Women Vs Men
Topik ni tak pernah surut diperbincangkan. Semalam aku ternampak satu iklan kisah benar bertajuk "Sibuk sangat" kalau tak silap aku la tu tajuk dia. Citer dia lebih kurang sorang perempuan ni terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab dia terhadap suami dan anak anak. Semua tugas sebagai isteri dilaksanakan oleh maid dia. Cerita ni sebenarnya menarik perhatian aku sebab aku rasa story teller tu buat situation dia seolah olah kesalahan terletak pada perempuan semata mata. Maid dan suami tu tak bersalah dan suami menjadi mangsa sebab diabaikan oleh isteri. Aku bukan feminist tapi aku rasa kalau sedikit kesalahan dilakukan oleh isteri selalunya akan menjadi besar sehingga kesalahan yg lain tak nampak langsung. Kenapa tak nak cerita juga kesalahan lelaki yang tidak mendidik isteri dengan betul tetapi lebih menfokuskan pada kesalahan perempuan itu sendiri. Not fairkan. kalau ikut seorang kawan aku ni..nama terpaksa dirahsiakan ...dia akan berkata "redha aje la". Tetapi bagi aku aku tak boleh terima keadaan macam tu. Sememangnya takdir menentukan segalanya tetapi kita diberi pilihan untuk berusaha untuk mengelakkan kemungkinan yg bakal berlaku. Kalau dah tahu isteri tu terlalu sibuk kenapa tak selidik apa yg menyebabkan isteri terlalu sibuk? Kenapa tak mahu selidik root cause nya? Kenapa terus menunding kesalahan pada perempuan itu? Kadang kadang aku rasa org kita ni suka membesarkan cerita yg selalunya tak berapa besar. Yang tak termasuk dalam Big Picture negara. Sekarang ni Big Picture negara is Wawasan 2020 so kenapa tak nak fokuskan kat situ? Asyikla cerita perempuan salah itu perempuan salah ini. Isteri tak pandai jaga suami sebab tu suami kahwin lain. Ibu tak pandai jaga anak sebab itu anak-anak semakin liar. Kenapa tak cakap lelaki tak pandai didik isteri sebab itu isteri tak tahu tanggungjawab dan mengabaikannya. Lelaki membawa pulang rezeki yg tak halal dan suci sebab itu perangai anak anak semakin liar... Aspek itu rasanya kurang diperbincangkan.
<< Home