Friday, January 27, 2006

Trolley

Semalam aku pegi shopping kejap, masa nak parking tu aku tgk byk trolley bersepah sepah. Nak masuk parking kena la turun alihkan trolley tu. Sejak syiling RM1 dimansuhkan daripada penggunaan seharian semakin byk aku tgk trolley bersepah di shopping complex. Malaysian mind set ni segelintirnya still tak bertamadun lagi aku rasa. Takkan la trolley tu pun susah nak letak balik kat tempatnya. Pandai guna, pandailah simpan. Cuba kalau di rumah kita org buat mcm tu sepahkan ajer mesti kita tak suka kan. Even though ada yg rasa "ala aku dah bayar parking ngan shopping kat sini pun dah cukup baik, tak payah la nak bersusah payah letak trolley ni balik." tapi aku rasa semuanya berteraskan mind set seseorang jugak. Kalau dia ni jenis org tak bertamadun dan PEMALAS aku rasa dia akan fikir perkara perkara macam tu. Hidup kita ni bukan sekadar wang sahaja. Memang wang penting dalam kehidupan memang aku tak nafikan tapi kalau setakat nak berkira duit parking dah bayar tapi tak nak tolong letakkan trolley tu di tempat sepatutnya aku rasa memang tak de sivik betul orang ni. Charity begins at home. Ni mesti kes mak bapak dia tak ajar sivik kat rumah. Lagi satu orang suka betul buang sampah merata rata. Dah ada tong sampah pun tak nak guna. Memang kureng sivik betul depa ni tau.
Aku pelik betul kenapa la orang susah sangat nak buat perkara baik tapi suka betul kalau nak buat perkara tak betul. Saja suka tempah masalah.