....no bonus, increment and so on. I know the reason for those yg suka our company terlepas that project tapi kalau orang tanya aku la, aku akan lihat dr beberapa aspek. Pasal kerja keras tu semua org perlu bekerja keras. Kalau bukan untuk company pun at least for themselves. Untuk kemajuan diri sendiri. Apa orang kata..self satisfactions, self development lebih kurang macam tu la. By end of the day you know that you have worked hard and earn something. Maybe dari segi duit, mungkin juga ilmu atau pun pengalaman which aku rasa sangat mahal harganya.

Maybe ada juga orang yg tak suka project tu disebabkan bossnya. Well, kalau tanya aku pun...aku pun tak berapa gemarkan sangat tapi dah nama pun kerja. I don't have to like him because i'm not going to spend my life with him and he's not my relative and one thing for sure he is not one of my friends yang i like to hang around. He is just my superior. That's it so aku rasa kalau ada perasaan menyampah atau meluat tu boleh diabaikan la. Tak dinafikan kadang kadang ada juga perasaan sakit hati kat dia tapi entah la dah dinamakan bos so mungkin sakit hati tu aku selalu abaikan. Lain la kalau kawan sendiri sebab kalau kawan buat kita sakit hati lagi la tension.

My next action plan, settlekan audit then update resume <-- dari hari tu lagi nak update tapi tak terupdate sebab asyik kena settlekan benda lain.

Tuesday, September 13, 2005

Semangat Kejiranan

Pada satu pagi Ahad yg indah aku dapat panggilan telefon drp Miza. Dia cakap nak pulangkan mangkuk aku. So aku pun buka pintu nampak Atet dgn Hani. Atet pegang mangkuk berisi kuih koci. Aku tanya siapa buat, dia gelak aje. Hmm aku ucapkan terima kasih then Atet pergi bawak Hani pegi jalan jalan. Aku mengangguk. Bila aku letakkan mangkuk yg penuh dengan kuih koci tu kat atas meja, abg ipar dan kakak aku tanya apa benda tu? Aku jawab kuih koci. Abg ipar aku bg statement,
Ada lagi org practise semangat kejiranan macam korang eh kat bandar ni.
Ayat cam perli aku je tu Aku jawab balik
Ala tu ler jiran Melayu yg kenal dan rapat, depan tu Cha Ya Nun Alif.
Mak aku pulak tanya
Ko bagi apa?
Aku just jawab sayur masak lemak aje, ala lauk simple. Abg ipar aku menyampuk lagi,
Sayur tu mesti ko beli kat kedai, then ko isi dalam mangkuk bagi kat dia kan.
Hello tolong sket yea...gua masak sendiri la. Mintak maaf le bebanyak your statement is totally wrong...hehehe... Kakak aku tambah pulak
Korang ni terer gak eh, duduk bandar pastu tukar tukar makanan pulak cam kat kpg, tambah plak lauk kampung ngan kuih tradisional...huish...aku pun tak amalkan.

Hehe..sapa suruh tak amalkan.

Bagi aku walau duduk di mana sekali pun tetap kita ni anak Melayu. Nilai tu tak bole dilupakan. Lagipun aku kat sini sorang sorang aje. Tak ada family terdekat. Lain la macam kakak aku dan abang aku duduk dedekat ngan mak. Within few minutes je dah sampai so apa apa hal ramai bole tolong. Macam aku ni nak minta tolong kat sapa kalau bukan pada jiran. Jadi perlu la buat baik sesama jiran. Walaupun aku ni bukannya ramah sangat atau baik sangat sampai satu blok nak sedekah lauk pauk tapi at least perlu la satu dua jadi kawan. Apa apa hal bole tolong sesama sendiri...dah nama pun merantau. Itu aku la...orang lain aku tak tahu.

Tapi bagi sorang member aku ni(ada la orang itu), aku ni still tak dianggap ada semangat kejiranan lagi sebab bagi dia perlu berbaik dengan semua satu taman baru la ada semangat kejiranan. Ye la..betul juga cakap dia tapi aku start dengan small scale dulu la ye. Insya Allah esok lusa berkembang la titik fokus tu hehehe.

