Life is not fair or is it?
Aku bosan sungguh atas beberapa sebab. Kadang kadang aku rasa Mgmt kat opis aku ni macam pilih kasih pun yea jugak. Lepas dapat increment ari tu mulanya aku rasa biasa jer. Tak kisah la alhamdulillah dapat jugak increment. Tapi bila aku tanya ada sorang mamat ni dia dapat berapa(tu ler yg gi menyebok apsal)dia kata dapat sama ngan aku, aku heran bin ajaib sebab dia tak buat apa kerja pun bole dapat sama ngan aku. SAMA?! Aikk...mamat ni kerja makan tido, bergayut kat tepon and tak buat apa apa pun boleh dapat sama ngan aku yg kerja berhempas pulas bagai nak rak ni and sakit sebab tak cukup rehat ni???? Arghhh bukan jealous atau iri hati atau apa tapi kenapa dia yg bole duduk goyang kaki aje boleh dapat sama ngan aku. Haiiii adil ke tidak ni? Aku bukan kata aku ni rajin kerja atau apa cuma kenapa dia bole berehat dan dapat imbuhan yg sama dengan aku yg berhempas pulas bekerja. Nak kata dia anak bos tidak sama sekali, nak kata dia bos punya pet pun tidak juga tapi...alahai....
Entah la aku rasa sungguh tak puas hati betul. Ada juga 2-3 org yg sama gak macam tu. Ada yg dengan penuh berbangga cakap dia tak kerja keras pun dapat sama dengan aku. Kecewakah aku? Ya aku memang kecewa. Bukan kecewa sebab apa cuma aku rasa aku ditindas. Adakah semata mata kerana aku ni perempuan diaorg boleh buat aku macam ni? Lagi la aku rasa patut aku kena cari kerja lain....
<< Home