Tuesday, July 12, 2005

Kids

Kalau tadi aku sedih giler...sekarang aku nak berhappy happy plak. Bila aku teringat my daughters mesti aku akan terasa happy. betul la org kata kalau penat tgk gelagat anak akan hilang sekejap tapi bila diaorg merengek hmm start balik rasa penat hehehe....

Skrg ni kakak dah makin membesar and dah semakin pandai. Tak kurang gak pandai menjawab skrg. Ada aja jawapan dan soalan dia. Kakak dah semakin pandai bergaya. Sesikit nak bergaya. Pakai nak baju cantik aje. Nak bergaya pun dengan barangan Barbie. Siap dengan sepit rambut, baju, selipar dan beg. Anak anak millenium la katakan. Tapi aku tak manjakan sangat dia dgn membeli semua brg tu. Ada yg aku beli murah jer..tiruan jer. Ala anak aku tu bukan reti bezakan lagi tiruan ke tak. Dia tahu ada muka Barbie kat situ dah cukup baginya. Sekarang ni adik pun dah pandai nak bermain dengan kakak dia. Kalau main sesama kdg kdg boleh berebut toys dengan kakak. Aku tengok nak tergelak pun ada.

Kakak dah masuk play school sekarang. Dah pakai uniform. Even balik rumah pun dah pandai nak menconteng dinding sebab ala ala cikgu le katakan. Cikgu dia beritahu sekarang dia suka mengajuk cakap org. Dia suka tiru gaya cikgu dia. Kadang kadang kalau aku biarkan dia sendiri dia bole bermain sorang sorang. Adik nak join tapi dengan umurnya yg masih 7 bulan apa sangat dia bole buat. So kadang tu aku tgk kesian bila kakak buat tak layan and kadang kadang kakak tolak jer adik. Selalunya aku biarkan aje interaksi dua beradik ni. Biar diaorg build up the bond tapi bila kakak start cubit atau pukul adik, aku terpaksa campur tangan. Tapi bagi adik, kakak adalah idola dia. Apa sahaja yg kakak buat adik akan tergelak terkekeh kekeh dan akan cuba buat mcm kakaknya. Pernah sekali kakak tarik caterpillar toy yg berbunyi tu sambil dia arah kan adik ke kiri dan ke kanan. Penat aku tengok adik ikut rentak kakak tapi aku biarkan sahaja diaorg buat hal sendiri. There are certain things they need to learn on their own. Kita cuma perlu monitor sahaja. Itu pendapat aku la. Biar anak anak berdikari. Anak anak yg ibunya bekerja harus cepat berdikari.