Monday, October 30, 2006

Raya tahun ini.

Sempena hari baik bulan baik ni aku rasa tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya kat semua. Hmm this raya aku tak sambut kat kampung tapi di rumah kakak aku. First time ever family aku sambut di rumah teres disebabkan bapa aku yang masih dalam fasa pemulihan dan kakak aku yang menanti hari jer nak bersalin. So dekat sket la dengan hospital. In case anything happen senang sket. Jalan pun tak jem. This year jugak handphone aku rosak. Kot yea pun nak rosak tunggu la hujung tahun ker. Ini time raya jugak nak rosaknya. Aku rasa since peristiwa terendam dalam susu tu phone aku trauma kot. Tak masuk lagi dengan kes dibaling baling dan jatuh sama ada sengaja atau tidak.

Tahun ni highway tak jem masa aku balik kampung. Syok gak bila balik tak jem ni. Aman rasanya. Maybe orang dah beransur ansur balik so tak de la packed sangat. Atau pun tahun ni ramai giliran ke Utara so ke Selatan kurang kenderaan.

Duit raya tahun ni ada la sket peningkatan. Nilai still sama tapi jumlah berbeza. Itu pun sebab aku setiap awal tahun memang dah prepare satu tabung khas duit raya so time raya tak kelam kabut nak cari duit untuk duit raya. Since aku buat cara ni 2-3 years back aku rasa kurang sket terbeban untuk perbelanjaan raya. Ye la kalau tak, pk nak siapkan duit untuk baju la, duit itu la ini la....kalau silap gaya mahu sakit dibuatnya.

Kuih raya still cam dulu main tunjuk jer. Memula ingat nak beli oven tapi pk kan balik leceh la baik aku tunjuk jer. Tunggu la anak anak dara aku tu besar sket baru aku suruh diaorg tolong bakar kuih.

Baju raya, hmm tahun ni sebab aku tak de nak buat persediaan untuk sambut orang baru so aku bole la spend sket utk baju raya anak anak aku. Cuma aku kesian kat hubby aku sebab tak leh pakai baju raya dia tahun ni. Baju raya tersilap ukuran so kena la dia beraya dengan baju tahun lepas. Aku sempat bershopping last minute kat Parkson MP.

Lauk pauk raya tahun ni banyak jugak kene masak. Tahun ni jer mak aku suruh we all adik beradik masak 4 kg rendang daging, sambal jawa(daging+hati+paru), soto, ketupat 100 biji tak campur ngan nasi himpit, rendang ayam kampung cili api(favourite orang NS). Beriya we all masak nasib baik semua habis. Orang ramai datang rumah kakak aku sebab nak jenguk abah aku yang tak sihat tu. So sambil beraya sambil menjenguk la agaknya. Raya ketiga aku dah chau balik rumah in-laws pulak. Rumah in-laws aku berbeza ngan rumah belah aku sebab tak ramai sangat orang berkunjung so memang lepak habis. Memula aku memang tak biasa dengan keadaan macam tu. Now i'm used to it already. Selalunya time raya la ramai orang datang but it doesn't happen there. Lain tempat lain style walaupun dalam negeri yang sama.

Beraya rumah orang tahun ni pun tak berapa sangat cuma ke 2-3 tempat jer. Sempat jenguk sedara mara yang dah tua. Jiran tetangga tak sempat nak pegi lagi. Aku rasa diaorg pun mesti tak prepare lagi sebab baru balik dari kampung kan.

Wednesday, October 18, 2006

Handbag hunting

Aku beli handbag lagi sebab handbag aku yg hubby aku hadiahkan last year dah rosak(reasonable tak hehe). Zip dia and few acc dia kat tepi tu dah tercabut. Kebetulan lak anak aku pun dah conteng handbag aku tu macam la handbag aku tu whiteboard dia. So kali ni hubby aku bawak lagi sekali shopping handbag. Cari punya cari tak de yang aku berkenan. Yang aku berkenan over budget so out of question. Ada satu yang aku dah berkenan hubby aku kata besar sangat. Pastu ada yang memang aku rasa cun tp macam tak berbaloi ngan harga. Dekat satu jam aku dok tengok satu persatu last last i let him decide. He settled for something cheaper...hmm ok la walaupun memula aku tak berkenan tapi bole la as long as aku ada handbag. Lagipun hubby aku cakap kalau beli kali ni yang murah nanti dia akan beli lagi satu untuk aku design lain so i bought his words. Kalau ikutkan memang la aku teringin nak Coach or Hermes ker which of course la i cannot afford. But since dia bermurah hati nak bayarkan kira ok la. I cannot ask too much sebab nanti kene bayar sendiri hehe.

Tuesday, October 17, 2006

Handphone...

