Thursday, June 09, 2005

Work...

Semalam aku bagi training pasal Project Management dekat EPG team member aku. Byk tugas Project Manager ni sebenarnya. Sebelum aku pergi training PM tu aku tak tahu pun apa tugas tugas PM yg sebenarnya sebab aku tgk dekat dlm company aku ni most of the PMs goyang kaki. Ada tu yg sempat baca novel lagi waktu kerja. Bayangkan betapa relaxnya mereka. Anak-anak buah ni ler yg bertungkus lumus buat kerja untuk meet the dateline. Kalau tak sempat siap, masa meeting PM akan bawak anak buahnya untuk jawab dengan pihak atasan. How would you feel bila kena macam tu? Mesti tak puas hati kan. Bila increment dan bonus, PM tu dapat banyak tapi anak anak buah nya dapat sikit aje. Sedih betul bila mengenangkan kes macam tu.

Smlm masa aku bagi training tu aku tanya seorang PM. Ada tak mereka sediakan any to do list? Katanya dulu ada tapi sekarang dah tak ada. Hmm lepas ada pulak yg mengadu katanya terlalu banyak kerja sehingga tak cukup masa untuk lakukan tugas yg sepatutnya. Tak cukup masa ker atau mmg tak mahu ada kan masa...

Pening aku dengan company aku ni. Nak kata pekerjanya tak pandai aku rasa tak juga. Semuanya pandai pandai belaka tapi masih ada lagi problem. Terlalu banyak problem. Masalahnya reward tak diberi sama rata. Ada yg terlalu banyak kerja tak dapat pengiktirafan. Ada yg tak bekerja tapi senang senang jer naik pangkat. Hmm entah la. Mungkin ini yg dikatakan rezeki masing masing. Boss pun pilih kasih juga. Aku pernah pergi satu interview MNC. Interviewer aku tu omputih dan Chinese. Aku bukan nak puji bangsa asing...aku pun Melayu cuma aku rasa cara mereka bekerja mengagumkan. They know what they are doing and at the same time they appreciate what other people's opinion. Masa interview tu kami sama sama berinteraksi and segala pertanyaan aku dijawab dengan baik. Kalau pergi interview company Melayu aku rasa kita tak boleh nak bertanya lebih lebih sangat. Ini mengikut pengalaman aku dan beberapa kawan aku yg pernah pergi interview la. Kalau ada yg mempunyai pengalaman lain itu aku tak tahu la. Mungkin sebab aku ni jenis banyak bertanya itu dan ini sebab aku tak suka pendam kan apa yg aku rasa patut ditanya.

Aku teringin nak kerja di MNC. Tapi tak tahu lagi bila sebab aku nak habiskan CMMI certification aku ni. Get as much knowledge as i can then bila dpt peluang aku akan grab. Masa tu aku tak akan pk 2-3 kali lagi dah. Sepatutnya semalam aku kene sit for PTD exam. Tapi aku tak pergi sebab aku tak boleh nampak future aku di situ. Selalunya kalau org perempuan masuk kerajaan kerjayanya kurang berkembang. Berkembang pun setakat gitu gitu sahaja. Untuk aku yg career minded ni mungkin aku tak betah di situ. Dalam kerajaan terlalu banyak birokrasi. Ini diperakui oleh org yg bekerja kerajaan sendiri. Kalau nak naik pangkat u have to become backstabber atau pun a**kisser. Tak tahu la pulak aku whether this is true or not. Tapi kalau macam tu punya environment, i don't think i can stay for a long time. Tapi tak tahu la, sapa tahu satu hari nanti aku pergi kerja kat kerajaan juga hehehhe....tapi aku rasa kalau nak kerja dengan goverment bole tapi kene kerja di MDC. Itu tahap yg mmg best bg aku sbb working environment dia mmg menarik and scale gaji pun menarik juga. And one thing i know, most of the working force kat situ head hunter yg cari bukan org hantar resume. Sounds nice la hehehe. Ok la till next time.