Monday, June 27, 2005

Something before going back...

Huaarggghhhh ngantuknya...asal la ngantuk sangat hari ni? tak larat rasanya nak bukak mata. Tadi borak kejap ngan Sepol pastu tak ilang gak ngantuk g toilet kejap. Dalam toilet jumpa kak Midah. Dia tegur aku dah kurus sket ...heheheh kembang kejap kekekke....Hmm mana tak semakin kurus sebab aku rasa hectic sekarang life aku. pergi kerja pastu buat itu ini. Sejak dapat boss baru ni aku rasa cam tak menang tangan nak buat kerja la. Pastu bila balik rumah lak penat layan kerenah anak anak. Sekarang semakin letih sebab hubby aku selalu balik rumah lambat. Kadang kadang dia dah balik dia pergi kerja balik. Alasan dia sebab kalau dia tak jenguk tpt kerja anak anak buah dia akan memonteng..biasa la tu kalau kucing tak de tikus merdeka ler. Macam tu la kalau kerja ngan bangsa asing, kerja tak bole main main. Kena la siapkan walaupun hari dah malam. Kalau diaorg nak by due date yg kadang2 impossible kena la jugak siapkan.

Kakak dah masuk play school. Bukan main suka dia dengan uniform baru dia. Siap tayang kat adik dia yg belum tahu apa apa. Pastu pepagi dia sibuk nak pakai uniform dia dengan panty baru dia yg ada motif buah cherry. Menggeleng kepala aku tengok gelagat kakak. Kakak sekarang dah pandai main masak masak. Set kitchen yg Che' Na dia belikan kat Toys R Us tu dah bole guna dah. Kalau dulu dia tak reti sangat apa nak buat dengan bende tu sumer sekarang dia dah terer nak masak sayur la konon, buat air milo la, pastu yg kelakarnya siap berlakon bagi adik makan dan suapkan. Yang si adik ni pun nganga konon dapat makanan daripada kakaknya. Bila menyaksikan saat itu aku rasa happy sangat sebab at least aku dapat share the special moments yg aku rasa tak bole beli kat kedai.

Hari ni birthday Hani, anak Miza. Apa nak beli ek. Hmm tak sure lagi nak beli apa. Semalam ingat nak cari kat Alamanda tapi tak sempat sbb org ramai kat situ. Sempat beli few barang jer. Itu pun kakak tido. Terpaksa la carry adik. Adik dah la semangat tak larat nak angkat lelama. Tapi kakak ni mcm tahu jer nak beli selipar Barbie yg aku dan babah dah janji nak belikan dia. Kakak ni semenjak dah nak masuk 3 tahun ni dah pandai nak melawa. Nak pakai baju Barbie, selipar pun nak jenama Barbie gak. Nasib baik la kat Carrefour tu ada jual selipar Barbie harga 4.90. Puas aku cari. Tak kuasa aku nak belikan selipar Barbie yg harga 40 inggit tu. Aku tak nak biasakan anak aku dengan kemewahan. Biar dia belajar erti susah supaya dia kenal erti hidup yg sebenar. Hopefully aku dapat ajar dia macam tu. Ini baru peringkat awal masih banyak lagi aku nak kene belajar supaya aku bole ajar dia.

Esok aku kena pergi Hotel Legend ada seminar. So balik nanti kalau sempat bole la cari hadiah untuk Hani. Tak pk apa nak beli lagi...Rasanya kalau dah tengok nanti baru bole dtg idea kot.

Aku ingat nak balik cepat hari ni. Ok la i stop dulu. Till then..chiow...

Intangible Truth

Hidup ini perlu diteruskan. No matter what happen selagi ajal belum menjemput kita. Walaupun kadang kadang kita rasa tertekan dan kdg kdg kita rasa kita dah bosan dengan tempat kerja kita, selagi kita tak bertukar kerja kita mesti teruskan hidup kita. Masalah sentiasa ada Cuma coraknya sahaja berbeza.

