Friday, July 29, 2005

CMMi Training

Smlm team aku conduct training cmmi utk our organization. Well, sambutannya tak menggalakkan sangat,maksud aku dari segi kedatangan la.. Maybe they don't bother nak adakan proses dlm company ni but i also don't bother as long as commitment from Top Level Management ada. Yg lain tu kalau tak nak lantak korang la. Masa presentation tu ada presenter yg macam tak bersedia jer. hmm ada sorang tu aku tak salahkan dia sangat la sebab original presenter tak dtg. Macam ni la kalau keje dalam satu team yg mana ketua nya tak ada cukup power utk mengheret org yg tak bertanggungjawab ke muka pengadilan. Which is aku la. Ye la aku taraf executive jer diaorg tu taraf Mgr. So kiranya apa kelas la aku nak sound diaorg kan. Tapi aku tak kira lepas ni aku nak bagi showcause letter. Bukan sebab peribadi tapi sebab diaorg ni tak commited dengan kerja yg dah dipertanggungjawabkan. Macam ada sorang boss besar ni pulak sajer je nak kenakan aku. Tanya soklan buduh. Aku jawab soklan dia balik dia diam kejap. tapi kejap jer dia diam. Pastu aju balik soklan buduh lain. Boring pulak aku. Tu ler tak nak byk membaca. That's why tak reti nak buat keje. Asyik tahu nak pas keje kat org lain jer.
Nauzubillah ..jauh kan la aku daripada menjadi Mgr mcm dia ..kalau aku jadi mgr la..

Thursday, July 21, 2005

Work or not to work...

Masuk hari ni dah 4 hari berturut turut aku g keje lambat. Aku bangun macam biasa jer tapi byk pulak bende yg nak kene settle pagi pagi skrg. Adik pun tak berapa sihat. Aku ingat nak EL jer ari ni tadi tapi bila kenangkan banyak keje perlu di settle kan aku pun terpaksa la bangun. Adik dah bole nak duduk and nak berdiri. Dia dah banyak kali terjatuh. Ada di depan mata aku sendiri ada yg tak. Risau pulak aku budak budak jatuh ni tapi semalam aku g jumpa doc kat depan umah tu dia kata ada few symptom yg kita bole perhatikan untuk kenal pasti serius atau tak kecederaan dia. So lega sket aku dengar.

Pinky citer kat aku masa tgh breakfast tadi tentang perkembangan zhulian dia. Suka aku dengar ada kawan aku yg berjaya. Selalunya dok dengar org lain jer yg berjaya dalam MLM ni. Tak pe pink insya Allah lepas aku settle keje aku ni aku join la ko buat. Bukan tak nak buat tapi there are things that i need to settle first. First thing first.

Sekarang kerja aku bertimbun timbun. Nak pulak sekarang ada opis mate yg tak leh nak carry on dgn kerja nya, lagi la penat aku nak take over kerja dia. Susah ke kerja aku ni? Tak de la susah sangat cuma byk and tedious jer. Aku sendiri pun masih belajar dalam bidang aku ni. Ye la dulu start as analyst programmer pastu tetiba kene jadi tester. Satu hal dalam company aku ni tester ni merangkap QA. Jadi kena la jadi seorang yg serba bole dalam company aku ni. Kerja kat company aku ni bole gak la tahan sebab pressure cuma dalam kerja tapi bukan pada persekitaran. Environment kerja menarik sebab tak ada politik opis. Cuma yg kurang menarik adalah gaji. Gaji tak se best tempat lain la. Kalau nak dibandingkan dengan batch aku ada yg gaji lebih tinggi drp aku dengan position yg sama. Tapi kalau nak banding dari segi lain company ni bole la tahan. bak kata ex-opis mate aku yg kerja di satu company BERHAD skrg, dengan ekonomi yg tak tentu sangat ni dapat sustain kerja and gaji skrg dah patut bersyukur. Aku quote kata dia eh "Kalau company dia skrg kene bersaing dengan bangsa asing itu pun belum tentu kita akan dihargai. Increment hanya RM100 setahun." Bila pk kan balik ok lagi kerja kat company aku ni sebab tak de la increment 100 inggit jer walaupun incrementnya dekat hujung tahun. Tapi tahun ni tatau lagi ada ke tak sebab tahun ni katanya company rugi. Hmm...itu part yg tak best nya plak.

