Tuesday, September 12, 2006

Tercapai gak ...

Akhirnya dapat gak aku settlekan misi CMMI ni. Tak terkira betapa leganya aku. At last segala penat lelah aku berhasil jugak. Dengan segala kepayahan yang ditempuh aku rasa berbaloi dengan usaha dan pertolongan rakan rakan sekerja lain. Memang aku tak lupakan peranan u all sume. Walaupun EPG team member bertukar ganti tapi ada jugak yang masih setia meneruskan usaha. Ada jugak team member yang buat tak reti aje. Ada tu yang ambil cuti dan ada juga yang buat buat terlupa nak attend meeting. Memang aku tak leh lupakan. Pada mulanya memang aku bengang dan marah tapi bila fikirkan balik siapa yang lebih rugi. Kita bekerja bukan setakat untuk mencari rezeki sahaja tetapi untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati. Di samping tu kita juga perlu pastikan ilmu yang kita pelajari daripada sesuatu pekerjaan itu dapat memberikan manfaat di kemudian hari. If anything happen to the company at least kita ada bekalan untuk dibawa ke tempat kerja baru. Jadi pada mereka yang rasa mereka telah mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain tu berhati hati la...langit tidak selalunya cerah.

But for those yang sememangnya telah mencurahkan segala penat lelah sama ada secara langsung atau tidak ke atas misi ni memang aku berterima kasih sangat sangat. I know who U are and U guys know who u are. Tak perlu la aku sebutkan sebab panjang senarainya. Aku takut kalau aku sebut dan ada yang tertinggal nanti berkecil hati pulak masing masing.

Big boss pun dah cakap after this next level which is harder and tougher. So sama sama ler kita berusaha sebab this success is only the beginning of the journey.