Friday, October 28, 2005

Selamat Hari Raya

Raya is around the corner. Syoknya nak raya....Hmm last week aku amik cuti sehari sebab nak pegi interview kat kl. Aku park kereta kat open parking bukan kat basement sebab aku tak jumpa kat mana parking basement building tu. The interview went well tapi bila aku nak balik nak keluar dr parking tu aiyaa..something happened. Masa aku nak reverse tu aku terhentam kereta belakang. Dalam hati aku dah berdebar dah. Sekali aku pusing tengok Merc yang aku hentam. Aku terpk eh takkan Merc ni tak berbunyi alarm dia, belum pun sempat aku habis berpk dah berbunyi alarm dia. Alamak panik aku kejap. Aku pun apa lagi cepat cepat keluarkan kereta pastu keluar dari parking. Sebelum aku keluar tu aku sempat jengah sat teruk ker aku hentam Merc tu sekali tu tengok tak de tercalar sket pun. Alarm jer lebih. Lega sket aku walaupun dah bersalah. Aku pun tengok kereta aku tak ada apa apa pun. Bumper pun tak jatuh kira okey ler tuh. Meaning aku tak hentam kuat pun. Just touch sket jer ala ala cuit gitu. Kalau ler lampu dia pecah ker hai mahu habis gaji aku sebulan kot. Ye la Merc tu jer harga dia lebih setengah juta. Plat baru lak tu. Setakat spare part dia aku rasa mahu beribu kot. sesilap bole buat downpayment Gen2 hehehe...

Anyway since raya is approaching, aku nak mintak maap bebanyak kat owner Merc tu. Jgn ler mare. Pada semua, PS nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Terkasar bahasa atau tersinggung dengan tulisan PS ni mintak maap le bebanyak. Pada sesiapa yg kenal tu sudikan la berkunjung ke rumah. Insya Allah PS hidangkan kuih raya bukan biskut kering. So everybody, Selamat Bercuti!

Thursday, October 20, 2005

Loyalty

Hari ni aku happy sebab pagi lagi dapat hadiah harijadi daripada Celcom. Walaupun belated tapi dapat hadiah memang satu perkara yg amat menggembirakan. Celcom siap hantar surat loyalty lagi kat aku. Macam ni ler servis yg diharapkan. Menghargai pelanggan yg setia. Aku suka hadiah ni sebab praktikal untuk aku yg beranak kecil ni sebab boleh travel sambil bawak makanan panas. Aku memang pernah terfikir nak beli tapi asyik aku tangguhkan aje keinginan tu sebab bagi aku belum sampai masanya. Tak sangka apa yg pernah aku harapkan memang jadi kenyataan. Aku suka aje kalau benda benda yg praktikal ni sebab memudahkan urusan.

Orang datang tempat aku hari ni asyik dok tanya jer aku menang apa bole dapat hadiah tu tapi puas aku jawap, birthday gift drp Celcom. Sampai boss pun tanya gak kenapa aku bole dapat tapi dia tak dapat. Tapi tak lama lepas tu dia jawab balik sendiri, belum sampai birthday dia..hehehe..apa la. Dah tahu lagi mahu tanya.

Pagi Yg Indah


Aku bangun pagi ni dengan segarnya sebab semalam aku pasang Beyond Plasma Air Purifier. Best giler aku rasa bende ni sebab masa aku pasang ngan hubby aku then letak kat bilik, aku tgk indicator light dia warna jingga meaning ada kekotoran sket kat udara dalam bilik tu. Pastu sekejap tu turn to green meaning dah bersih. After few hours which masa aku bangun sahur aku nampak indicator tu turn to orange balik. Aku memula heran gak kejap pastu bila aku bukak pintu belakang nak buang sampah, baru aku realize udara kat luar mmg sedang tak bersih. Well aku duduk kat area yg memang udara tak bersih sgt so i know how to differentiate kalau udara tu mmg bersih, tak bersih sgt atau mmg teruk gile. Even sejak aku pindah sini pun aku punya asthma and sinus makin menjadi jadi. Tapi malam tadi best sebab dapat tido dengan udara yg bersih dan nyaman. One thing good about this product, dia portable and filter dia bole cuci. Ada mode debunga which boleh bersihkan kulat dan sporanya yg ada dalam ruang udara di rumah. Jangan pandang ringan pada kulat ni tau sebab dia boleh infect kita dengan senyap. Kalau immuniti rendah silap hari bulan bole mati tetiba sebab body dah deteriorate dari dalam. Ini sebab aku tgk CSI ler ni.

