Thursday, June 29, 2006

Birthday Girl

Nope, not my birthday ye...sorry ler birthday i lama lagi you so save your money to buy me one nice present hehehe.
Birthday Hani yang aku maksudkan. Masa Miza cakap dia nak buat mkn mkn sket tu aku tak sure lagi bole pergi ke tak sebab takut balik lambat from Menara jer...(ceh macam jauh sgt rumah aku ngan dia padahal kangkang kera pun besar lagi dari jarak rumah aku ngan dia heheh). Ye la UAT ni kan tak habis habis lagi...tapi since on the day tu dapat balik cepat sket...dalam pukul 6:30 aku dah bertolak dr Menara. Tapi still tak sempat nak pegi Jusco kat depan rumah tu nak cari birthday gift. Suzi lak call aku banyak kali. Aku tengah drive masa tu. Boss aku pun call jugak. Haram satu pun aku tak angkat. Sebabnya mesti diaorg ni nak tanya status UAT. Tak larat nak buat report sekarang, so tunggu jer la ye. Malam tu aku jadi orang pertama sampai rumah Miza. Hubby aku cakap tak malu orang lain tak sampai kitaorg dah menyibuk hehehe.

Tak lama lepas tu Suzi n hubby sampai. Rupanya Suzi call nak tanya hadiah apa yang sesuai untuk budak umur 2 tahun. Suzi bagi hadiah kat Hani dan guess what, my daughters pun dapat gak. Lawak betul. Dah ler datang birthday party rumah orang tak bawak hadiah pastu dapat hadiah drp orang lagi...First time ever aku encounter this kinda situation. Tapi the best part yang aku rasa lawak is time adik makan kek. Kakak and Hani masa tu tgh sibuk belek barbie doll diaorg, dia pulak sibuk makan kek yang kakak tak habis makan padahal kek dia dlm mangkuk tak habis lagi. Hmm my daughters...sorang passion for food, sorang lagi passion for beauty and girl's thing.

Adik tgh makan kek kakak


Kakak and Hani dok belek barbie doll masing masing

Friday, June 23, 2006

12 hours of working

Last 2 days, mmg keletihan aku. Mana taknya, masuk keje pukul 7:45a.m, balik pun 7:45p.m. Terasa letih otak aku seharian berfikir. Balik jer ambil my kids kat nursery then headed back home. Nasib baik la hubby aku dah beli tapau jer. Tak larat aku nak masak kali ni. Masa CSI aku dah berdengkur depan TV. CSI ke mana, aku ke mana. Aku terjaga kejap tengok anak anak aku tengah layan roti kaya dengan babahnya. Hmm aku pun masuk bilik terus tarik selimut. Tak larat betul aku nak layan they all. So semalam, aku balik awal sket, nak kata awak tak de la awal sangat pun. 6:30 jugak. Sampai kat rumah sempat la masak yang ringkas ringkas. Pastu lepas masak keluar kejap ambik adik aku kat komuter station. Balik baru soru beramai ramai. Hectic betul life skrg sejak dua menjak ni. Ni semua gara gara project tak settle settle ler ni. Letih la...

Monday, June 19, 2006

Speak no evil

Aku tengah dalam fasa ajar anak aku not to say bad words such as B*BI. I did warn jer many times not even mention the word even though she mention it just to cite from someone else's word. In fact i did punish her for saying those words. But something happened... My family was watching tv at that time. There was one scene of a person had an attack of epilepsy or dalam Bahasa Melayu = Sawan B*BI and my hubby said that the person was having Sawan B*BI. I saw a sudden change to my daughter's look. She look confused and said "Mama, babah cakap macam tu." Sambil tutup mulut dia. I looked at my hubby and said, "don't say it in front of her, she got confused." So my hubby said, "ok la org tu kena sawan Ba Alif Ba Ya" He spelt it in Jawi instead of saying it clearly.

Manic Monday

Hari ni dimulai dengan mood yang tak best. Dah la aku terlupa pepagi nak bawak susu kakak ke nursery, terpaksa aku patah balik ke rumah untuk ambil. Lepas tu pulak sepanjang pagi duduk kat opis suasana tak menarik. Aku macam tak tentu hala rasa. Perut tak sedap, badan tak sedap lepas tu ditambah pulak bunyi bising daripada server baru yang nak diconfigure tu memekakkan telinga aku jer pagi pagi. Bikin kepala aku jadi pusing. Tambahan lagi bunyi bising daripada sorang Boss yang duk melepak kat depan aku ni membebel kat DBA depan aku ni. Memang tak best langsung.

