Thursday, September 29, 2005

Down with Fever

Dua hari aku dapat mc kali ni. Dah lama tak mc yg betul betul sakit. Sebelum ni selalunya dapat mc sebab kene jaga anak sakit. So lain la sket. Aku flat betul 2 hari ni. Tak larat. Dengan batuk, pastu mata pun sakit then phlegm byk. Isk teruk aku sakit kali ni. Maybe aku terlalu penat agaknya.

Anak aku plak bila aku saje tanya dia, kakak mama sakit ni kalau mama mati nanti tak de sapa nak jaga kakak tau. Nak tahu apa jawab dia... "Kalau mama mati nanti mama jadi hantu tak?" Sabar jer la. Sapa ajar dia ntah jawab macam tu.

Budak budak sekarang makin petah bercakap. Tak macam budak budak dulu.Sekarang dah pandai demand lak tu. Birthday cake nak bentuk fish macam Nemo. Birthday gift nak Barbie. Beg, selipar semua Barbie. Tak kuasa aku nak layan sangat. Latest ni sibuk nak pakai sunglasses pulak dah. Dia bukan pakai pun tapi letak kat rambut jadi ala ala cekak. Kira vogue ler tu. Aku tak de digicam plak nak shoot satu gambar dia bergaya ala ala model Vogue. Kalau ada bole aku letak pose dia satu kat sini. Miza pun komen kata kekecik dah pandai bergaya. Ni dakyah Che' Na (adik aku) dia ler ni. Budak budak skrg makin advance. Pastu pagi tadi aku terserempak dengan mak Misha dekat nursery, dia cakap Misha sibuk suruh dia beli beg Barbie macam Yaya. Hmm normal la tu, duduk kat nursery mcm mcm exposure dapat. Ada satu hari tu dia ngomel kat aku ...dia cakap, "Mama tadi Ain kata selipar barbie kakak tak cantik." Aku jawab apa tau, "Kakak rasa cantik tak selipar kakak tu?" Dia angguk, then aku sambung balik "Kalau kakak rasa cantik ok la. Buat apa nak peduli Ain kata apa. Bukan dia punya selipar pun." Hehehe..bila aku dah jawab macam tu baru aku terasa yg anak aku ni bukan budak berumur 12 tahun tapi baru 2 tahun nak masuk 3 tahun. Tapi tak per la aku bukan ajar dia benda yg jahat. Aku cuma tak nak self-esteem dia rendah. Jangan peduli sangat kata kata yang kurang membina. Ni aku belajar drp sorang ex-opismate aku ler. Dia cakap kita kene pupuk self-esteem anak kita supaya diaorg berani menghadapi kritikan.

Bukan apa, cuma berdasarkan satu kes benarlah, berkisar tentang seorang Hamba Allah ni. Dia mempunyai self-esteem yg tersangatlah rendahnya sehinggakan dia terlalu tertekan dan akibatnya jadi inferior. Puncanya semasa dia bersekolah kawan kawan kritik dia macam-macam tapi tak boleh nak defend diri dia. At last perkara tu jadi tekanan yang amat teruk dan mengakibatkan dia sakit mental. Sekarang ni bukan IQ jer jadi ukuran tetapi EQ juga memainkan peranan penting. Hmm out of topic nampaknya aku..hehe...dari citer demam melalut lak sampai EQ....hehehe...