Kebenaran, for me kebenaran selalu tidak mudah untuk dilihat atau diukur. Selalunya org mudah tertipu dengan kelembutan. Bagi mereka kelembutan adalah segala galanya. Kelembutan juga mereka selalu kaitkan dengan kebenaran. Selalunya apabila seseorang berkata kata dengan lembut, kebenaran sering tidak dipertikaikan. Tetapi aku dah belajar sesuatu which selalunya orang yg hendak memutar belit akan berkata kata dengan penuh kelembutan. Pernah aku berbual dengan seorang yg agak berusia umurnya…aku bertanya bagaimana hendak membezakan seseorang itu hendak menipu atau sebaliknya. Dia kata selalunya kalau org itu penuh dengan muslihat atau hendak memperdayakan orang ayat nya penuh kemanisan dan kelembutan. Tetapi dalam lembut dia akan membelit.

Lembut lawannya keras…Selalunya org yg garang atau keras dilabelkan sebagai org yg jahat. Tetapi pernah dengar tak kata kata “you got to be cruel to be kind” Kadang kadang melalui kekerasan kita baru boleh tersedar bahawa kita dah lama terleka. Sayangkan anak tangan tangan kan. Kadang kadang kekerasan kita disalah tafsirkan dengan kurang ajar. Manusia sering tersalah tafsir. Bagi mereka dengan cara lembut sahaja baru org boleh terima. Apabila ditegur terus dikatanya kita kurang ajar tanpa memikirkan sebab dan musabab kita berbuat demikian. Tetapi kalau semua org bole bersikap terbuka mungkin persengketaan dalam dunia ni tak terlalu banyak. Hmm..tapi apa nak buat hidup ini perlu diteruskan walaupun kita rasa terlalu byk ketidak adilan dalam dunia ini. Org yg bersalah selalu mudah terlepas tetapi org yg cuba berkata benar selalu disalah tafsirkan. Alas…Life goes on…

Thursday, June 23, 2005

Good book to share...

I just read this book written by Azizi Ali. It’s a good book of Financial Management. I think if anybody wants to start a business…this book can give u at least an idea how and why.

My sister is staying with me currently. Dia pun dah start suka baca buku ni. She also has bought one book by Azizi Ali. She realize now spending too much without saving will bring disaster. Aku skrg dah reti nak value money. Aku jarang berbelanja sakan skrg. Aku hanya belanja yg patut patut sahaja. And yg paling penting aku dah start reward myself with saving bukannya belanja itu ini. Aku tak nak jadi org yg tak berduit. Yes money can give you power. Bak kata Azizi Ali…I quote from his book. Duit bole jadi hamba yg paling baik tapi bukan tuan yg baik. So untuk jadikan dia hamba yg baik kita kene jadi tuan dia. Untuk jadi tuan kepada duit kena la reward yourself dgn adakan saving. Before this I reward myself dengan beli itu ini, so now I have started save lots of my money. Ye la keje penat penat takkan la tak ada saving kan. Rugi nanti bila dah tua tua kene menagih simpati anak cucu. Mulai hari ni azam aku untuk simpan lebih byk. Bukan setakat beberapa ratus sahaja. Satu lagi azam aku nak lupuskan hutang. Aku tak mahu berhutang kad kredit la itu la ini la.
Hmm berniaga, sblm aku baca buku tu aku rasa melalui berniaga sahaja kita bole jadi kaya tapi rupanya baru aku tahu tidak. Banyak cara utk menjadi kaya sebenarnya. Salah satu drp nya melabur. Melabur and saving rupanya tak berjalan seiring. And aku dah buat satu kesalahan sebelum ni …melabur dlm pasaran saham yg aku tak tahu mengenainya. Setakat mendengar spekulasi sahaja. Baru aku tahu untuk melabur dlm pasaran saham perlu ada 15 point baru boleh kita berasa senang hati. We must know the science of it. Bukan setakat suka hati jer main hentam melabur.

Secara keseluruhannya aku rasa buku ni bagus sbb ada certain benda dalam buku ni memberitahu aku perkara yg aku tak tahu sebelum ni. Walaupun ada juga byk perkara yg aku dah tahu tapi dia memberitahu aku byk cara untuk menjadi kaya. Cuma hendak atau tidak sahaja. Satu perkara yg aku pelajari ialah kalau untuk berniaga perlukan banyak perkara bukan setakat minat sahaja. Minat akan pudar tetapi kalau kita ada ilmu dan kita dah buat research yg mendalam tentang perniagaan yg kita ingin buka itu lebih utama. Bak kata Donald Trump dlm Apprentice…"Know your market before doing business". Maksudnya kita dah buat kajian terperinci bukan setakat ada modal then terjun ke dalam dunia perniagaan. Untuk berniaga juga kita perlu sanggup untuk tidak mendapat apa apa dalam tempoh masa tertentu.

