Friday, January 27, 2006

Trolley

Semalam aku pegi shopping kejap, masa nak parking tu aku tgk byk trolley bersepah sepah. Nak masuk parking kena la turun alihkan trolley tu. Sejak syiling RM1 dimansuhkan daripada penggunaan seharian semakin byk aku tgk trolley bersepah di shopping complex. Malaysian mind set ni segelintirnya still tak bertamadun lagi aku rasa. Takkan la trolley tu pun susah nak letak balik kat tempatnya. Pandai guna, pandailah simpan. Cuba kalau di rumah kita org buat mcm tu sepahkan ajer mesti kita tak suka kan. Even though ada yg rasa "ala aku dah bayar parking ngan shopping kat sini pun dah cukup baik, tak payah la nak bersusah payah letak trolley ni balik." tapi aku rasa semuanya berteraskan mind set seseorang jugak. Kalau dia ni jenis org tak bertamadun dan PEMALAS aku rasa dia akan fikir perkara perkara macam tu. Hidup kita ni bukan sekadar wang sahaja. Memang wang penting dalam kehidupan memang aku tak nafikan tapi kalau setakat nak berkira duit parking dah bayar tapi tak nak tolong letakkan trolley tu di tempat sepatutnya aku rasa memang tak de sivik betul orang ni. Charity begins at home. Ni mesti kes mak bapak dia tak ajar sivik kat rumah. Lagi satu orang suka betul buang sampah merata rata. Dah ada tong sampah pun tak nak guna. Memang kureng sivik betul depa ni tau.
Aku pelik betul kenapa la orang susah sangat nak buat perkara baik tapi suka betul kalau nak buat perkara tak betul. Saja suka tempah masalah.

Wednesday, January 25, 2006

Heran

Hmm aku tak tahu la member aku sorang ni. Lepas VSS terus menyepikan diri. Nombor telefon bertukar pun tak nak bagi org tahu. Heran aku. Aku dok call pun tak angkat. Aku cuma nak bagitahu yg aku nak bank in kan duit dia. Bukan aku nak mintak duit dia. Aku bab duit ni once aku dah dpt confirmation org tu dah terima baru aku lega sket. Bab duit ni jangan buat main adakalanya pak aji pun bole menipu (itu pak aji yg koro la maksud aku, jgn interpret lain plak). Memula aku call sorang kawan utk dapatkan nombor tapi dia cakap dia lupa nak save ari tu. Dia suggest aku call sorang member, aku pulak dah terhilangkan nombor minah sorang ni sebab sejak bertukar sim card ari tu, tapi cari punya cari dapat gak akhirnya. Pastu aku call la dia. Aku pun tanya la kot dia ada nombor member aku sorang ni ha. Dia cakap ada tapi member aku tu tak bagi beritahu org lain. Hmm muskel aku. Kenapa tak leh tahu phone number? Peliknya. Nak lari daripada aku ker? Bukannya dia berhutang ngan aku pun, in fact aku nak bagi duit lagi kat dia. Takkan tak nak kot. Isk pelik aku sampai hari ni tak terjawab.

Monday, January 23, 2006

Peppermint Dessert

This entry is dedicated to Miza n faiza who has been asking the recipe for sooooo loooooooong

1 box of Fresh Cream
2 cups of caramel(golden syrup or pancake syrup also can)
1 pack of Marie biscuits
1 slab mint chocolate

Whip fresh cream half way.
Add in caramel and whip until smooth.
Grate Mint chocolate and fold in the mixture.
Pack biscuits in tray
Put mixture on top of the biscuits alternately.
sprinkle grated chocolate on top of the mixture.
Put in the fridge 1 hour before serve.

Easy maa...anyone can do this without oven hehehe...

Jana wang

Aku baru je beli satu e-book last week. Memula aku tengok apa benda menatang la tsunamiwang ni. Nak mintak derma tsunami lagi ker? So aku abaikan jer la. Tapi bila aku bukak blog member aku dia ada cerita pasal pasif income ni and melalui tsunamiwang ni. So aku pun bukak jer la. Menarik jugak buku ni sebab aku ada baca buku Azizi Ali jugak. Lebih kurang mcm Azizi Ali tapi dia lebih fokuskan pada golongan yg berpendapatan rendah dan sederahana which is good sebab rata rata kat Malaysia ni ramai yg berpendapatan sederhana.

