Raya tahun ini.
Sempena hari baik bulan baik ni aku rasa tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya kat semua. Hmm this raya aku tak sambut kat kampung tapi di rumah kakak aku. First time ever family aku sambut di rumah teres disebabkan bapa aku yang masih dalam fasa pemulihan dan kakak aku yang menanti hari jer nak bersalin. So dekat sket la dengan hospital. In case anything happen senang sket. Jalan pun tak jem. This year jugak handphone aku rosak. Kot yea pun nak rosak tunggu la hujung tahun ker. Ini time raya jugak nak rosaknya. Aku rasa since peristiwa terendam dalam susu tu phone aku trauma kot. Tak masuk lagi dengan kes dibaling baling dan jatuh sama ada sengaja atau tidak.
Tahun ni highway tak jem masa aku balik kampung. Syok gak bila balik tak jem ni. Aman rasanya. Maybe orang dah beransur ansur balik so tak de la packed sangat. Atau pun tahun ni ramai giliran ke Utara so ke Selatan kurang kenderaan.
Duit raya tahun ni ada la sket peningkatan. Nilai still sama tapi jumlah berbeza. Itu pun sebab aku setiap awal tahun memang dah prepare satu tabung khas duit raya so time raya tak kelam kabut nak cari duit untuk duit raya. Since aku buat cara ni 2-3 years back aku rasa kurang sket terbeban untuk perbelanjaan raya. Ye la kalau tak, pk nak siapkan duit untuk baju la, duit itu la ini la....kalau silap gaya mahu sakit dibuatnya.
Kuih raya still cam dulu main tunjuk jer. Memula ingat nak beli oven tapi pk kan balik leceh la baik aku tunjuk jer. Tunggu la anak anak dara aku tu besar sket baru aku suruh diaorg tolong bakar kuih.
Baju raya, hmm tahun ni sebab aku tak de nak buat persediaan untuk sambut orang baru so aku bole la spend sket utk baju raya anak anak aku. Cuma aku kesian kat hubby aku sebab tak leh pakai baju raya dia tahun ni. Baju raya tersilap ukuran so kena la dia beraya dengan baju tahun lepas. Aku sempat bershopping last minute kat Parkson MP.
Lauk pauk raya tahun ni banyak jugak kene masak. Tahun ni jer mak aku suruh we all adik beradik masak 4 kg rendang daging, sambal jawa(daging+hati+paru), soto, ketupat 100 biji tak campur ngan nasi himpit, rendang ayam kampung cili api(favourite orang NS). Beriya we all masak nasib baik semua habis. Orang ramai datang rumah kakak aku sebab nak jenguk abah aku yang tak sihat tu. So sambil beraya sambil menjenguk la agaknya. Raya ketiga aku dah chau balik rumah in-laws pulak. Rumah in-laws aku berbeza ngan rumah belah aku sebab tak ramai sangat orang berkunjung so memang lepak habis. Memula aku memang tak biasa dengan keadaan macam tu. Now i'm used to it already. Selalunya time raya la ramai orang datang but it doesn't happen there. Lain tempat lain style walaupun dalam negeri yang sama.
Beraya rumah orang tahun ni pun tak berapa sangat cuma ke 2-3 tempat jer. Sempat jenguk sedara mara yang dah tua. Jiran tetangga tak sempat nak pegi lagi. Aku rasa diaorg pun mesti tak prepare lagi sebab baru balik dari kampung kan.
<< Home