AF3
Demam AF3 melanda lagi. Ramai betul org suka tgk AF ni. Nak kata participants dia best gile tak de la jugak tapi AF mmg ada daya penarik tersendiri. Sampai anak aku pun berminat tgk. Kakak yg belum pun berumur 3 tahun tu dah pandai tgk AF. Kdg kdg tu bila aku tukar channel lain dia menjerit "mama kakak nak tgk Akademi".(Dia sebut "Akademi" hehehe) Kdg kdg aku terperasan dia akan menyanyi bait bait lagu yg pernah dinyanyikan oleh peserta AF3 ni. In fact penah sekali pepagi sebelum pergi kerja aku bukak MHI, masa tu dia org tunjuk Jamal Abdillah nyanyi. Kakak bole komen, "ni bukan Felix kan". Aku dan babah tergelak sambil menggeleng. Nak kata aku ni obsess ngan AF3 ni tak la jugak. Bukan selalu pun tgk diari tu. Aku cuma tgk konsert dia jer la. Itu pun kdg kdg skip. Aku ni tak de la demam AF3 sangat tak mcm AF1 dulu. Masa dulu ye aku ngaku ler sampai terbawak dlm mimpi masa Rosma kene kuar. Tapi sejak kerja makin bertimbun and tanggungjawab semakin bertambah AF tak termasuk sgt dlm agenda hidup aku. Kalau ada ok kalau tak de no hal la. Tapi minat dulu tu skrg diambil alih oleh anak aku. Pantang dengar lagu tema AF mula tak tentu arah. Haiii...bebudak sekarang. Sekarang tanggungjawab ibu bapa semakin bertambah sebab pengaruh lebih banyak di luar sana. Parent sekarang kene pandai seimbangkan pengetahuan anak anak dunia dan akhirat. Akhirat bukan aje setakat mengaji, solat dan puasa tetapi lebih bersifat universal. So kena pandai terapkan nilai nilai murni. Hmm berat tugas ibu bapa ni. sebab tu aku pernah jumpa couple yg tak sanggup ada anak walaupun sudah bertahun tahun berkahwin. Back to AF, sekarang anak aku minat Felix dan Marsha. Aku rasa kdg kdg anak aku ni ikut ikut jer kengkawan dia kat nursery. Tapi tak tahu la aku betul ke tak. we'll see je la hehehe...
<< Home