Monday, September 12, 2005

Majlis Bertunang

Kalau siang aku sibuk dengan activity shopping, malam pulak ada invitation pergi majlis bertunang sepupu aku kat Bukit Damansara. Hmm majlis bertunang jer tapi grandnya mengalahkan majlis kahwin. Ye la org ada byk duit so tak kisahla kan. Hantaran dia jer dah 5 angka. Hmm dua kali ganda lebih drp hantaran aku. Ye la aku kahwin 5 thn lepas, minyak pun dah naik harga drp masa tu 1.10 skrg dah 1.65.

Anak datuk sama anak datuk kahwin. Ini la namanya enggang sama enggang. Masa makan tu kami dihidangkan dengan nasi beriyani. Makan ala ala hotel gitu. Ada course bagai. Tapi yg kurengnya adik tak nak dekat org lain. So aku terpaksa makan sambil pegang dia. Sambil tu pulak suap kakak makan. Kakak walaupun dah pandai makan sendiri tapi biasa la budak kecik ni kadang kadang main je lebih. Habis dia telek gift yg tuan rumah bagi. Baru makan sesuap dua kakak dah menjerit nak pegi toilet. Aku suruh tahan kejap dia geleng kepala. Terpaksa la aku mintak tolong adik aku pegang anak aku kejap. Aku mintak izin tuan rumah tumpang toilet. Sampai kat toilet kakak mmg dah tak tahan agaknya. Tak sempat aku nak duduk kan dia atas toilet bowl tu. Yang aku tak expect, lepas dia buang air kecil tu dia terduduk atas urine dia. Hmm terpaksa la aku bukak kain dia then basuh. Nasib baik aku bawak baju extra. Lepas settlekan kakak aku nampak mak aku sedang dukung adik. Adik dah melalak lalak. Dia memang dah tak mahu org lain selain aku. Nasib baik hubby aku dah habis makan dia pegi salinkan baju kakak. Lepas salin baju tu aku mintak dia ambil adik. Aku sambung makan balik lepas tu. Tak lama je pastu kakak datang bagitahu adik muntah, babah panggil. Hmm aku pun makan dengan cepat then attend to that matter pulak. Macam ni la kalau beranak kecil. Terpaksa terkejar ke sana ke mari.

Hari Ahad pulak we all satu family lunch di Chieng Mai sempena birthday aku dan kakak aku. Actually minggu depan tapi mak aku insist nak minggu ni gak. Tak per la ikutkan je la. Seperti biasa la adik tak nak dekat org so aku kena makan sambil pegang dia. Memang tak selesa tapi nak buat macam mana. Org yg anak nya boleh duduk diam diam boleh berbangga dengan aku la. Kadang kala aku rasa cam tak fair sebab hubby aku boleh makan dengan selesa tapi aku kena terkejar kejar buat semua benda nak makan pun kena cepat. Tapi what to do. Kalau aku makan dulu baru hubby aku makan nanti ada pulak org kata "mak dia ni pentingkan diri. Laki dia tunggu anak, dia makan dulu." Bak kata member aku, anak sakit mak kena, anak nakal mak kena, anak comot, mak kena. Pendek kata semuanya mak yg akan kena. Aku bukan merungut or what cuma aku rasa org yg in my position akan faham my situation. So this is not rungutan or keluhan tapi just something to share with everybody yg mengalami situation macam aku.

Shopping lagi...

