Friday, September 09, 2005

Sweet September

I always like September coz for me September is my month. My DOB, anniversary semuanya in September. Yesterday was my anniversary so aku pun amik cuti g berjalan jalan ngan hubby aku. Hantar kids g nursery then spend time together. Actually aku sebenarnya nak g tgk wayang tapi tgk cerita tak sedap la pulak. Setakat KL Menjerit 1 aku tunggu kat Astro Box office je la. Bukan mengata tapi hakikat. Tunggu la 2-3 bulan mesti show kat tv punya la. So cancel plan pegi tengok wayang. Aku spend time bershopping baju aku satu family. Lepas tu makan kat Cozy Corner sebab Vic Station tutup under construction. Lepas makan, mundar mandir kejap sekali lalu depan Primavera nya store. Hmm shoes...my passion for shoes mmg tak pernah padam. Aku memang suka kasut Primavera sebab selesa and cantik...pada pandangan aku ler...Ye la nak beli Manolo tak mampu la pulak sebab karang ada yg tak makan seminggu.
Aku ternampak satu pasang sandal ni. Cantik! Aku saja try tapi hubby aku dah kuar ayat "Bukan u dah beli 2 pasang kasut ke minggu lepas?" Aku pun jawab "ala itu kasut ni sandal lain la." Ada aje jawapan aku. Aku tengok harga dia pun bole tahan. Aku pernah aim sandal ni dulu tapi masa tu harga dia mahal. 100++ so skrg harga dia less than 50(diaorg nak habiskan stock) so aku grab jer la. Maybe outdated fashion dia tapi sebab aku dah suka kan..aku beli jer la. Tak kira la aku bukannya public figure nak jadi trend setter. Lantak la janji aku happy.
Mungkin hari ni tak de la happening sangat sebab tak de la candle light dinner or pegi cruise ker tapi aku still happy sebab dapat spend time bershopping ngan hubby aku tanpa perlu fikir kat mana nak susukan baby, nak bawak kakak pegi toilet la and so on...tahu jer la kalau bawak 2 org budak kecik bershopping. Semuanya kena pantas dan tepat. Tapi this time aku relax jer. Sempat makan aiskrim lagi walaupun flu tak reda lagi ni. Yang paling aku happy aku dapat beli kasut yg aku suka..hehe..well everybody's got their own interest. So this is mine. Hmm no wonder la kakak suka beli kasut / sandal. Dalam kereta aku penuh dengan sandal n kasut dia. tak masuk kat dalam shoe cabinet kat rumah lagi tu.
Lagi 2 minggu birthday aku pulak. Birthday aku ngan my sis sama hari bulan so esok we plan to treat my family member kat Restoran Chiengmai. Mak aku teringin sangat nak makan Ayam Pandan dia. Sedap betul katanya. Memang sedap pun. Walaupun awal dari tarikh tak per la aku tak kisah pun sebab on the day itself my sis tu nak lepak Istana Hotel and bole la aku tumpang sekaki hehehe...Malam tu nanti plan nak pegi karaoke..jadi ke? Aku dengan anak kecik ni nak pergi karaoke...hmmmm tengok jer la.