Eh byk la kalau nak tulis..aku nak g rehat dulu la nanti sambung...hehhhe

Tuesday, July 19, 2005

Aku tukar wajah blog aku ni. Ye lah kasi elok sket sebab ari ni aku rasa cam nak tukar walaupun kerja aku byk tapi i manage to find time to change the look of my blog hehehe...

Aku tgk Khalid Jamlus bg komen kat blog aku. Hmm citer pasal aku minat AF. Dulu maybe la but since delinn tak de aku dah tak aktif tgk diari AF tu dah and in fact last week aku tak tgk pun konsert tapi aku tahu sapa kuar sbb adik aku tgk.

Hmm cemana rupa blog aku skrg cun tak? hehehe aku sajer tukar nick aku sebab aku suka the sound Of "Puan Sri". Macam best jer hehehe...

ok la nak sambung keje dulu..chalo.

Monday, July 18, 2005

On the move

Weekend arituh sibuk sangat aku. Ingatkan bole la berehat tapi byk keje la plak. So last saturday aku hantar anak aku g nursery pastu aku balik umah buat keje sket sebab ari isnin nak kene ready. Sambil tu aku call kakak ipar aku just to say sorry sbb ari tuh gaduh ngan dia kan....hmm she didn't pick up the phone well aku pun tinggalkan msg. Pastu dia call aku tanya apasal. Aku pun ckp la perkara yg aku nak ckpkan tu. Tapi isk minah ni sempat pulang paku buah keras. Boring lak aku. So aku pun jawab jer la.."Whatever la.." yg penting aku dah ckp apa yg aku nak. Malas lak aku nak panjangkan perkara yg aku rasa tak penting. Kecoh jer la minah ni. Tu ler pompuan ni kalau tak bekerja fikiran dok terpk benda yg tak berkembang jer. Pk gossip la pk apa yg org lain dah buat la itu la ini la...malas aku nak layan.

Tak lama lepas tu babah call ckp kene balik kpg sebab MIL aku sakit. so aku pun packing la sket then bila babah balik terus ambik bebudak then balik kpg. Sempat aku tinggalkan pesan kat adik aku suh prepare apa yg patut sebab petang nanti parent aku nak dtg. Hmm sampai kat kpg tengok MIL aku dok terbaring jer. Dia demam sebab makan binjai terlebih kata SisIL aku. Lagipun dia penat berkemas rumah. Sejak pindah ke rumah yg lebih besar ni MIL aku tu tak habis habis kemas tu yg sampai demam tu. Dalam tak sihat tu sempat lagi berleter kat aku pasal kakak still pakai pampers lagi. Ala kecoh la bukan aku mintak duit dia beli pampers.Tapi aku just cakap dalam hati la. Kang jadi scene la plak kalau aku menjawab hehehe....

Malam tu sebelum tido aku bagi MIL aku makan byoung mlm. Ada dua sebab aku bagi dia mkn, satu sebab aku nak dia cepat baik satu lagi aku nak dia tido sepanjang mlm tak yah pk masalah atau dok jaga we all yg tengah tido ni. For ur info, kalau kat umah MIL aku akan tido belakang we all anak beranak sbb we all tido kat ruang tamu. Bilik cuma ada 1 jer which dah occupied. Aku n babah tanak dia tetengah malam dok monitor we all tido mcm sebelum ni. Tak tido mlm aku dibuatnya sebab dia asyik kejutkan aku sebab anak aku resah masa tido. Biasa la beralih tempat tido mmg la bebudak kecik ni resah. Tapi MIL aku akan kejutkan aku suh ngadap anak aku tido. Ala letihnya....so kali ni aku bagi dia mkn byoung mlm hehehe so hasilnya dia tido sepanjang mlm dan we all pun bole tido dengan amannya.

Besok harinya lepas lunch dalam pukul 12.30 we all berangkat balik. Tengok MIL aku pun dah ok so aku pack balik. Sampai kat umah around 3pm. Unpack barang pastu salinkan anak2 aku baju and pampers pastu berangkat lak pegi KLCC fetch my parents. Kakak n abg ipar aku tgh tunggu cina kedai emas ikat cincin dia. Aku pun terpaksa la fetch parents aku then we all headed to Tmn Melati melawat Atuk Sedara aku yg tgh sakit. Lepak sana dalam 2-3 jam pastu mintak diri. Sampai kat umah dah malam sebab sesat. Bukan sesat sebab apa tapi memula nak ikut MRR2 sekali bila tgk jem konon nak redah jer tapi sesat barat. Lastly tanya org, lepas dpt kuar then headed to umah terus.
Sampai kat umah prepare brg utk hari ni punya. Hmm ingat nak cuti tapi bila pkkan ada training pegi la jugak keje. This morning, adik nangis sbb dia selsema. Aku sempat run to clinic sat lepas hantar kakak. Masa htr kakak tu tgk budak playschool dah beratur.Kesian tgk kakak lambat. Sedih la plak aku tapi aku buat dek jer. Ignore jer perasaan yg sesikit tu. Kalau iktkan sangat perasaan sampai bila tak ke mana. Dekat clinic sempat beramah mesra ngan few people. Lepas dapat ubat rush to send adik. Pastu rush to the training room. Tapi training tak jadi so aku pun pegi opis. kejap lagi aku nak balik cepat. Moral of the story, aku kene ada cukup energy utk bergerak ke sana sini. Aku kene sihat utk pastikan anak2 aku dalam keadaan selamat dan sihat.