Every weekend schedule aku filled with activities. Last Saturday aku ada appointment dgn Dr Sofiah kat SJMC. Follow up actually untuk kakak. Dia kata lung anak aku dah clear. Alhamdulillah syukur. Dari SJMC pegi ke Subang Parade pulak sebab nak htr adik aku jumpa member dia. Tapi disebabkan member dia dtg lambat adik aku cancel jer so we all window shopping kat situ. We all dok tgk blazer kat situ. Hmm mahal jugak so adik aku pun suggest pegi Sg Besi sebab dia kata kat situ ada satu kedai jual baju and blazer yg murah dan berkualiti. Maksud kualiti kat sini kain dia boleh tahan and design pun menarik. Harga dia less than 100. Aku pun berminat gak la nak tgk cemana rupanya so from Subang Parade we went to Sg Besi. Kakak, aku bagi makan roti kasi alas perut. Tak per anak aku tough. Lagipun tadi dah heavy breakfast kat SJMC. Sampai kat Sg Besi aku tgk ramai pelanggan dia adalah Cha Ya Nun Alif jer. Org sebangsa aku cuma aku dan adik aku serta 2 org (mak dan anak) Tak per la aku tak peduli la. So aku tgk mmg menarik blazer dia. Macam-macam jenis dan design. Nak kain lembut, keras semua ada. Blazer pendek, labuh pun ada. Boleh alter plak tu. Not bad at all. Anak aku yg tgh tido tu aku masukkan dalam pram je. Nasib baik tak bawak adik. Kakak yg dah besar bagak ni aku sumbat je dalam pram hehehe...Agaknya kalau mak mentua aku tgk mesti dia chop aku ni gila shopping. Yang menariknya ada jual kurta. Cantik dan murah sebab aku pernah tgk design yg lebih kurang harga dia mahal tapi kat situ bole dapat dalam 60 ringgit jer. Lama jugak la aku spend time kat situ baru balik rumah. So skrg aku dah tahu port baru untuk cari baju selain drp tpt biasa aku...hehe...

Friday, September 09, 2005

Sweet September

I always like September coz for me September is my month. My DOB, anniversary semuanya in September. Yesterday was my anniversary so aku pun amik cuti g berjalan jalan ngan hubby aku. Hantar kids g nursery then spend time together. Actually aku sebenarnya nak g tgk wayang tapi tgk cerita tak sedap la pulak. Setakat KL Menjerit 1 aku tunggu kat Astro Box office je la. Bukan mengata tapi hakikat. Tunggu la 2-3 bulan mesti show kat tv punya la. So cancel plan pegi tengok wayang. Aku spend time bershopping baju aku satu family. Lepas tu makan kat Cozy Corner sebab Vic Station tutup under construction. Lepas makan, mundar mandir kejap sekali lalu depan Primavera nya store. Hmm shoes...my passion for shoes mmg tak pernah padam. Aku memang suka kasut Primavera sebab selesa and cantik...pada pandangan aku ler...Ye la nak beli Manolo tak mampu la pulak sebab karang ada yg tak makan seminggu.
Aku ternampak satu pasang sandal ni. Cantik! Aku saja try tapi hubby aku dah kuar ayat "Bukan u dah beli 2 pasang kasut ke minggu lepas?" Aku pun jawab "ala itu kasut ni sandal lain la." Ada aje jawapan aku. Aku tengok harga dia pun bole tahan. Aku pernah aim sandal ni dulu tapi masa tu harga dia mahal. 100++ so skrg harga dia less than 50(diaorg nak habiskan stock) so aku grab jer la. Maybe outdated fashion dia tapi sebab aku dah suka kan..aku beli jer la. Tak kira la aku bukannya public figure nak jadi trend setter. Lantak la janji aku happy.
Mungkin hari ni tak de la happening sangat sebab tak de la candle light dinner or pegi cruise ker tapi aku still happy sebab dapat spend time bershopping ngan hubby aku tanpa perlu fikir kat mana nak susukan baby, nak bawak kakak pegi toilet la and so on...tahu jer la kalau bawak 2 org budak kecik bershopping. Semuanya kena pantas dan tepat. Tapi this time aku relax jer. Sempat makan aiskrim lagi walaupun flu tak reda lagi ni. Yang paling aku happy aku dapat beli kasut yg aku suka..hehe..well everybody's got their own interest. So this is mine. Hmm no wonder la kakak suka beli kasut / sandal. Dalam kereta aku penuh dengan sandal n kasut dia. tak masuk kat dalam shoe cabinet kat rumah lagi tu.
Lagi 2 minggu birthday aku pulak. Birthday aku ngan my sis sama hari bulan so esok we plan to treat my family member kat Restoran Chiengmai. Mak aku teringin sangat nak makan Ayam Pandan dia. Sedap betul katanya. Memang sedap pun. Walaupun awal dari tarikh tak per la aku tak kisah pun sebab on the day itself my sis tu nak lepak Istana Hotel and bole la aku tumpang sekaki hehehe...Malam tu nanti plan nak pegi karaoke..jadi ke? Aku dengan anak kecik ni nak pergi karaoke...hmmmm tengok jer la.

