Saturday, June 10, 2006

Never ending work

Bawak balik lagi kerja ke rumah kali ni. Isnin nak kene hantar. Orang yang bagi arahan senang jer tapi aku le yang kelam kabut kena siapkan. Aku dah pass kerja ni kat contract staff kat opis tu atas arahan orang atasan aku. Tapi hmm aku pun tak faham la sama ada mamat ni tak faham instructions ker atau dia memang tak mahu faham. Aku sebenarnya tak berapa puas hati dengan quality kerja mamat sorang ni so at the end aku jugak kena settlekan. Yang lagi sorang tu pulak aku dah bagitahu suruh siapkan by Jumaat petang tu tapi ntah ke mana dia menghilangkan diri sepanjang petang tu. Memula cakap kat aku nak keluar kejap jer sebab nak amik cek dia and akan masuk opis balik dlm pukul 2 tapi sampai pukul 6 aku tak nampak bayang dia. Hampeh betul. Ini ler bahana kalau ambil contract staff kerja. Diaorg ni tak de sense of belonging kat tempat kerja. Janji kerja settle tapi tak pk quality kerja tu macam mana. Karang kalau aku bising ada pulak yang cakap aku mak tiri, tapi bila tak bising ini ler jadinya. Aku yang kena cover balik kerja tu. Menyampah pulak aku ngan mamat 2 ekor ni tau. Kadang kadang aku rasa nak sembur jer diaorg ni tapi aku rasa better orang atasan aku yang buat semua tu sebab aku tak dibayar untuk bambu orang. Banyak lagi kerja aku nak kena buat daripada aku maki hamun mamat mamat tu. Nak kena kejar deadline lagi ni. Karang kalau tak settle keje aku jugak kena, semua orang nak blame aku la, testing tak betul la, document tak siap la, process tak betul la, QA tak check itu ini, tak larat rasanya. Yang sorang mamat ni senang jer suruh aku jawab semua tu depan Big Boss bila ada yang tak settle. Abih tu dia jadi Manager apa dia buat eh? Yang sorang boss ni pulak sedap jer cakap aku keje tak smart. Aku balas balik, "En. *****, u ada orang bawahan, saya mana ada orang bawahan, u boleh la delegate kat orang lain, abih saya nak delegate kat siapa?" Dia ingat semua orang macam dia kot ada orang yang boleh ditaichi kerja kerja tu. Frust betul aku bila ada orang mengutuk tanpa pk kan keadaan orang lain. Siap bole berlagak ngan aku lagi, tanya aku dah pernah ke London ke tak, ye la mentang mentang la aku belum pernah jejakkan kaki kat London, kerek betul ngan aku. Lorat la mamat ni. Berlagak style joyah betul. Tak sangka aku dia boleh keluarkan ayat koro macam tu. Nama jer pangkat tinggi tapi hmmm....(nauzubillah jangan la aku jadi macam dia ni kalau dah kaya esok esok) Tak per, what goes around comes around....