Price? Hmm not so expensive compared to others. Well aku pernah jumpa yg harga dia 5x ganda lebih mahal. Lagipun this thing bole cover bigger capacity. Aku memang dari dulu lagi nak beli this product sebab aku asthmatic and my daughter pun sama jugak. Aku dah ingat nak beli electrolux punya sebab ada member aku recommend tapi biasa la bila kita nak beli mesti tengok dulu yg lelain sekali kan. Ada brand lain yg lebih mahal tapi tapi yg membuatkan aku tertarik nak beli this product sebab aku dapat pulangan lumayan. Daripada segi duit dan penggunaan. Kalau aku beli dengan Electrolux, yes definitely aku akan dapat productnya yang penggunaannya hampir sama tapi kalau aku beli this product, aku dapat discount plus duit yg diberikan oleh syarikat yg menjual produk ni. As if i'm shopping and getting some money back for me to shop more. Best juga so why not aku beli jer product ni. Untuk sesapa yg ada baby and asthma lagi, i think this product is a MUST. Kalau tak ada duit lump sum nak beli ada member aku bole arrangekan macam mana nak beli dengan several payments. Well i'm not promoting but just sharing something good for everybody. Bak kata 3R "Yg baik berterusan"

Wednesday, October 19, 2005

Song selection

After listening to Green Day song "Wake me up when Sept ends" ni aku rasa best lagu ni. Well aku tak tahu lagu ni baru ke lama sebab aku skrg bukan lagi jenis mengikuti sangat perkembangan muzik. Cukup sekadar menjadikannya halwa telinga sahaja. But i like this song, the melody especially. Lyrics aku rasa biasa je. Kalau ikutkan lyrics, aku prefer lagu Daughters by John Mayer. Kat bawah ni aku pastekan lyric dia. Simple yet meaningful.

Daughters
I know a girl
She puts the color inside of my world
but she's just like a maze
Where all of the walls all continually change

And I've done all I can
To stand on her steps with my heart in my hands
Now I'm starting to see
Maybe it’s got nothing to do with me

Fathers, be good to your daughters
Daughters will love like you do
Girls become lovers who turn into mothers
So mothers, be good to your daughters too

Ooh, you see that skin?
It's the same she's been standing in
Since the day she saw him walking away
Now she's left
cleaning up the mess he made

So fathers, be good to your daughters
Daughters will love like you do
Girls become lovers who turn into mothers
So mothers, be good to your daughters too

Boys, you can break
You find out how much they can take
Boys will be strong
And boys soldier on
But boys would be gone without warmth from
A woman's good, good heart

On behalf of every man
looking out for every girl
You are the god and the weight of her world

So fathers, be good to your daughters
Daughters will love like you do
Girls become lovers who turn into mothers
So mothers be good to your daughters, too

Tuesday, October 18, 2005

Tired and fedup

Sebelum ni aku berbual dengan member aku, dia tanya kenapa lately status YM aku sounds "tension". Hmm mmg lately aku tension. Tension dengan kerja aku ni. Tension dengan company aku ni. Well, aku bukannya nak boss tatang aku macam menatang minyak yg penuh cuma aku rasa cukup sekadar dia notice kehadiran staff yg dah berkhidmat more than 5 years ni and bagi la something as a token of appreciation. Contohnya bagila insentif yg menarik sket selain drp cuti tambah 3 hari tu. Bukan banyak pun at least bagi elaun lebih sket ker untuk menunjukkan company appreciate dengan kesetiaan staff. Cuba la tiru macam company lain yg after 5 years of service dapat pergi umrah free ke, revise gaji ke, atau apa apa la yg pernah company lain buat untuk menjaga kesetiaan staff yg berkhidmat. Pernah aku kena sound tak setia oleh somebody important dlm company aku bila aku apply untuk keluar dan pergi ke parent company. Tapi setia ku disini tak dihargai. Aku bukan nak cakap besar la tapi seingat aku masa aku bujang dulu kerja kekuat tak balik rumah pun pernah tapi tak merungut pun bila tak dapat imbuhan besar sebab tahu company masa tu tak de duit yg banyak nak bayar. Yet we all still buat kerja macam biasa jugak. After balik from South Africa kerja teruk sampai aku miscarriage tapi yg asyik diungkit oleh sorang mamat boss ni ialah banyak duit we all terima sebab outstation sampai berpuluh ribu. Aku nak aje jawab kat dia balik, memang patut pun kami terima sebanyak itu sebab berjauhan dengan keluarga, kerja pun teruk bila balik. Ingat kami ni goyang kaki apa? Tapi bila pk balik org tua. Kalau setakat baya aku dah lama rasanya aku bergaduh dengan dia. Ini la namanya buduh tak leh diajar.

So far application kerja aku tak berjawab, ada la few tapi from small companies offer less than what i'm getting now. Hmm aku dah bingung and bosan juga.