Thursday, July 14, 2005

AF3

Demam AF3 melanda lagi. Ramai betul org suka tgk AF ni. Nak kata participants dia best gile tak de la jugak tapi AF mmg ada daya penarik tersendiri. Sampai anak aku pun berminat tgk. Kakak yg belum pun berumur 3 tahun tu dah pandai tgk AF. Kdg kdg tu bila aku tukar channel lain dia menjerit "mama kakak nak tgk Akademi".(Dia sebut "Akademi" hehehe) Kdg kdg aku terperasan dia akan menyanyi bait bait lagu yg pernah dinyanyikan oleh peserta AF3 ni. In fact penah sekali pepagi sebelum pergi kerja aku bukak MHI, masa tu dia org tunjuk Jamal Abdillah nyanyi. Kakak bole komen, "ni bukan Felix kan". Aku dan babah tergelak sambil menggeleng. Nak kata aku ni obsess ngan AF3 ni tak la jugak. Bukan selalu pun tgk diari tu. Aku cuma tgk konsert dia jer la. Itu pun kdg kdg skip. Aku ni tak de la demam AF3 sangat tak mcm AF1 dulu. Masa dulu ye aku ngaku ler sampai terbawak dlm mimpi masa Rosma kene kuar. Tapi sejak kerja makin bertimbun and tanggungjawab semakin bertambah AF tak termasuk sgt dlm agenda hidup aku. Kalau ada ok kalau tak de no hal la. Tapi minat dulu tu skrg diambil alih oleh anak aku. Pantang dengar lagu tema AF mula tak tentu arah. Haiii...bebudak sekarang. Sekarang tanggungjawab ibu bapa semakin bertambah sebab pengaruh lebih banyak di luar sana. Parent sekarang kene pandai seimbangkan pengetahuan anak anak dunia dan akhirat. Akhirat bukan aje setakat mengaji, solat dan puasa tetapi lebih bersifat universal. So kena pandai terapkan nilai nilai murni. Hmm berat tugas ibu bapa ni. sebab tu aku pernah jumpa couple yg tak sanggup ada anak walaupun sudah bertahun tahun berkahwin. Back to AF, sekarang anak aku minat Felix dan Marsha. Aku rasa kdg kdg anak aku ni ikut ikut jer kengkawan dia kat nursery. Tapi tak tahu la aku betul ke tak. we'll see je la hehehe...

Tuesday, July 12, 2005

Kids

Kalau tadi aku sedih giler...sekarang aku nak berhappy happy plak. Bila aku teringat my daughters mesti aku akan terasa happy. betul la org kata kalau penat tgk gelagat anak akan hilang sekejap tapi bila diaorg merengek hmm start balik rasa penat hehehe....

Skrg ni kakak dah makin membesar and dah semakin pandai. Tak kurang gak pandai menjawab skrg. Ada aja jawapan dan soalan dia. Kakak dah semakin pandai bergaya. Sesikit nak bergaya. Pakai nak baju cantik aje. Nak bergaya pun dengan barangan Barbie. Siap dengan sepit rambut, baju, selipar dan beg. Anak anak millenium la katakan. Tapi aku tak manjakan sangat dia dgn membeli semua brg tu. Ada yg aku beli murah jer..tiruan jer. Ala anak aku tu bukan reti bezakan lagi tiruan ke tak. Dia tahu ada muka Barbie kat situ dah cukup baginya. Sekarang ni adik pun dah pandai nak bermain dengan kakak dia. Kalau main sesama kdg kdg boleh berebut toys dengan kakak. Aku tengok nak tergelak pun ada.

