Mood sedih
Semalam masa training aku dpt call dr kpg tanya nak join buat qeqah tak. Hmm aku kata tak nak la sbb kakak aku nak buat dalam waktu terdekat ni. Aku mcm tak nak join jer sbb aku ingat nak buat simple yg boleh asalkan ikut syarat sah. Tak perlu nak berkenduri semua sbb aku mmg sibuk waktu skrg ni. Hmm tp lepas tu abah aku call hubby aku ingatkan dulu mmg we all ada suarakan kata nak join org kat kpg. So aku serba salah.
Aku sebenarnya tak nak balik kpg untuk waktu terdekat ni. Biarla apa org nak kata. Aku kecik hati yg sebenarnya. Kecik hati ngan mak aku, kakak dan abg aku. Puncanya terlalu kecil. Salah aku juga tapi bukan 100% salah aku. Maybe sebab adat org melayu kita supaya kita menghormati org tua dan tidak bersikap kurang ajar. Entah la ..kurang ajar ker aku? Mungkin sedikit tapi kenapa apabila yg muda berkasar pada yg tua dikatakan kurang ajar tapi yg tua berkasar dgn yg muda dikatakan lawak. Tak paham aku. Mak aku pula tak pernah nak membela aku. Semuanya salah aku. Ya mungkin salah aku. Aku bukan mengamuk tak tentu hala tapi aku marah bersebab. Kalau itu pun dikatakan kurang ajar terpulanglah. Malam tadi aku tak tido sgt bila memikirkan yg aku kene balik kpg hujung bulan ni. Aku sedar aku masih ada ibu dan ayah so for their sake aku harus ketepikan segala ketidakpuasan hati aku. Walaupun jauh di sudut hati aku terlalu sedih. Tetapi apa yg aku pelajari daripada situasi yg berlaku adalah, dalam masyarakat melayu kita, kita tidak boleh menyuarakan pendapat sehabis habisnya. Sebahagian besar perlu disimpan dan ditutup rapat. kita tidak boleh menegur org lebih tua kerana kita akan dicop kurang ajar. Org yg lebih kaya lebih dihormati. Jika seseorang mempunyai kepentingan dalam hidup org lain, ia akan diambil kira jika tidak lantak ko la sorang sorang dalam dunia ni. Kesimpulannya kene pandai pandai bawak diri dan jadi kaya kalau tak sampai bila org tak akan pandang walau sebelah mata pun. Satu lagi, seorang abang akan lebih pertahankan isterinya daripada adiknya sendiri.
Hmm blog aku kali ni sounds like dicelah celah kehidupan plak...hehehe
<< Home