Minutes Of Meeting
Aku first time buat minit meeting kali ni(untuk project besar, minit sekolah atau team discussion toksah ambik kira la). Hmm tak mudah juga ye nak tulis minit ni. Aku ingatkan sebelum ni macam tulis blog jer rupanya rumit juga yea. Bagi aku minute writer perlu tahu beberapa aspek :
1. Faham objective meeting tersebut
2. Tahu bagaimana nak capture apa yg sedang diperbincangkan
3. Tahu apa yg diperbincangkan (sounds like the first one but different actually)
4. Know how to write it(grammar and vocab kena bagus gak ler)
5. Seek for clarification
So kesimpulannya bila buat minit ni kena la carry juga tanggungjawabnya sebab most people akan refer to minutes of meeting. Kalau salah buat minit boss for sure akan query punya. Itu tak kena la ini tak kena la. Daripada contents sampaila ke grammar semua dikomennya. Kurang bernasib baik kalau boss kecik2 ni turut menyampuk. Ini kisah benar la sebab pernah seorang minute writer dikomen terang terangan di hadapan semua orang dalam satu meeting. Aku yg berada di situ turut bersimpati jugak la kat individu tersebut tapi apa nak buat aku org kecil.
Back to my first time ever experience of writing MOM, after lunch aku start compiling everything. Sampai ke petang aku siapkan satu MOM. Seorang PM ni gelakkan aku sebab tak siap siap lagi MOM aku…hehehe..saya budak baru belajar. At last siap jugakla walaupun payah gak la aku kene seek sana sini. Tapi aku tak bagitahu pun kat immediate superior aku yg aku tak pernah buat minit sebelum ni. (Never tell your boss you cannot do it before you ever try it. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Nanti dia tak respect kita as org bawahan and as a person.)
Ala setakat minit koman biasa biasa tu aku tak kira sebab bukan ada orang baca pun sebelum ni. Ini minit yg pastinya CEO akan baca punya so gerun la sikit sebab the way u write it akan give impact punya. CEO aku ni pulak jenis baca to the very details. Sejak dah nak CMMI certified ni lagi la MOM pun kena ada template. Kena standardkan semua MOM so tak ada la projek guna style lelain.
MOM akan jadi evidence untuk setiap keputusan atau situation rationale.
Dah la aku ni Cuma penulis blog suka suka jer. Blog pulak bukan jenis ramai pembaca punya hehehe..(aku menulis bukan kerna nama)<--aku petik drp satu lirik lagu, tak ingat tajuk dia.
Kalau aku jadi PM, aku akan rotate setiap seorang drp team aku untuk write a minute during meeting. Nak tahu apa sebabnya, supaya diaorg akan belajar focus to the discussions. Selalunya kalau dalam meeting tu, I’m talking about me la…orang lain aku tak tahu, kalau tak berkaitan dengan aku, aku malas nak ambil pusing, so lepas ni aku tak bole buat camtu lagi. Tak baik kan. Hopefully kalau aku jadi ketua esok esok tak de la anak buah ikut perangai tak semenggah aku tu.
Ok la this is only my point of view of MOM.
<< Home