Kakak dah masuk play school sekarang. Dah pakai uniform. Even balik rumah pun dah pandai nak menconteng dinding sebab ala ala cikgu le katakan. Cikgu dia beritahu sekarang dia suka mengajuk cakap org. Dia suka tiru gaya cikgu dia. Kadang kadang kalau aku biarkan dia sendiri dia bole bermain sorang sorang. Adik nak join tapi dengan umurnya yg masih 7 bulan apa sangat dia bole buat. So kadang tu aku tgk kesian bila kakak buat tak layan and kadang kadang kakak tolak jer adik. Selalunya aku biarkan aje interaksi dua beradik ni. Biar diaorg build up the bond tapi bila kakak start cubit atau pukul adik, aku terpaksa campur tangan. Tapi bagi adik, kakak adalah idola dia. Apa sahaja yg kakak buat adik akan tergelak terkekeh kekeh dan akan cuba buat mcm kakaknya. Pernah sekali kakak tarik caterpillar toy yg berbunyi tu sambil dia arah kan adik ke kiri dan ke kanan. Penat aku tengok adik ikut rentak kakak tapi aku biarkan sahaja diaorg buat hal sendiri. There are certain things they need to learn on their own. Kita cuma perlu monitor sahaja. Itu pendapat aku la. Biar anak anak berdikari. Anak anak yg ibunya bekerja harus cepat berdikari.

Mood sedih

Semalam masa training aku dpt call dr kpg tanya nak join buat qeqah tak. Hmm aku kata tak nak la sbb kakak aku nak buat dalam waktu terdekat ni. Aku mcm tak nak join jer sbb aku ingat nak buat simple yg boleh asalkan ikut syarat sah. Tak perlu nak berkenduri semua sbb aku mmg sibuk waktu skrg ni. Hmm tp lepas tu abah aku call hubby aku ingatkan dulu mmg we all ada suarakan kata nak join org kat kpg. So aku serba salah.

Aku sebenarnya tak nak balik kpg untuk waktu terdekat ni. Biarla apa org nak kata. Aku kecik hati yg sebenarnya. Kecik hati ngan mak aku, kakak dan abg aku. Puncanya terlalu kecil. Salah aku juga tapi bukan 100% salah aku. Maybe sebab adat org melayu kita supaya kita menghormati org tua dan tidak bersikap kurang ajar. Entah la ..kurang ajar ker aku? Mungkin sedikit tapi kenapa apabila yg muda berkasar pada yg tua dikatakan kurang ajar tapi yg tua berkasar dgn yg muda dikatakan lawak. Tak paham aku. Mak aku pula tak pernah nak membela aku. Semuanya salah aku. Ya mungkin salah aku. Aku bukan mengamuk tak tentu hala tapi aku marah bersebab. Kalau itu pun dikatakan kurang ajar terpulanglah. Malam tadi aku tak tido sgt bila memikirkan yg aku kene balik kpg hujung bulan ni. Aku sedar aku masih ada ibu dan ayah so for their sake aku harus ketepikan segala ketidakpuasan hati aku. Walaupun jauh di sudut hati aku terlalu sedih. Tetapi apa yg aku pelajari daripada situasi yg berlaku adalah, dalam masyarakat melayu kita, kita tidak boleh menyuarakan pendapat sehabis habisnya. Sebahagian besar perlu disimpan dan ditutup rapat. kita tidak boleh menegur org lebih tua kerana kita akan dicop kurang ajar. Org yg lebih kaya lebih dihormati. Jika seseorang mempunyai kepentingan dalam hidup org lain, ia akan diambil kira jika tidak lantak ko la sorang sorang dalam dunia ni. Kesimpulannya kene pandai pandai bawak diri dan jadi kaya kalau tak sampai bila org tak akan pandang walau sebelah mata pun. Satu lagi, seorang abang akan lebih pertahankan isterinya daripada adiknya sendiri.