Tengahari pulak aku dapat satu berita yang memang tak best. Company yang panggil aku interview ari tu bagi jawapan. Aku dah agak jawapan ini yang aku terima sebab masa 2nd interview tu memang tak best langsung. Tak smooth. Dengan ribut petirnya, lepas tu pulak interview dengan Big Boss diaorg from London via video conference, kejap kejap dc so the interview was not smooth at all. My instinct told me that this was not good at all. So the negative answer that i got this afternoon does not surprise me at all even though i feel a bit frustrated and hope a small miracle will help. But it's not. I guess i have to work here for quite sometime. Dear Allah, please give me strength and motivation to work here....please ..please... My motivation is still low. I don't know when can i regain it.

Wednesday, June 14, 2006

Berakhirnya Charmed

Malam tadi Series Finale Charmed. Hmm lepas ni hari Selasa punya slot tak de la untuk aku. Kalau selama ni aku dok menyusun agenda balik dr opis, lepas ni slot tu dah kosong. Ending dia biasa jer la bagi aku. Mungkin sebab aku dah lama sangat ikut charmed ni tu yang expectation aku mungkin lebih sket kot. Lepas berakhirnya siri tu, hubby aku siap mengucap syukur sebab lepas ni every tuesday aku tak de la melangok kat depan tv tu.

Saturday, June 10, 2006

Never ending work

Bawak balik lagi kerja ke rumah kali ni. Isnin nak kene hantar. Orang yang bagi arahan senang jer tapi aku le yang kelam kabut kena siapkan. Aku dah pass kerja ni kat contract staff kat opis tu atas arahan orang atasan aku. Tapi hmm aku pun tak faham la sama ada mamat ni tak faham instructions ker atau dia memang tak mahu faham. Aku sebenarnya tak berapa puas hati dengan quality kerja mamat sorang ni so at the end aku jugak kena settlekan. Yang lagi sorang tu pulak aku dah bagitahu suruh siapkan by Jumaat petang tu tapi ntah ke mana dia menghilangkan diri sepanjang petang tu. Memula cakap kat aku nak keluar kejap jer sebab nak amik cek dia and akan masuk opis balik dlm pukul 2 tapi sampai pukul 6 aku tak nampak bayang dia. Hampeh betul. Ini ler bahana kalau ambil contract staff kerja. Diaorg ni tak de sense of belonging kat tempat kerja. Janji kerja settle tapi tak pk quality kerja tu macam mana. Karang kalau aku bising ada pulak yang cakap aku mak tiri, tapi bila tak bising ini ler jadinya. Aku yang kena cover balik kerja tu. Menyampah pulak aku ngan mamat 2 ekor ni tau. Kadang kadang aku rasa nak sembur jer diaorg ni tapi aku rasa better orang atasan aku yang buat semua tu sebab aku tak dibayar untuk bambu orang. Banyak lagi kerja aku nak kena buat daripada aku maki hamun mamat mamat tu. Nak kena kejar deadline lagi ni. Karang kalau tak settle keje aku jugak kena, semua orang nak blame aku la, testing tak betul la, document tak siap la, process tak betul la, QA tak check itu ini, tak larat rasanya. Yang sorang mamat ni senang jer suruh aku jawab semua tu depan Big Boss bila ada yang tak settle. Abih tu dia jadi Manager apa dia buat eh? Yang sorang boss ni pulak sedap jer cakap aku keje tak smart. Aku balas balik, "En. *****, u ada orang bawahan, saya mana ada orang bawahan, u boleh la delegate kat orang lain, abih saya nak delegate kat siapa?" Dia ingat semua orang macam dia kot ada orang yang boleh ditaichi kerja kerja tu. Frust betul aku bila ada orang mengutuk tanpa pk kan keadaan orang lain. Siap bole berlagak ngan aku lagi, tanya aku dah pernah ke London ke tak, ye la mentang mentang la aku belum pernah jejakkan kaki kat London, kerek betul ngan aku. Lorat la mamat ni. Berlagak style joyah betul. Tak sangka aku dia boleh keluarkan ayat koro macam tu. Nama jer pangkat tinggi tapi hmmm....(nauzubillah jangan la aku jadi macam dia ni kalau dah kaya esok esok) Tak per, what goes around comes around....