Hmm maybe ramai org dah tahu pasal tu tp ramai juga org yg tak tahu tentang itu. So apa aku nak kongsikan di sini is kalau tak tahu jangan segan bertanya and membaca. Maybe ada org kata mungkin baginya membaca tu buang masa dan duit tapi membaca pun merupakan satu pelaburan yg baik dan satu perbuatan yg baik juga. Itu bagi aku la hehehe...

Thursday, June 09, 2005

Medical

Hmm this time i don't think i like to comment about my work. Just want to share something that maybe useful to somebody. Ingat lagi masa baru balik dr Cape Town, we all pressured with tons of work. Tapi dlm pressure tu i had a good news. I was pregnant. Hmm my first impression was like...Pregnant?! Betul ker ni? Ker salah test result ni? tak per nanti check ngan doc. Masa tu my husband n i dah kawen almost a year. Org kpg sanak saudara sumer dok tanya bila nak "berisi" sampai aku pun boring dgn that kind of question. Menyampah pun ada sebab rasanya macam diaorg ni suka amik tahu benda yg tak sepatutnya.

So the next day tu aku pergi jumpa doc sorang sorang. Doc confirmkan kata pregnant 6 weeks so i was like excited plus takut. Bukan takut apa tapi takut betul ke aku ni nak ada baby? Mcm mana agaknya nanti eh. So aku pegi keje macam biasa. Since keje masa tu mmg tgh byk and stressful, aku mcm terlupa kdg kdg yg aku ni pregnant. And kebetulan masa tu aku mmg tak ada langsung morning sickness.Cuma letih tapi since keje byk aku selalu abaikan aje keletihan tu. Masa tu aku sempat lagi pegi visit auntie aku kat Seremban and pastu balik ke KL balik.

The next morning tu aku nampak bloodspots which surprised me la. Masa tu mmg tak rasa sakit pun and aku pun pergi jumpa doc macam biasa. Doctor bg MC for one day and i had a rest. Tapi mlm tu terasa sakit sikit sikit. Aku pegi Hospital Swasta yg tak berapa besar just to check. Hospital tu tolak aku pegi Hospital Kerajaan. Masa tu aku pelik la.kenapa plak nak tolak aku pegi sana tapi since aku tak pernah pregnant aku pun ikut ajer la apa doc tu kata. So that night aku kene spend the night kat hospital kerajaan tu. Hmm seksanya walaupun semalam tapi aku rasa macam 10 mlm. Horror sebab nurse dia ganas. Tanya sket marah, pastu bila kita tak tanya pun marah sbb dia kata kita pandai pandai. Bosan plak aku. Doc dia pun bukan main garang lagi. Kalau nak check tuh main seluk jer tak minta izin atau apa pun. Patut la org tak suka kalau diberi pilihan pergi ke hospital kerajaan. So the next day tu aku bagitahu hubby aku i work so hard, i don't deserve this kind of treatment. Bawak aku keluar walaupun aku tak tahu condition pregnancy aku. Even masa nak scan tu aku yg masih sakit tu kene jalan ke bawah, take a lift then walk few blocks to go the gynae's room. Just imagine while you are having threatened abortion the nurse ask you to walk. Dia kata ramai lagi org sakit mcm aku. Bukannya aku nak mengada ngada tapi aku rasa kenapa dia treat org sakit macam tu? Maybe dia ingat i am nobody since aku masa tu dengan kain batik n t-shirt jer. Tak kisah la dia nak ingat aku nobody atau tak tapi kenapa treat org sakit macam tu sedang kan mereka ditugaskan untuk merawat dan menjaga org sakit?