Hmm blog aku kali ni sounds like dicelah celah kehidupan plak...hehehe

Melepaskan Perasaan

aku boring jer kali ni sbb kan ada ker boss aku ni suruh aku buat kerja org lain sedangkan kerja aku yg ada ni pun aku tak terhandle nak suruh aku buat kerja org lain sama. Ingat aku ni super woman ker? Yg aku boring tu bukannya ada elaun memangku ke apa ker. Heran betul aku ngan company aku ni tau. Bukan aku tak kesian ganti kan org sakit Cuma majikan tak kan la tak ada hati cuba la pk org dah la byk keje disuruh buat keje org lain sama. Gaji tetap sama. Lepas tu org yg tak buat keje tu still gaji jalan. Dah la bawah dept aku ada berapa kerat jer
2 org dah vss pastu sorang dah mmg tak fit(sakit alam ghaib) then skrg ni tambah sorang lagi sakit tekanan perasaan. Hmm tinggal la aku sorang buat keje 3 org. giler ke apa diaorg ni. Jgn ingat aku bole buat keje so sume keje nak di hempok ke aku. Diaorg ni suka take advantage kat aku tau. Ingat aku tak leh memberontak ker? Aku sabar ni cuma disebabkan satu perkara jer..actually ada 2 perkara, satu sebab aku tak habis lagi CMMI ni satu lagi sebab aku blom start cari keje. Tak per nanti aku dah terer cmmi ni mmg akan aku tinggalkan company aku yg tak penah menghargai jasa aku. Aku cari keje lain pastu aku nak active balik buat zhulian. At least kalau keje kuat dalam zhulian hasil nya pun mmg byk tak mcm keje kat company ni. Keje teruk pun org lain potong trip. Org lain dapat nama. Org lain dapat kesenangan. Family aku gak yg tension sbb balik lambat gak. OT kat nursery kene bayar gak. Lepas ni mmg aku nak buat tatau jer. Lantak kome la nak cmmi ker nak apa ker sbb next year matlamat aku dah berbeza. (kata-kata org kecewa)

Friday, July 01, 2005

Burn the midnight oil

Malam ni aku kene stay up sebab nak kena siapkan presentation untuk esok pagi. Tadi masa tgh tengok LOST aku dah ngantuk sesangat. So aku pun pesan kat hubby aku, aku nak tido sekejap pukul 12 tgh mlm nanti dia kena kejutkan aku. So tepat pukul 12 tadi dia kejutkan aku. Tapi aku mengantuk gilerr…so aku sambung tido. Tapi aku rasa my subconscious mind dok kejutkan aku suruh bangun sebab keje tak siap lagi. So around 1 o’clock aku terjaga. I started working by 1.30 a.m lepas minum kejap ler and buat itu ini…Aku sempat susukan anak aku sekejap sebab dia tetiba bangun mintak susu. Adat la org beranak kecil. Ngantuk beb.

Semalam aku pergi Legend hotel sebab ada convention. Actually convention tu setengah hari tapi aku pegi pagi tu aje. Dalam pukul 11 pagi aku dah chow pegi Faber Tower. From Legend aku naik cab ke Faber. Aku amik cab depan The Mall tu. To my surprised, cab driver tu sebijik Mawi peserta AF3 tu …hahahaha. Rambut ala ala Mawi dengan janggut sejemput tu. Nak tergelak pun ada sebab memula naik cab tu ingatkan Mawi jadi cab driver.

Sampai kat Faber aku ambil laptop kat yati. Aku tinggalkan laptop aku smlm sebab tak nak tinggalkan dalam kereta. Sekarang org suka curi laptop dalam kereta. Buat kerja kejap pastu pegi visit Abg Rezal kat spital. Kesian dia accident ngan sorang Ah So.

Petang tu ada majlis mkn mkn meraikan pemergian Delinn n Ron ke TM. Sedih gak la sebab diaorg antara yg rapat ngan aku masa keje. In fact diaorg antara my best team mate dalam CMMI. I like working with them. Tak banyak masalah. Dengan delinn aku dah lama jadi teammate dia since kat IBOA lagi. Miss that moments. I will definitely miss u guys.

Petang tu sambung meeting lagi then baru balik.

Hari ni ada jamuan makan makan lagi kat Cyberjaya. Agenda yg sama tapi menu berbeza. First time rasa laksa Sarawak Leha, rajin Leha masak. Pastu pinky bawak laksa johor. Miza bawak pudding cocktail. Guy sponsor KFC. Semuanya sedap belaka. Aku makan byk jugakla. Aku bawak apa? Aku bawak perut jer….hehehehe…aku just bagi duit collection jer. Tak sempat la nak masak.

Tadi sebelum balik masa salam Delinn n roni sedih la tapi adatla pertemuan n perpisahan. Dah kurang geng aku kat opis. Kurang geng nak tgk diari AF tengahari kat café, kurang geng ngumpat hehehe…tapi tak per ym ada bebila bole bergossip kekekeke….sempat lagi tu. Anyway delinn, ron aku really wish korang happy kat tpt keje baru. All the best ok and jgn lupa we all kat sini once dah berjaya nanti. Ok la till then…Selamat Malam n Sweet dream.