Majlis Bertunang
Kalau siang aku sibuk dengan activity shopping, malam pulak ada invitation pergi majlis bertunang sepupu aku kat Bukit Damansara. Hmm majlis bertunang jer tapi grandnya mengalahkan majlis kahwin. Ye la org ada byk duit so tak kisahla kan. Hantaran dia jer dah 5 angka. Hmm dua kali ganda lebih drp hantaran aku. Ye la aku kahwin 5 thn lepas, minyak pun dah naik harga drp masa tu 1.10 skrg dah 1.65.
Anak datuk sama anak datuk kahwin. Ini la namanya enggang sama enggang. Masa makan tu kami dihidangkan dengan nasi beriyani. Makan ala ala hotel gitu. Ada course bagai. Tapi yg kurengnya adik tak nak dekat org lain. So aku terpaksa makan sambil pegang dia. Sambil tu pulak suap kakak makan. Kakak walaupun dah pandai makan sendiri tapi biasa la budak kecik ni kadang kadang main je lebih. Habis dia telek gift yg tuan rumah bagi. Baru makan sesuap dua kakak dah menjerit nak pegi toilet. Aku suruh tahan kejap dia geleng kepala. Terpaksa la aku mintak tolong adik aku pegang anak aku kejap. Aku mintak izin tuan rumah tumpang toilet. Sampai kat toilet kakak mmg dah tak tahan agaknya. Tak sempat aku nak duduk kan dia atas toilet bowl tu. Yang aku tak expect, lepas dia buang air kecil tu dia terduduk atas urine dia. Hmm terpaksa la aku bukak kain dia then basuh. Nasib baik aku bawak baju extra. Lepas settlekan kakak aku nampak mak aku sedang dukung adik. Adik dah melalak lalak. Dia memang dah tak mahu org lain selain aku. Nasib baik hubby aku dah habis makan dia pegi salinkan baju kakak. Lepas salin baju tu aku mintak dia ambil adik. Aku sambung makan balik lepas tu. Tak lama je pastu kakak datang bagitahu adik muntah, babah panggil. Hmm aku pun makan dengan cepat then attend to that matter pulak. Macam ni la kalau beranak kecil. Terpaksa terkejar ke sana ke mari.
Hari Ahad pulak we all satu family lunch di Chieng Mai sempena birthday aku dan kakak aku. Actually minggu depan tapi mak aku insist nak minggu ni gak. Tak per la ikutkan je la. Seperti biasa la adik tak nak dekat org so aku kena makan sambil pegang dia. Memang tak selesa tapi nak buat macam mana. Org yg anak nya boleh duduk diam diam boleh berbangga dengan aku la. Kadang kala aku rasa cam tak fair sebab hubby aku boleh makan dengan selesa tapi aku kena terkejar kejar buat semua benda nak makan pun kena cepat. Tapi what to do. Kalau aku makan dulu baru hubby aku makan nanti ada pulak org kata "mak dia ni pentingkan diri. Laki dia tunggu anak, dia makan dulu." Bak kata member aku, anak sakit mak kena, anak nakal mak kena, anak comot, mak kena. Pendek kata semuanya mak yg akan kena. Aku bukan merungut or what cuma aku rasa org yg in my position akan faham my situation. So this is not rungutan or keluhan tapi just something to share with everybody yg mengalami situation macam aku.
<< Home