Petang tu parents n my sister dtg. They were surprised tgk aku dalam keadaan tu. Abg ipar aku sampai jumpa hubby aku ckp kalau tak de duit ckp ngan dia untuk bayar bil hospital. Oh tidak...i'm not that cheapskate. We don't know that we had an option to go somewhere else. Ye la masa tu dah panik and tak tahu nak buat apa. Ingatkan ok la hospital kerajaan ni rupanya tidak sama sekali. So that afternoon aku discharge walaupun sepatutnya aku still tak bole keluar. Bila balik rumah sakit makin ketara. So that night hubby aku bawak pegi Ampang Puteri. Doc kata my pregnancy still ada heart beat so dia suruh aku warded sbb nak monitor. Aku masuk hari Sabtu by Sunday tu dah tak de hope sbb sakit makin teruk, and masa Dr Jemilah scan mmg dah tak ada heart beat then dia suruh aku prepare for DNC. Tension tak payah cakap la. I thought pregnancy ni boleh take lightly tapi sebenarnya tidak. I never thought that sakit dia teruk giler sampai no word can explain it. Masa tu dah puas menangis tapi bukan bole buat apa sebab perkara dah jadi.

Since hari tuh aku start jadi org yg family aku panggil "medicine woman" sebab aku ni boleh dikatakan tergolong dalam hypochondriac. Aku beli buku medical and everytime my family or i have a pain i will seek from there. Tak cukup dengan tu aku bukak internet. Even kalau pegi jumpa doc pun aku suka pergi jumpa doc yg akan bercerita medical facts setakat doc senyap pastu bagi ubat jer aku tak akan jumpa dia lagi. Sampai ada sorang doc tu dah boleh kamcing ngan aku laki bini. That's the kind of doc yg aku rasa aku suka jumpa. Sampai hari ni kalau kakak aku dia akan dapat facts from magazine which aku pun suka jugak baca tapi aku akan double confirm dgn doc.

Mak mentua aku pulak dia ada byk pantang larang mengenai penjagaan bayi tapi bila aku query i need scientific fact which support that statement. kalau setakat ayat "menurut org tua tua" without supporting facts yg boleh diterima akal atau agama, aku akan reject. Bukan ego tapi kadang-kadang kita kena keluar dr pemikiran jumud. Be an open minded person. Boleh terima pendapat org tapi kaji kebenarannya bukan meniru bulat bulat. Tapi selalunya org tua tak suka dibantah so apa yg aku buat bila dia larang sesuatu, aku hanya akan follow masa tu jer. lepas tu aku buat balik apa yg aku rasa best for myself hehehe...aku ni kira melawan gak la tapi ye la daripada aku memberontak baik aku tolak cara baik kan.

Till then...chiow....

Work...

Semalam aku bagi training pasal Project Management dekat EPG team member aku. Byk tugas Project Manager ni sebenarnya. Sebelum aku pergi training PM tu aku tak tahu pun apa tugas tugas PM yg sebenarnya sebab aku tgk dekat dlm company aku ni most of the PMs goyang kaki. Ada tu yg sempat baca novel lagi waktu kerja. Bayangkan betapa relaxnya mereka. Anak-anak buah ni ler yg bertungkus lumus buat kerja untuk meet the dateline. Kalau tak sempat siap, masa meeting PM akan bawak anak buahnya untuk jawab dengan pihak atasan. How would you feel bila kena macam tu? Mesti tak puas hati kan. Bila increment dan bonus, PM tu dapat banyak tapi anak anak buah nya dapat sikit aje. Sedih betul bila mengenangkan kes macam tu.

Smlm masa aku bagi training tu aku tanya seorang PM. Ada tak mereka sediakan any to do list? Katanya dulu ada tapi sekarang dah tak ada. Hmm lepas ada pulak yg mengadu katanya terlalu banyak kerja sehingga tak cukup masa untuk lakukan tugas yg sepatutnya. Tak cukup masa ker atau mmg tak mahu ada kan masa...

Pening aku dengan company aku ni. Nak kata pekerjanya tak pandai aku rasa tak juga. Semuanya pandai pandai belaka tapi masih ada lagi problem. Terlalu banyak problem. Masalahnya reward tak diberi sama rata. Ada yg terlalu banyak kerja tak dapat pengiktirafan. Ada yg tak bekerja tapi senang senang jer naik pangkat. Hmm entah la. Mungkin ini yg dikatakan rezeki masing masing. Boss pun pilih kasih juga. Aku pernah pergi satu interview MNC. Interviewer aku tu omputih dan Chinese. Aku bukan nak puji bangsa asing...aku pun Melayu cuma aku rasa cara mereka bekerja mengagumkan. They know what they are doing and at the same time they appreciate what other people's opinion. Masa interview tu kami sama sama berinteraksi and segala pertanyaan aku dijawab dengan baik. Kalau pergi interview company Melayu aku rasa kita tak boleh nak bertanya lebih lebih sangat. Ini mengikut pengalaman aku dan beberapa kawan aku yg pernah pergi interview la. Kalau ada yg mempunyai pengalaman lain itu aku tak tahu la. Mungkin sebab aku ni jenis banyak bertanya itu dan ini sebab aku tak suka pendam kan apa yg aku rasa patut ditanya.

