Monday, July 18, 2005

On the move

Weekend arituh sibuk sangat aku. Ingatkan bole la berehat tapi byk keje la plak. So last saturday aku hantar anak aku g nursery pastu aku balik umah buat keje sket sebab ari isnin nak kene ready. Sambil tu aku call kakak ipar aku just to say sorry sbb ari tuh gaduh ngan dia kan....hmm she didn't pick up the phone well aku pun tinggalkan msg. Pastu dia call aku tanya apasal. Aku pun ckp la perkara yg aku nak ckpkan tu. Tapi isk minah ni sempat pulang paku buah keras. Boring lak aku. So aku pun jawab jer la.."Whatever la.." yg penting aku dah ckp apa yg aku nak. Malas lak aku nak panjangkan perkara yg aku rasa tak penting. Kecoh jer la minah ni. Tu ler pompuan ni kalau tak bekerja fikiran dok terpk benda yg tak berkembang jer. Pk gossip la pk apa yg org lain dah buat la itu la ini la...malas aku nak layan.

Tak lama lepas tu babah call ckp kene balik kpg sebab MIL aku sakit. so aku pun packing la sket then bila babah balik terus ambik bebudak then balik kpg. Sempat aku tinggalkan pesan kat adik aku suh prepare apa yg patut sebab petang nanti parent aku nak dtg. Hmm sampai kat kpg tengok MIL aku dok terbaring jer. Dia demam sebab makan binjai terlebih kata SisIL aku. Lagipun dia penat berkemas rumah. Sejak pindah ke rumah yg lebih besar ni MIL aku tu tak habis habis kemas tu yg sampai demam tu. Dalam tak sihat tu sempat lagi berleter kat aku pasal kakak still pakai pampers lagi. Ala kecoh la bukan aku mintak duit dia beli pampers.Tapi aku just cakap dalam hati la. Kang jadi scene la plak kalau aku menjawab hehehe....

Malam tu sebelum tido aku bagi MIL aku makan byoung mlm. Ada dua sebab aku bagi dia mkn, satu sebab aku nak dia cepat baik satu lagi aku nak dia tido sepanjang mlm tak yah pk masalah atau dok jaga we all yg tengah tido ni. For ur info, kalau kat umah MIL aku akan tido belakang we all anak beranak sbb we all tido kat ruang tamu. Bilik cuma ada 1 jer which dah occupied. Aku n babah tanak dia tetengah malam dok monitor we all tido mcm sebelum ni. Tak tido mlm aku dibuatnya sebab dia asyik kejutkan aku sebab anak aku resah masa tido. Biasa la beralih tempat tido mmg la bebudak kecik ni resah. Tapi MIL aku akan kejutkan aku suh ngadap anak aku tido. Ala letihnya....so kali ni aku bagi dia mkn byoung mlm hehehe so hasilnya dia tido sepanjang mlm dan we all pun bole tido dengan amannya.

Besok harinya lepas lunch dalam pukul 12.30 we all berangkat balik. Tengok MIL aku pun dah ok so aku pack balik. Sampai kat umah around 3pm. Unpack barang pastu salinkan anak2 aku baju and pampers pastu berangkat lak pegi KLCC fetch my parents. Kakak n abg ipar aku tgh tunggu cina kedai emas ikat cincin dia. Aku pun terpaksa la fetch parents aku then we all headed to Tmn Melati melawat Atuk Sedara aku yg tgh sakit. Lepak sana dalam 2-3 jam pastu mintak diri. Sampai kat umah dah malam sebab sesat. Bukan sesat sebab apa tapi memula nak ikut MRR2 sekali bila tgk jem konon nak redah jer tapi sesat barat. Lastly tanya org, lepas dpt kuar then headed to umah terus.
Sampai kat umah prepare brg utk hari ni punya. Hmm ingat nak cuti tapi bila pkkan ada training pegi la jugak keje. This morning, adik nangis sbb dia selsema. Aku sempat run to clinic sat lepas hantar kakak. Masa htr kakak tu tgk budak playschool dah beratur.Kesian tgk kakak lambat. Sedih la plak aku tapi aku buat dek jer. Ignore jer perasaan yg sesikit tu. Kalau iktkan sangat perasaan sampai bila tak ke mana. Dekat clinic sempat beramah mesra ngan few people. Lepas dapat ubat rush to send adik. Pastu rush to the training room. Tapi training tak jadi so aku pun pegi opis. kejap lagi aku nak balik cepat. Moral of the story, aku kene ada cukup energy utk bergerak ke sana sini. Aku kene sihat utk pastikan anak2 aku dalam keadaan selamat dan sihat.