Wednesday, September 07, 2005

I really need a maid! Tapi hubby aku tak nak la pulak. Alasan dia tak ada privacy. nanti nak balik kpg kena mengangkut maid ikut balik.

Rasa cam nak tercabut urat ngan tulang aku ni semua sebab nak handle anak anak aku ni. Last week kakak tampar muka adik. Dah la adik demam 4 hari. Bengkak muka adik. 2 kali bawak adik pegi klinik. Semalam pulak masa aku sidai kain kakak pijak belakang adik. Nasib baik la aku sempat halang tapi kakak sempat pijak sampai adik tertiarap. Isk kakak ni kan sejak dua menjak ni suka betul sakat adik dia tau. Aku rasa dia jealous ngan adik. Adik pun bole tahan melawan jugak. Dia tarik rambut kakak. Walaupun dia tak bole berjalan lagi tapi dah pandai melawan. Aku dah tak larat sangat. Aku bole faham perasaan Lynette dlm Desperate Housewives tu. Ya Allah beri la aku kekuatan nak handle anak anak aku ni.

Minutes Of Meeting

Aku first time buat minit meeting kali ni(untuk project besar, minit sekolah atau team discussion toksah ambik kira la). Hmm tak mudah juga ye nak tulis minit ni. Aku ingatkan sebelum ni macam tulis blog jer rupanya rumit juga yea. Bagi aku minute writer perlu tahu beberapa aspek :

1. Faham objective meeting tersebut
2. Tahu bagaimana nak capture apa yg sedang diperbincangkan
3. Tahu apa yg diperbincangkan (sounds like the first one but different actually)
4. Know how to write it(grammar and vocab kena bagus gak ler)
5. Seek for clarification

So kesimpulannya bila buat minit ni kena la carry juga tanggungjawabnya sebab most people akan refer to minutes of meeting. Kalau salah buat minit boss for sure akan query punya. Itu tak kena la ini tak kena la. Daripada contents sampaila ke grammar semua dikomennya. Kurang bernasib baik kalau boss kecik2 ni turut menyampuk. Ini kisah benar la sebab pernah seorang minute writer dikomen terang terangan di hadapan semua orang dalam satu meeting. Aku yg berada di situ turut bersimpati jugak la kat individu tersebut tapi apa nak buat aku org kecil.
Back to my first time ever experience of writing MOM, after lunch aku start compiling everything. Sampai ke petang aku siapkan satu MOM. Seorang PM ni gelakkan aku sebab tak siap siap lagi MOM aku…hehehe..saya budak baru belajar. At last siap jugakla walaupun payah gak la aku kene seek sana sini. Tapi aku tak bagitahu pun kat immediate superior aku yg aku tak pernah buat minit sebelum ni. (Never tell your boss you cannot do it before you ever try it. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Nanti dia tak respect kita as org bawahan and as a person.)

Ala setakat minit koman biasa biasa tu aku tak kira sebab bukan ada orang baca pun sebelum ni. Ini minit yg pastinya CEO akan baca punya so gerun la sikit sebab the way u write it akan give impact punya. CEO aku ni pulak jenis baca to the very details. Sejak dah nak CMMI certified ni lagi la MOM pun kena ada template. Kena standardkan semua MOM so tak ada la projek guna style lelain.
MOM akan jadi evidence untuk setiap keputusan atau situation rationale.
Dah la aku ni Cuma penulis blog suka suka jer. Blog pulak bukan jenis ramai pembaca punya hehehe..(aku menulis bukan kerna nama)<--aku petik drp satu lirik lagu, tak ingat tajuk dia.
Kalau aku jadi PM, aku akan rotate setiap seorang drp team aku untuk write a minute during meeting. Nak tahu apa sebabnya, supaya diaorg akan belajar focus to the discussions. Selalunya kalau dalam meeting tu, I’m talking about me la…orang lain aku tak tahu, kalau tak berkaitan dengan aku, aku malas nak ambil pusing, so lepas ni aku tak bole buat camtu lagi. Tak baik kan. Hopefully kalau aku jadi ketua esok esok tak de la anak buah ikut perangai tak semenggah aku tu.

Ok la this is only my point of view of MOM.