Aku teringin nak kerja di MNC. Tapi tak tahu lagi bila sebab aku nak habiskan CMMI certification aku ni. Get as much knowledge as i can then bila dpt peluang aku akan grab. Masa tu aku tak akan pk 2-3 kali lagi dah. Sepatutnya semalam aku kene sit for PTD exam. Tapi aku tak pergi sebab aku tak boleh nampak future aku di situ. Selalunya kalau org perempuan masuk kerajaan kerjayanya kurang berkembang. Berkembang pun setakat gitu gitu sahaja. Untuk aku yg career minded ni mungkin aku tak betah di situ. Dalam kerajaan terlalu banyak birokrasi. Ini diperakui oleh org yg bekerja kerajaan sendiri. Kalau nak naik pangkat u have to become backstabber atau pun a**kisser. Tak tahu la pulak aku whether this is true or not. Tapi kalau macam tu punya environment, i don't think i can stay for a long time. Tapi tak tahu la, sapa tahu satu hari nanti aku pergi kerja kat kerajaan juga hehehhe....tapi aku rasa kalau nak kerja dengan goverment bole tapi kene kerja di MDC. Itu tahap yg mmg best bg aku sbb working environment dia mmg menarik and scale gaji pun menarik juga. And one thing i know, most of the working force kat situ head hunter yg cari bukan org hantar resume. Sounds nice la hehehe. Ok la till next time.

Tuesday, June 07, 2005

Women Vs Men

Topik ni tak pernah surut diperbincangkan. Semalam aku ternampak satu iklan kisah benar bertajuk "Sibuk sangat" kalau tak silap aku la tu tajuk dia. Citer dia lebih kurang sorang perempuan ni terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab dia terhadap suami dan anak anak. Semua tugas sebagai isteri dilaksanakan oleh maid dia. Cerita ni sebenarnya menarik perhatian aku sebab aku rasa story teller tu buat situation dia seolah olah kesalahan terletak pada perempuan semata mata. Maid dan suami tu tak bersalah dan suami menjadi mangsa sebab diabaikan oleh isteri. Aku bukan feminist tapi aku rasa kalau sedikit kesalahan dilakukan oleh isteri selalunya akan menjadi besar sehingga kesalahan yg lain tak nampak langsung. Kenapa tak nak cerita juga kesalahan lelaki yang tidak mendidik isteri dengan betul tetapi lebih menfokuskan pada kesalahan perempuan itu sendiri. Not fairkan. kalau ikut seorang kawan aku ni..nama terpaksa dirahsiakan ...dia akan berkata "redha aje la". Tetapi bagi aku aku tak boleh terima keadaan macam tu. Sememangnya takdir menentukan segalanya tetapi kita diberi pilihan untuk berusaha untuk mengelakkan kemungkinan yg bakal berlaku. Kalau dah tahu isteri tu terlalu sibuk kenapa tak selidik apa yg menyebabkan isteri terlalu sibuk? Kenapa tak mahu selidik root cause nya? Kenapa terus menunding kesalahan pada perempuan itu? Kadang kadang aku rasa org kita ni suka membesarkan cerita yg selalunya tak berapa besar. Yang tak termasuk dalam Big Picture negara. Sekarang ni Big Picture negara is Wawasan 2020 so kenapa tak nak fokuskan kat situ? Asyikla cerita perempuan salah itu perempuan salah ini. Isteri tak pandai jaga suami sebab tu suami kahwin lain. Ibu tak pandai jaga anak sebab itu anak-anak semakin liar. Kenapa tak cakap lelaki tak pandai didik isteri sebab itu isteri tak tahu tanggungjawab dan mengabaikannya. Lelaki membawa pulang rezeki yg tak halal dan suci sebab itu perangai anak anak semakin liar... Aspek itu rasanya kurang diperbincangkan.