Sunday, June 04, 2006

Aquaria


Yesterday aku pegi aquaria. Masa tengah sibuk orang dok citer pasal aquaria aku tak teringin pun nak bawak anak aku ke sana, yang benonya aku tak suka pegi masa crowded. Tapi ntah bila adik dok tengok fish kat dalam bowl aku yang menanti untuk digoreng tu aku decided nak bawak diaorg explore this little marine creature. So lepas lunch, aku angkut my daughters pegi ke sana. Sampai jer kat KLCC aku tak tahu nak pegi ke mana so aku call member aku tanya kat mana. Ni kes main belasah pergi hehe. Sampai je kat tempat tu mak aii punya la panjang orang beratur nak beli tiket. Q sampai ke parking lot. Baru aku teringat cuti sekolah, orang ambil peluang bawak anak jenjalan, yang aku ni pun meyibuk join sekaki padahal anak bukan sekolah pun lagi heheh. Beratur punya beratur aku dengan melayan kerenah anak anak aku tu tak sedar aku kene potong. Chess ini nyonya sudah potong gua punya trip. Sedap jer cilok aku eh. Tapi aku malas nak buat scene so aku tak sound pun dia. Lepas 45 minit beratur aku tengok ada sorang ah moi nak potong trip aku lagi. Isk mana bole jalan ni. Aku halang dia drp cilok. Apa hal nak potong plak ni. Kalau takat sorang aku bole tolerate lagi beb, ini masuk 2 orang, silap aaa. Hubby aku kene bawak adik g jalan sebab dia dah rimas. Memula dia nak ajak balik jer sebab ramai sangat beratur tapi aku keraskan hati. Once aku dah buat tak de patah balik kena buat sampai settle jugak. Penat sket tak per janji anak-anak aku dapat tengok. Aku dengan pram and kakak la dok beratur. Aku siap sound kakak, nak tengok fish behave yourself, kalau tak behave kita balik, babah dah ajak balik tu. Sekali bila dah hampir ke tempat beli tiket tu ada sorang staff aquaria tu dok cakap yang beratur beli tiket sorang jer, yang lain masuk ke tempat menunggu. Aku pulak terdengar the other way round. Aku main masuk sampai ke kaunter. Mamat tu pun suruh aku dan anak aku masuk, antara ayat dia pada anak aku, "kakak masuk ikut mama kat dalam," Aku pun of coz ler ingat memang boleh masuk but masa jalan tu aku terpk apasal orang dok beratur tapi ala lantak la. Kebetulan kaunter pulak ada kosong. Oopss did i cut the queue ladies n gentlemen? Well yeah, i did without feeling guilty. Hubby aku siap bole heran tengok aku cepat jer dapat tiket. Dia tanya u cilok tadi eh. Aku dengan selamba jawab tak sengaja. So we head to the entrance. Case close because nobody brought up the subject. Hubby aku siap cakap time nyonya tu cilok aku tak bersuara pun, tapi bila aku cilok sampai berpuluh orang aku potong...hehehe..there's always a little devil in me ;).

Last week

Last week aku memang busy sangat. Masa document review ngan consultant tu jer dah ambil masa sehari. Banyak la jugak benda nak kena buat lepas ni untuk SCAMPI. Bila balik office jer banyak lagi la kerja menanti. Phew, ini la bila kene buat kerja 2-3 perkara. Bukan whining yea. Baru baru ni pulak my boss bagitahu aku kena ambil alih kerja sorang manager tu sebab manager tu dipindahkan department. Haiyaa ni lagi satu bala. Manager tu sebelum ni tak de buat apa pun ngan kerja dia, kira aku kene start from the beginning balik. Leceh betul. Well for ur info, kerja bertambah tapi gaji dan post masih ditakuk lama gak. Bosankan. Kadang kadang aku rasa ntah apa apa la diaorg ni tapi nak buat macam mana selagi aku mencari rezeki di tempat ni terpaksa la menurut perintah. Lain la kalau aku bukak company sendiri. Sekarang ni pun payah jugak nak dapat kerja. Aku ingat aku jer tough luck rupanya bila tanya member member aku yang meninjau-ninjau peluang lain pun cakap perkara yang sama. Persaingan makin hebat kat luar sana tu. Satu lagi, selalunya it is who u know not what u know.

Kebetulan masa aku pergi interview ari tu, aku terjumpa dengan sorang member aku yang merupakan cousin pada x-classmate aku. Dok bercerita, dia pun keluar la satu cerita kata member aku tu dah resign drp satu GLC ni. To cut short the story, lepas dia resign life was totally not so good. Cerita tu membuatkan aku terpk jugak, aku dok ngomel kerja aku but at least i have a work whereas dia dah tak de source of income dan hidup dia lebih susah dengan 3 orang anak yang masih kecil. Aku cuba nak naikkan kembali motivation aku yang dah drop coz of the last incident. I know when my motivation level is high, i can deliver the work. Aku cuma nak buat kerja sehabis bole and kalau boss tak nak appreciate ker or tak nak notice aku ke to hell with him. Insya Allah kalau aku sabar mesti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. The best is yet to come.