Aku memula macam tak percaya jer tapi beli jer sebab 50 ringgit sebagai saluran untuk mendapatkan ilmu apa salahnya. So far aku baca buku ni memang menarik sebab kadang kadang kita ni mudah terlupa dengan perkara yg sepatutnya. Even nak dapat duit pun tak de la susah sangat so i think this book is a good thing to start jugak la. For those yg interested bole la order from this site or just tgk whether u like it or not. http://www.tsunamiwang.com/?ref=azrin33

Wednesday, January 18, 2006

Pudding

Aku kemas2 rumah ari masa raya ari tu terjumpa satu resepi yg member aku kat South Africa bagi. Peppermint Dessert. Aku tgk balik resepi tu baru teringat rasa dia ni mmg sedap sebab masa aku duduk kat Cape Town dulu diaorg ni bagi kat aku and sebab dah pernah rasa la tu yg aku mintak resepi. Hmm punya la lama baru nak try. Member bagi tahun 2001 aku baru nak buat thn 2006 hehehe....

So aku pun sibuk la pegi Carrefour cari whip cream, caramel and peppermint chocholate. Payah gak nak cari peppermint chocolate ni. Tak byk kedai yg ada. Kalau ada pun jual kekecik. Tak jual one slab gitu. Dalam resepi tu dia ada ckp guna tennis biscuits. Apa menatang tennis biscuits ni? Tak penah ku jumpa. Maybe kat Cape Town byk ler. So pepandai sendiri aku ganti ngan cream cracker.

So bila dah dapat sume brgnya aku pun pinjam mixer Miza. Ceh start buat bukan main lagi. Beriya tgk resepi tapi salah langkah jugak akhirnya...kekekke. Lepas aku dah whip fresh cream ngan caramel tu sampai smooth aku whip lagi ngan grated chocolate tu...hasilnya.......berketul ketul la jawabnya mixture aku tadi tu. Tak cantik langsung. Jadik macam lemak beku campur air. Dalam resepi tu tulis FOLD yg aku ni terlebih cerdik pegi WHIP lagi sekali mixture tu dah la hasilnya tak cantik. Bila aku tuang kat dlm bekas macam tuang air dengan lemak beku. Pastu pakai cream cracker lak tu mmg tak sedap langsung. Last last ke bakul sampah ler gamaknya. Buat rugi sen jer.

So the next daynya aku pegi cari fresh cream dgn caramel lagi sekali. This time aku tukar strategi. Tak nak pakai cream cracker dah, aku pakai biskut marie. Aku tak WHIP tapi aku FOLD jer baru jadik. Peppermint dessert ni memang sedap dan senang nak buat cuma leceh bila nak parut coklat jer la. Kalau kat Cape Town tu senang nak parut sebab kat sana cuaca sejuk so bila pegang coklat tak mudah lembik. Kat Mesia ni coklat mudah lembik so bila parut dia tak jadi macam serbuk tapi jadi berketul ketul sket. Ala tak per la janji sedap bila nak makan cuma bila coklat dah lembik aku malas nak parut aku masukkan terus dlm puding tu.

My daughters memang suka makan pudding ni. Kalau bole nak makan hari hari cuma maknya jer la tak larat nak buat selalu.

So mission aku utk buat pudding ni dah settle, next mission --> Kek Gula Hangus Delinn.

Monday, January 16, 2006

New Year

Lama betul tak update blog ni. Mana tak nya bz manjang. Kalau dulu sempat gak nak update kat rumah tapi skrg ni tak sempat dah. Kat rumah pun byk kerja kena buat. Hmm bila tahun baru mula la azam baru...hehehe tahun lepas tak de azam pun sebab tahun lepas baru dapat baby baru so azam utk take care the baby lebih menyerlah. This year, azam aku nak jadi proactive. Proactive kat sini bermaksud selama ni aku ni jenis procrastinate so aku nak defeat that bad attitude. Antaranya every week hari ahad tu aku nak iron semua baju aku untuk seminggu termasuk tudung sekali so pepagi tak kelam kabut. Itu azam tahun ni ler. Untuk financial pun ada gak. Aku nak simpan $$$ certain amount kat dlm ASB tak termasuk saving kat tempat2 lain. Pastu aku nak put more effort dlm kerja kerja yg aku buat. Tak nak jadi malas. Kena buat study lebih sket utk setiap assignment yg diberikan. Ok la cukup la aku reveal yg ni jer. Karang byk sgt aku reveal org tanya apsal tak buat itu , ini and sebagainya..hehe. Lagi satu nak cari kerja baru hehehe....

So tahun ni mmg aku berazam nak buat betul betul apa yg aku dah tulis kat sini sebab aku try nak buktikan the science of keeping your wish list.