It happened last week. Adik curahkan susu dia atas handphone aku and the handphone was soaked with her milk. Aku masa tgk for the first time tu terperanjat la jugak. Ye la malas nak beli handphone baru ni. Lagipun contact number byk dlm tu. Aku pun bukak handphone aku tu and lap kasi kering. Aku nampak susu tu dah mengalir ke dlm tu..ala... so aku pun ambil hair dryer and mulakan tugas pengeringan. Pastu pasang balik then try on balik. Hmm terus tak hidup hidup so aku pun boring la. Aku memang tak de mood masa tu. Aku bukak handphone tu balik and try to figure out nak buat macam mana. Last last aku biar kan jer dia terbarai macam tu. Lantak la malas nak pk.

Sebelum buka puasa hubby aku balik and tengok handphone tu punya condition. Dia cakap nak beli baru ke nak hantar repair. Aku tak bagi kata putus sebab memang tak de mood langsung. Walaupun handphone tu tak semahal mana pun but the contents in it yang aku sayang. Lepas buka aku mulakan projek pemasangan handphone tu balik and walla....dia hidup balik. Terus aku excited...hehe...panjang juga usia handphone aku ni. Aku memang malas nak tukar handphone. Kalau takat nak kejar technology memang tak terkejar so pakai jer selagi boleh. Lagipun nak tukar tukar handphone selalu tak cost effective la. Lain la kalau aku punya duit kat bank tu berkepuk kepuk sampai tak terbelanja..tu lain cerita.

Wednesday, October 11, 2006

Revenge is sweet or is it not?

I have done a BIG mistake in my life. I thought i will feel better when i said it just to pay the revenge but i'm not. I don't feel any better. I feel worse. The worst in my life. So it's true then words are sharper than sword. I've made a statement that really hurt the other party which until now i regretted it. Gosh what have i done. Have i not been thinking? I dunno what i should do now and what should i react.

Friday, October 06, 2006

Ari ni aku rasa cam best sebab kucing tak de hehe...Dah ler aku masuk lambat pastu dapat lak email yang menarik. Email inform kata UAT lepas raya. Syok giler aku sebab tak yah nak kerah tetiap hari mamat depan aku ni siapkan keje. Kalau tak kesian aku tengok dia. Muka gundah gulana. Sampai dia made statement perasaan dia sama macam cuaca kat luar yang penuh ngan jerebu. Kelam tak nampak sinar. Boss aku pun tak masuk opis. Dia gi opis satu lagi.

Tadi sorang mamat ni tanya aku cemana ngan pemakaian SK-II aku. Aku cakap dah tukar sebab tak sesuai ngan aku. Aku pakai AG2000 terus dia gelakkan aku sebab nama dia macam nama card Telco Brigde. Hampeh korang. Tak per la yang penting kulit aku sesuai dengannya. Masa aku pakai SK-II hubby aku bising muka aku berjerawat. Sampai kuar statement pakai SK-II kulit jadi menggerutu. Sampai aku pegi klinik mintak kat doc ubat jerawat. Hubby aku very particular dengan jerawat. Tapi yang aku paling tak sangka sorang mamat kat opis aku ni yang aku memang tak jangka la tahu pasal SK-II. He's looks like the type yang very ...apa orang kata tu... coy. Tapi bila aku bercerita pasal SK-II tahu gak which really surprised me la. Tu la don't judge the book by its cover.

Cuti cuti dibulan puasa

Aku called my ex-schoolmate ari tu. Dok cerita pasal puasa, buka and raya sume la. Ala girls' thing biasa la. Sekali bila aku tanya dia ko puasa tak ari ni. Dia cakap tak tapi dia tak leh makan gak. Aku heran sebab dia surirumah tapi apsal tak nak makan plak. Sekali tu dia bagitahu aku dia tak nak makan depan anak dia nanti jadi contoh and dia tengah latih anak dia puasa. Aku cam heran memula sebab inform jer la kenapa. Why must u sacrifice sampai macam tu. Rupanya anak dia tu dah besar(6 tahun jer)tapi tak nak puasa lagi so she wants to set an example la kiranya. Baru aku perasan anak aku jer yg kekecik lagi, most of anak kawan aku masa sekolah dah bersekolah.

Talking bout cuti masa puasa ni, last week masa aku bercuti aku sanggup balik rumah have lunch. Sebelum tu singgah jap kat drive thru. Ye la bila tak puasa dan memang tak bole puasa lapar dia semacam. Pernah satu hari tu aku tak makan, dah la tak breakfast, pening yang amat jadinya aku. Sampai ke malam pening aku berlarutan. Angin dah naik sampai ke kepala. Bila puasa tak de la sampai teruk aku jadinya. Paling best kalau tak puasa ni hari jumaat sebab guys sume pegi solat jumaat (Alhamdulillah alim bebudak laki kat opis aku heheh). Masa they all tak ada aku leh seludup masuk makanan and bole makan kat opis. In fact budak budak laki dalam opis aku ni pun ada yg tahu kalau aku cecepat halau diaorg pergi masjid. Sorry la yea...

