Kakak yang sangat vain
Dulu aku pernah tulis pasal kakak yang vain ni tapi sekarang ni makin menjadi jadi la pulak ke"vain"annya. Pernah satu ketika ..dalam pukul 3 pagi dia terkejut dan bangun sambil menangis nangis sebab telinganya digigit sesuatu. Itu le akibat suka sepahkan biskut dan coklat merata rata, jadi bahan jemputan semut. We have to rush her to the clinic sebab dia meraung sakan. Tapi bila dalam kereta elok le pulak. Tak de la meraung. Maintain cun gitu. Bila dah sampai di klinik, before turun dari kereta sempat lagi pakai hair clip. Control ayu gitu. Terkejut we all dibuatnya. Di kala pagi pagi buta macam tu pun still nak control ayu. Kalau budak besar aku bole paham ler tapi ni belum pun 4 tahun dah pandai maintain cun.
In fact sekarang ni before pergi nursery pun sibuk nak pilih baju sendiri. Selalu aku akan pilih baju dia ketika dia sedang tido sebab tak mo dia sibuk nanti tak settle kerja aku yang lain. Aku tak mahu ajarkan terlalu bergaya sebab aku sendiri pun tak bergaya sakan. Bagi aku apa ada pada gaya kalau poket selalu kering. Tapi tu ler bila dah sampai rumah dari nursery aku pulak dipersalahkan sebab pilih baju yang dia tak berkenan. Isk memang sah anak aku dah terkena suntikan "VAIN" besar.
Sekarang ni kakak ada satu habit baru. Lepas mandi dia nak pakai baju dalam toilet. Dia kata ada sorang budak kat nursery dia sekarang pakai baju dalam toilet. Aku bagi reason budak tu pakai baju dalam toilet sebab dia tak de bilik so kakak yang ada bilik sendiri ni pakai la baju dalam bilik tak de la baju tu basah. Bila dah pakai baju dalam bilik pulak lama betul berkurung. Sambil tu aku bole dengar dia menyanyi lagu ntah hapa hapa...melodi jer la kuat, lirik lintang pukang. Bila dah siap dan keluar bole tanya aku, "Mama, kakak cantik tak?" Arghh pening la laki ko besok....
<< Home