Loyalty
Hari ni aku happy sebab pagi lagi dapat hadiah harijadi daripada Celcom. Walaupun belated tapi dapat hadiah memang satu perkara yg amat menggembirakan. Celcom siap hantar surat loyalty lagi kat aku. Macam ni ler servis yg diharapkan. Menghargai pelanggan yg setia. Aku suka hadiah ni sebab praktikal untuk aku yg beranak kecil ni sebab boleh travel sambil bawak makanan panas. Aku memang pernah terfikir nak beli tapi asyik aku tangguhkan aje keinginan tu sebab bagi aku belum sampai masanya. Tak sangka apa yg pernah aku harapkan memang jadi kenyataan. Aku suka aje kalau benda benda yg praktikal ni sebab memudahkan urusan.
Orang datang tempat aku hari ni asyik dok tanya jer aku menang apa bole dapat hadiah tu tapi puas aku jawap, birthday gift drp Celcom. Sampai boss pun tanya gak kenapa aku bole dapat tapi dia tak dapat. Tapi tak lama lepas tu dia jawab balik sendiri, belum sampai birthday dia..hehehe..apa la. Dah tahu lagi mahu tanya.
<< Home