Friday, October 14, 2005

Laughter is always the best medicine

Aku akui betul dengan statement ni sebab kejap tadi aku kene penyakit malas. Memang malas gegila. Even nak tulis blog pun malas jangan kata nak buat keje lain. So kejap tadi aku berbalas balas voice sms ngan opis mate aku. Well, this is a new product. We all tgh peringkat testing lagi. Actually aku ajar DBA aku mcm mana nak record message sebab dia ni nama jer DBA tapi nak pakai system ni pun tak reti. Aku pun kata dia koro. But as usual, DBA aku ni jenis tak kisah. Dia gelak and aku pun gelak sama. Lepas berbalas balas sms and forward sms dia bole tanya aku sapa yg kene bil. Aku jawab of course la ko kena sebab A party tadi ko. Aku gelakkan dia sebab as DBA itu pun tak tau...Member pun terus cari record nak padam konon tapi lepas tu aku cakap la tengah testing mana kene bil. Lepas ni diaorg akan padam data tu and tak hantar pun CDR. Lepas launching nanti akan kene bil. Lepas bergelak ketawa ngan dia baru aku rasa bersemangat balik. Walaupun orang lain mungkin tak faham apa yg we all gelakkan tapi tak kisah la. Kalau tadi aku rasa malas yg amat tapi sekarang aku rasa macam pokok baru lepas kena siram ngan air. Fresh! So baru aku bole buat keje dengan baik pas ni.

Kesimpulannya pada sesiapa yg jadi boss atau bakal boss kalau nampak anak buah cam malas je nak buat keje, ajak la bergelak ketawa mesti lepas tu bersemangat balik. At least bole recharge bateri yg dah lemah tu.

Tuesday, October 11, 2005

Testing

Aku datang lambat sket ari ni sebab hujan. Ni yang rasa cam nak beli keter satu lagi nih. Aku ingat kalau nak beli keter pun nak beli Kancil jer la buat belasahan. Tak yah beli keter besar sebab Kancil road tax murah hehehe...kedekut ke aku? Nope i don't think so. Itu jimat namanya. Big diff beb.

Sampai je aku kat opis mamat boss yg dah tak jadi boss aku tu dtg menempek kat tpt aku suh aku test something hehehe...tunjuk terer..hehhe tak per la kasi can. Lagipun bukan selalu. Sekali bila test tak bole masuk gak. Member pun boring aaa. Aku tanya sapa buat settings? Dia cakap dia buat sendiri. Hehehe aku dah agak. Sambil tu sempat jek diri sendiri kata expert bab explore ni. Whatever la encik oii.... Aku dengar jer la.

Lepas tu tengahari pegi Exchange plak buat testing ngan developer. Minah ni beriya suh aku test walaupun aku dah cakap 2nd phase. Sekali test 100% fail. Bukan apa aku dah bagitahu aku tak masukkan test case untuk 1st phase. Dia nak jugak masukkan tapi bila dah fail dia merayu plak kat aku suruh keluarkan. Hehe..aku tak masukkan pun lagi. Nasib baik. Tu ler aku cakap byk kali tanak dengar. Nak jugak dengar cakap dia. Lain kali dengar ler ckp org lain sama.

Monday, October 03, 2005

Life is not fair or is it?

Aku bosan sungguh atas beberapa sebab. Kadang kadang aku rasa Mgmt kat opis aku ni macam pilih kasih pun yea jugak. Lepas dapat increment ari tu mulanya aku rasa biasa jer. Tak kisah la alhamdulillah dapat jugak increment. Tapi bila aku tanya ada sorang mamat ni dia dapat berapa(tu ler yg gi menyebok apsal)dia kata dapat sama ngan aku, aku heran bin ajaib sebab dia tak buat apa kerja pun bole dapat sama ngan aku. SAMA?! Aikk...mamat ni kerja makan tido, bergayut kat tepon and tak buat apa apa pun boleh dapat sama ngan aku yg kerja berhempas pulas bagai nak rak ni and sakit sebab tak cukup rehat ni???? Arghhh bukan jealous atau iri hati atau apa tapi kenapa dia yg bole duduk goyang kaki aje boleh dapat sama ngan aku. Haiiii adil ke tidak ni? Aku bukan kata aku ni rajin kerja atau apa cuma kenapa dia bole berehat dan dapat imbuhan yg sama dengan aku yg berhempas pulas bekerja. Nak kata dia anak bos tidak sama sekali, nak kata dia bos punya pet pun tidak juga tapi...alahai....
Entah la aku rasa sungguh tak puas hati betul. Ada juga 2-3 org yg sama gak macam tu. Ada yg dengan penuh berbangga cakap dia tak kerja keras pun dapat sama dengan aku. Kecewakah aku? Ya aku memang kecewa. Bukan kecewa sebab apa cuma aku rasa aku ditindas. Adakah semata mata kerana aku ni perempuan diaorg boleh buat aku macam ni? Lagi la aku rasa patut aku kena cari kerja lain....