Intangible Truth
Hidup ini perlu diteruskan. No matter what happen selagi ajal belum menjemput kita. Walaupun kadang kadang kita rasa tertekan dan kdg kdg kita rasa kita dah bosan dengan tempat kerja kita, selagi kita tak bertukar kerja kita mesti teruskan hidup kita. Masalah sentiasa ada Cuma coraknya sahaja berbeza.
Kebenaran, for me kebenaran selalu tidak mudah untuk dilihat atau diukur. Selalunya org mudah tertipu dengan kelembutan. Bagi mereka kelembutan adalah segala galanya. Kelembutan juga mereka selalu kaitkan dengan kebenaran. Selalunya apabila seseorang berkata kata dengan lembut, kebenaran sering tidak dipertikaikan. Tetapi aku dah belajar sesuatu which selalunya orang yg hendak memutar belit akan berkata kata dengan penuh kelembutan. Pernah aku berbual dengan seorang yg agak berusia umurnya…aku bertanya bagaimana hendak membezakan seseorang itu hendak menipu atau sebaliknya. Dia kata selalunya kalau org itu penuh dengan muslihat atau hendak memperdayakan orang ayat nya penuh kemanisan dan kelembutan. Tetapi dalam lembut dia akan membelit.
Lembut lawannya keras…Selalunya org yg garang atau keras dilabelkan sebagai org yg jahat. Tetapi pernah dengar tak kata kata “you got to be cruel to be kind” Kadang kadang melalui kekerasan kita baru boleh tersedar bahawa kita dah lama terleka. Sayangkan anak tangan tangan kan. Kadang kadang kekerasan kita disalah tafsirkan dengan kurang ajar. Manusia sering tersalah tafsir. Bagi mereka dengan cara lembut sahaja baru org boleh terima. Apabila ditegur terus dikatanya kita kurang ajar tanpa memikirkan sebab dan musabab kita berbuat demikian. Tetapi kalau semua org bole bersikap terbuka mungkin persengketaan dalam dunia ni tak terlalu banyak. Hmm..tapi apa nak buat hidup ini perlu diteruskan walaupun kita rasa terlalu byk ketidak adilan dalam dunia ini. Org yg bersalah selalu mudah terlepas tetapi org yg cuba berkata benar selalu disalah tafsirkan. Alas…Life goes on…
<< Home