This year aku cadang lepas raya jer nak terus ganti cecepat. Nak ganti masa puasa 6. Cewah azam beriya sekali tu sibuk attend rumah terbuka lebur azam aku...hehe

Wednesday, October 04, 2006

Girls' day out

Yesterday i brought my two girls out to Jusco. I fetched them at nursery and straight went to the nearby Jusco. They were excited even tho' before that kakak kept on saying she had not put the best dress she has. You know how vain can kakak be. We just strolled, talking(kakak la yang paling banyak bercakap) and enjoy our window shopping and met with their former "teacher" at the Orange Sorbet outlet. After a while kakak whined, she has to fill her stomach. Then we headed to Kenny Rogers and tapau. At first she insisted spaghetti but when i showed her the mac n cheese, she had doubt...that one i know exactly who she got that from...hehehe.

Adik pulak totally different. She just clinged on me. I think she enjoys the window shopping. Ye la selalu kalau with the father kene rush jer but this time we just walked slowly and enjoy the time. While waiting the meal to be ready, i brought them to the supermarket cause i need to get some things. At first they all seem ok. Duduk jer dalam trolley but when they saw barbie and hello kittie toothbrushes, they all dah tak tentu arah. Kakak siap cakap, the barbie is for her and hello kittie is for adik. Demanding pulak.

Kat children's dept, these two girls cam excited semacam tengok baju baju. Kakak la paling excited. Siap nak try one of the blouses that she likes. Oh tidak...i said not now. Later on with babah kita beli ok. Nasib baik she understands kalau tak tau ler cemana aku nak pujuk.

Masa nak balik pulak, while i was loading all the things in the car with the two girls ada la satu kereta ni nak parking sebelah kereta aku. Aku pelik sebab punya la banyak parking kosong depan dan belakang(even ada yang lebih dekat lagi ngan building) still nak park sebelah kereta aku di tempat aku letak trolley sambil punggah barang tu. Tak nampak ke i'm with two little girls sedang sibuk memunggah barang ni. I gave the driver a stern look. I think the wife perasan kot my body language suruh mamat tu cari parking tempat lain(pompuan gak yang faham perasaan pompuan). Tang tu jugak nak parkingnya. So inconsiderate betul... Some men i think very selfish and suka bully pompuan tau. Besok kalau it happen to his wife or daughters baru padan muka.

Kali ni my two girls behave nicely. Dalam hati aku bagus gak diaorg ni kali ni. Kalau tak mesti aku main kejar kejar ngan diaorg. Ke naluri suka bershopping tu dah ada eh tu yang behave jer.

Monday, October 02, 2006

Mother of two dilemma...(shopping mode)

Raya tak lama lagi...baju apa eh aku nak beli untuk anak aku tahun ni. Ingat nak shopping kat 1U. Hmm larat ke aku bulan bulan puasa ni nak menjengah sampai ke sana? Bila pulak aku nak book time pegi sana eh? Kalau nak pegi sana kene pergi pagi pagi sebab nanti boleh balik cepat. Kalau balik lambat nanti tak sempat nak masak untuk buka. Kalau nak beli kat Pasar Ramadhan pun takut dah habis kalau lambat. Kalau pergi siang pulak kene time anak aku nak lunch leceh pulak nak berhenti and feed them. Isk macam macam aku ni nak pegi bershopping. Ye la dulu senang jer nak pegi shopping sekarang dah ada 2 extra handbag and kene lak aku yg tak ada maid ni kene ler pepandai atur jadual. Last year senang sebab sorang masuk jer dalam pram, sorang lagi boleh dipegang tapi tahun ni dedua dah berlari lari. Ker nak tinggalkan jer anak aku kat nursery eh? Isk kejam lak eh. Kesian pulak aku bila kenangkan 2 cute faces tu. Tapi bila bawak diaorg macam macam hal dia orang buat. Nak pulak kalau aku sorang yang bawak. Hmm main kejar kejar ler alamatnya aku dengan mereka. Nak heret hubby aku ker? Takkan dia tak ikut pulakkan...sapa nak tolong angkat barang. Tapi tu ler orang laki ni part shopping diaorg cam boring sket except for one person yang aku rasa aku pun tak sehebat dia bila part bershopping...dengar sale jer terus teruja...hehe

Hmm..ni ler dilemma mother of two sebelum pergi bershopping raya.