Friday, June 03, 2005

Reading

I started to write again. Dah lama betul tak tulis dlm blog ni sbb bz giler lately…hmmmm ckp pasal bz ni mcm mcm nak kene buat la. CMMI nak kene cover, testing pun satu hal, playing QA role and at the same time kene jadi best mom ever to my two beautiful daughters plus be a good wife also. Ha satu lagi tak lupa jadi anak and menantu yg baik juga. Byk nak kene buat kan….

Hmm ari ni aku nak citer pasal "Membaca". Last 2 days, my friend Sara called me. Dia nak tanya pasal buku. Aku tanya buku satu set atau satu buah so dia ckp pasal dia nak beli sebuah buku jer..ok…aku pun rancak la citer ada satu buku yg besar ada fairy tales, nursery rhymes, ABC and so on kat MPH. Sekali tu dia potong ckp aku kata dia bukan nak cari buku budak budak tapi buku untuk dia…heheh oo silap interpretation rupanya aku ni. Dia bg satu spec lagi kat aku dia nak buku cerita omputih and citer cinta. Dia nak aku suggest kat dia buku apa yg best. Hmm aku ni kalau beli buku aku tak tgk sgt title dia..tgk tu tgk juga la tapi aku lebih akan tgk pada siapa author dia. Buku Stephen King aku takkan beli. Kalau nak baca aku akan pinjam from library atau drp kawan. Utk beli no…sbb aku ni penakut sket and utk keep that kinda books in my house is a BIG NO NO.

So aku pun bagitau dia la aku kalau citer cinta aku suka baca Judith McNaught. Citer dia menarik jugakla sbb for a girl yg suka berfantasi mcm aku ni hehee considered that is a good choice la. Tapi as I grow bigger, aku lebih suka baca Sydney Sheldon. I started reading Sydney Sheldon’s since I was 12. Masa tu nak kata vocab terer tak jugak. Dictionary was always by my side. I always like reading Sydney Sheldon and aku bole baca buku tu over and over again even though aku dah tahu ending dia heheh….Hobi aku membaca tapi aku pernah jumpa org yg lebih handal dlm hal membaca buku ni. What I mean is org yg betul betul rapat dgn aku. Sorang tu mother dia Ketua Librarian…so you know la berapa byk sumber dia bole dapatkan. Dia bukan setakat baca buku cerita tp dia boleh baca buku pelajaran and bole ulas dengan baik sekali. In fact dia byk introduce kat aku buku buku yg menarik. One of them buku dr hasil John Grisham. Org melayu kita ni tak ramai yg suka membaca. Itu la masalahnya dengan kita ni. Tapi my friend ni mmg hidup dia berteraskan buku jugak. Dia bole tahu sejarah asal usul setiap satu dengan terperinci. She’s like a walking dictionary to me.

Susah nak jumpa org yg pandai membaca dan tahu membaca di kalangan org melayu. Sebab dari kecil mungkin kita kurang didedahkan dengan buku so aku rasa mungkin sebab itu mendorong pada kurangnya minat terhadap buku ni. Aku rasa kerajaan kene lebih terapkan dasar untuk membaca ni lebih sket la. Bangsa asing dah lebih kehadapan sbb mereka byk membaca. Mereka mendalami sesuatu perkara dengan lebih sbb mereka rajin membaca. In fact kalau ikut Islam pun ayat pertama yg diturunkan adalah IQRA’ iaitu bacalah . So dah jelas lagi bersuluh untuk menyuruh umatnya membaca. Aku tulis ni untuk ingatkan diri aku jugak la sbb kadang kadang bila aku terlalu sibuk, aku tak membaca. Jadi bila aku tak membaca aku jadi ketinggalan. Sekarang ni banyak sumber untuk dibaca bukan setakat library jer tapi sekarang dah ada internet so pandangan lebih luas. Tapi aku rasa kalau membaca aku lebih sukakan keadaan yg lebih konservatif. Aku tak leh nak baca direct from the screen. I’d prefer print it out and read. So still tak paperless la aku ni hehehhe.

Ok think enuff bout all these…aku baru dapat laptop pagi ni hehehhe…so aku nak menggodek my new gadget ni kejap hehehe..jgn jealous ye man my new laptop is slimmer than yours….